Contributed by the National Young Lawyers
Committee
“Kurangkan yuran-yuran yang perlu dibayar oleh peguam”
Juna adalah anak Terengganu jati yang dilahirkan di Kuala Terengganu pada 11
Januari 1975. Anak ke-tiga daripada enam orang adik-beradik, beliau mendapat
pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka dan seterusnya di
Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Tok Jiring, Kuala Terengganu. Seterusnya, beliau
memperolehi Diploma Undang-undang di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin dan Ijazah
Sarjana Muda Undang-undang di UiTM, Shah Alam. Beliau bekerja di Kuala
Terengganu sejak bulan Mac 2005. Angeline Cheah sempat menemuramah Juna bagi
segmen kali ini.
Mengapakah anda memilih untuk menjadi seorang peguam?
Minat yang mendalam membuatkan saya memilih untuk menceburi bidang ini.
Bagaimana perasaan anda mengamal undang-undang di negeri Terengganu?
Saya suka bekerja di Terengganu kerana pada saya tekanan kerja tidak terlalu
membebankan. Tambahan pula kesemua "senior lawyer" yang ada di sini sentiasa
membantu dan tidak lokek untuk memcurahkan ilmu yang mereka miliki. Pengalaman
pertama yang tidak dapat dilupakan adalah mengendalikan kes bicara
“running-down” dengan dua orang saksi semasa saya baru dua minggu bekerja.
Apakah bidang undang-undang yang anda ceburi?
Saya mengendalikan kes-kes litigasi dan juga hartanah “conveyancing”. Saya
memang berminat di dalam bidang hartanah, akan tetapi, saya terpaksa
mengendalikan kes-kes litagasi mengikut kehendak pejabat. Walaubagaimanapun,
saya dapati kes-kes litagasi agak menarik dan sekarang saya suka akan kes-kes
ini kerana saya dapat mempelajari sesuatu yang baru setiap masa.
Apakah pendapat anda tentang system latihan dalam kamar yang dipraktikkan
pada masa ini? Bolehkah system ini diperbaiki lagi?
Pada pandangan saya, latihan dalam kamar yang dipraktikkan sekarang adalah
berdasarkan firma mana yang diikuti oleh setiap pelatih. Pelatih akan belajar
apa sahaja yang diberikan atau dipraktikkan oleh firma yang diikuti, bukan
berdasarkan apa yang dipelajari. Walaubagaimanapun, masa 9 bulan yang
diperunukkan adalah memadai.
Bolehkah anda membuat bandingan berlatih dalam firma yang besar dengan
berlatih dalam firma yang sederhana atau kecil? Pada pendapat anda, apakah
kebaikan dan keburukan masing-masing?
Seseorang yang berlatih di dalam firma yang besar akan membuat atau praktik
perkara tertentu sahaja, contohnya jika dia ditempatkan di bahagian litigasi
yang mengendalikan kes bankrapsi sahaja maka perkara tersebut sahaja yang akan
dipraktikkan. Oleh yang demikian, dia tidak akan terdedah kepada cabang
undang-undang yang lain. Manakala jika seseorang itu berlatih di dalam sebuah
firma yang sederhana atau kecil yang mana firma tersebut mengendalikan semua kes,
maka dia akan dapat mempraktik semua cabang undang-undang.
Anda merupakan wakil peguam muda negeri Terengganu ke NYLC.
Ya, perasaan ingin tahu membuatkan saya bersetuju untuk dilantik sebagai wakil
peguam muda Negeri Terengganu. Saya sedaya-upaya cuba untuk terlibat dan
menolong apa-apa aktiviti yang dibuat oleh Jawatankuasa Peguam Negeri, Pusat
Bantuan Guaman dan NYLC sendiri.
Apakah yang anda ingin lihat untuk peguam-peguam muda di Trengganu?
Supaya peguam-peguam muda Terengganu lebih pro-aktif dalam menyertai
aktiviti-aktiviti yang diadakan dan dianjurkan oleh Majlis Peguam untuk mendapat
lebih ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Mengapa?
Saya berpendapat sedemikian kerana ia merupakan salah satu jalan baik untuk kita
lebih terdedah kepada sesuatu yang baru dan untuk mendapat lebih pengalaman atau
ilmu yang mana tidak pernah diajar di mana-mana institusi pengajian.
Baru-baru ini, kompleks mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur mengalami banyak
kerosakan. Apakah pandangan anda terhadap situasi ini?
Kerosakan-kerosakan yang di alami oleh Kompleks Mahkamah tersebut membuatkan
saya terfikir apa sebenar yang silap tentang pembinaan kompleks tersebut. Di
mana silapnya? Kontraktor yang membina atau bahan yang digunakan?
Walaubagaimanapun, kerosakan-kerosakan tersebut perlu dibaiki dengan segera
supaya tidak mengganggu prosiding mahkamah.
Jika anda dilantik menjadi Presiden Majlis Peguam pada suatu hari kelak,
apakah yang anda akan lakukan?
Pertama sekali, saya akan mengurangkan yuran-yuran yang saya rasa tidak perlu
atau tidak munasabah. Keduanya, saya akan menganjurkan lebih banyak aktiviti di
mana semua peguam tidak kira tua atau muda boleh melibatkan diri dan akhir
sekali, saya akan memastikan bahawa tiada lagi aduan berkenaan dengan salah laku
peguam terutamanya aduan tentang menyeleweng wang klien.
Ini harapan yang cukup besar! Sememangnya, yuran yang dibayar sekarang tidak
mencukupi, and terdapat kemungkinan perlu untuk menaikkan taraf yuran. Apakah
yuran-yuran yang disifatkan tidak perlu atau tidak munasabah?
Pada pendapat saya, kami perlu berfikir semula berkenaan “Building Fund”
dan “Sport Fund”. Berkenaan “Legal Aid Fund” dan “LawCare Fund”,
mengapa kami memerlukan kedua-duanya? “Compensation Fund” seakan-akan
menduplikasi insurans yang kami terpaksa menanggung.
Terdapat komen bahawa suatu mekanisme perlu dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
mengawal wang yang diterima oleh peguam-peguam untuk mengelakkan penyelewengan.
Apakah pandangan anda?
Sekiranya mekanisme tersebut diadakan, sewajarnya ia tidak patut membantutkan
atau melambatkan lagi proses penyerahan wang.
Haruskah peguam-peguam muda dikawal rapi dengan kaedah-kaedah baru
dilaksanakan apabila mereka membuka firma-firma baru?
Ya, kerana pada pandangan saya peguam-peguam muda sekarang terlalu “ambitious” -
bercita-cita untuk membuka firma sendiri tanpa memikirkan risiko yang bakal
mereka hadapi dan tanpa pengetahuan yang mencukupi untuk mengendalikan sebuah
firma dengan baik.
Apakah cadangan anda yang lain untuk mengurangkan penyelewengan?
Salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan menghantar repot untuk firma
secara berkala kepada Jawatankuasa Peguam Negeri ataupun Majlis Peguam.
Peguam-peguam muda sekarang terlalu “ambitious” written by Jason Kay Kit Leon,
Saturday, September 08 2007 06:26 pm
With regard to the three final questions in the interview, a quick perusal of the 25 lawyers wanted by the police (that came out in the newspapers in late May 2007) against the Legal Directory 2004/2005 showed that 5 of the names that were listed in it are lawyers with more than 7 years in practice in 2007.
Jason Kay Kit Leon
Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.
With regard to the three final questions in the interview, a quick perusal of the 25 lawyers wanted by the police (that came out in the newspapers in late May 2007) against the Legal Directory 2004/2005 showed that 5 of the names that were listed in it are lawyers with more than 7 years in practice in 2007.
Jason Kay Kit Leon