feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Noor Syariman bin Othman
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
YL Personality: Noor Syariman bin Othman PDF Print E-mail
Thursday, 17 September 2009 03:37pm
Disumbangkan oleh Andrew Yeap Kuang Wei

ImageNoor Syariman bin Othman adalah seorang peguam muda untuk kira-kira 7 tahun dan mengamal di sebuah firma di Kedah. Beliau terlibat dalam bidang konveyansing, sivil dan litigasi jenayah.

Syariman adalah graduan Universiti Teknologi Mara dan merupakan wakil peguam muda bagi Jawatankuasa Peguam Kedah / Perlis dalam Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Majlis Peguam tahun 2009/10 (JPMK).    

Baru-baru ini, Syariman telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang peguam bersama dengan Andrew Yeap.

1.    Sila beritahu serba sedikit mengenai latar belakang kamu?

Saya berasal dari Alor Setar Kedah, menghabiskan masa persekolahan di Sek Men Dato Syed Omar, Alor Setar Kedah dan di Sek Men Sains Muar, Muar Johor, kemudian menjalani kursus undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Selangor. Saya kemudiannya telah menjalani latihan praktikal dan beramal di Selangor sebelum berpindah ke Kedah.


2.    Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kamu mengambil keputusan untuk menyeburi bidang undang-undang?

Dorongan secara tak langsung dari ibubapa selain dari faktor minat akan profesion ini. 


3.    Sejak kebelakangan ini ada aduan dari peguam-peguam muda yang menyatakan gaji yang diperolehi sebagai seorang pelatih dalam kamar dan peguam muda adalah rendah berbanding bidang profesion lain. Apa pandangan kamu?

Memang benar gaji yang diperolehi oleh Peguam muda dan pelatih dalam kamar adalah rendah berbanding professional lain. Perbandingan bukan hanya perlu dibuat sesama professional tetapi hendaklah mengambil kira factor ekonomi dan latar belakang tempat bekerja. Masa sekarang adalah berbeza dari masa dulu baik dari segi sosio-ekonomi ataupun persaingan sesama sendiri.

Kadangkala majikan mengambil kesempatan terhadap peguam muda dan pelatih dalam kamar yang kurang berpengalaman ini. Ini mungkin kerana wujud satu tradisi di dalam profesion ini iaitu hubungan 'junior-senior' yang mana junior harus menerima gaji serendah mungkin. Ini mungkin satu tradisi yang boleh diterima pada masa dahulu, tetapi zaman telah berubah. Zaman sekarang ramai peguam junior kadang-kadang lebih mempunyai ilmu pengetahuannya dari senior. Saya percaya junior - senior perlu 'compliment’ satu sama lain di dalam profession ini.

Faktor tempat kerja juga perlu di ambilkira, contohnya bekerja di firma guaman yang besar sudah semestinya memperolehi gaji yang besar tetapi realitinya tak semuanya memperolehi gaji yang besar, kadang-kadang kerja di firma bersaiz kecil dapat memperolehi gaji yang lebih. Saya percaya aduan dari peguam muda dan pelatih dalam kamar perlu di ambil perhatian oleh Majlis Peguam. Mungkin satu tahap gaji minimal kepada Peguam muda perlu ditetapkan. 


4.    Adakah kerja-kerja peguam kini adalah terlalu membebankan sehingga menyebabkan ramai peguam muda memilih untuk meninggalkan bidang undang-undang?

Saya sesungguhnya percaya bahawa sebagai seorang Peguam tiada istilah kerja yang membebankan cuma kadangkala bebanan kerja itu tidak berpadanan dengan gaji yang diterima. Oleh itu ramai Peguam muda kecewa dan memilih meninggalkan kerjaya undang-undang dan bekerja di bidang korporat dan lain-lain. Kadang-kadang pula mereka ini mencari kepuasan kerja bergantung kepada diri masing-masing.


5.    Apakah nasihat kamu sekiranya pada satu hari, seorang peguam muda datang berjumpa dengan kamu meminta nasihat bagaimana untuk menjadi seorang peguam yang berjaya?

Perlu tabah, banyak bersabar, rajin, berani, tidak tertumpu kepada satu cabang kerja sahaja, bijak membuat keputusan dan yang paling penting setiap peluang yang datang tak dilepaskan begitu sahaja.


6.    Sebagai seorang ‘Deputy Chair’ di dalam Jawatankuasa Peguam Muda Majlis Peguam, apakah pendapat anda mengenai langkah-langkah yang diambil untuk membantu meningkatkan kredibiliti seorang peguam?

Seorang Peguam harus menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik. Sentiasa mengemaskini undang-undang semasa, maklumat terkini, mengikuti seminar dan program yang boleh meningkatkan pengetahuan undang-undang. Bertindak berdasarkan fakta bukannya emosi. Amanah dan jujur semasa menjalankan  tugas serta mempunyai prinsip yang kukuh. 


7.    Apa yang boleh dibuat oleh Jawatankuasa Peguam Muda untuk membantu peguam muda di masa depan?

Mengusulkan kepada majlis peguam supaya prihatin terhadap peguam muda terutamanya berkaitan dengan gaji termasuk elaun pelatih dalam kamar, sebolehnya satu garis panduan diadakan. Mengadakan kempen supaya Peguam muda lebih berinteraksi sesama sendiri dengan mengadakan siri suaikenal di setiap negeri.


8.    Anda telah didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur and pernah mengamal undang-undang di Selangor. Bolehkah anda membuat bandingan berlatih di Selangor dengan berlatih di Kedah? Pada pendapat anda, apakan kebaikan dan keburukan masing-masing?

Tiada perbezaan ketara, beramal di Selangor mempunyai banyak saingan. Di Kedah pula hampir sama saja saingannya cuma mungkin dari segi kepelbagaian kes dan karenah anakguam yang mungkin berbeza. Walaupun begitu saya berpendapat bahawa Peguam muda harus beramal di sekurang-kurangnya 2 tempat yang berbeza di awal permulaan beramal sebagai Peguam untuk mendapat gambaran meluas akan profesion yang akan dilalui.


9.    Beberapa tahun yang lalu, ada cadangan bahawa semua peguam perlu menghadiri kursus (seminar) untuk memperbaiki pengetahuan dalam pelbagai bidang undang-undang, adakah kamu setuju sekiranya ia dijadikan sebagai keperluan mandatori?

Satu cadangan yang amat baik tetapi hendaklah secara menyeluruh iaitu tiada pengecualian baik junior ataupun senior.


10.    Apa pendapat kamu mengenai peguam muda yang banyak membuka firma baru? Adakah benar bahawa seseorang peguam perlu pengalaman yang secukupnya sebelum membuka firma baru?

Kita tidak boleh menyekat hak seorang Peguam untuk beramal sendirian atau membuka firma baru.  Ianya satu perkembangan positif supaya pelanggan banyak pilihan untuk memilih khidmat guaman. Seorang Peguam harus mempunyai pengalaman yang cukup dan networking yang baik sebelum membuka firma baru tetapi ianya bukanlah factor penentu seseorang itu boleh berjaya. Saya berpendapat seorang Peguam harus berani dan yakin sekiranya ingin membuka firma baru, memandangkan dasar liberalisasi yang akan menyerap masuk ke profession ini.
             

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 63 guests and 1 member online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
August 2011 September 2011 October 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3
Week 36 4 5 6 7 8 9 10
Week 37 11 12 13 14 15 16 17
Week 38 18 19 20 21 22 23 24
Week 39 25 26 27 28 29 30
Google