Contributed by the National Young Lawyers Committee
1. Sila beritahu serba sedikit mengenai latar belakang anda?
Saya menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2004. Selepas itu, saya pulang ke Kota Bharu untuk bekerja. Saya sekarang bekerja di Tetuan Azhar Fazunny. Sekarang ini saya adalah seorang ahli jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan dan juga pengerusi bersama jawatankuasa Peguam Muda Negeri Kelantan.
2. Sepanjang perjalanan kamu di dalam bidang guaman, apa yang menjadi dorongan untuk terus menceburi bidang ini sedangkan ada bidang lain yang pendapatannya lebih lumayan?
Saya amat meminati bidang ini sejak dahulu lagi. Tambahan lagi suasana kerja yang bagus mendorong saya untuk terus dalam bidang guaman ini. Pada pendapat saya, suasana kerja yang selesa dan kurang tekanan adalah penting supaya seseorang itu dapat bekerja dengan lebih semangat.
3. Sejak kebelakangan ini, terdapat aduan dari para peguam yang menyatakan Mahkamah tidak membenarkan penangguhan walaupun terdapat alasan munasabah dari peguam atau dalam situasi saksi tidak dapat hadir pada hari perbicaraan. Apa pandangan kamu?
Saya berpendapat kedua-dua pihak perlu memainkan peranan. Sekiranya Mahkamah ingin memperkenalkan polisi-polisi yang membabitkan peguam, ia patut disampaikan terlebih dahulu kepada pihak-pihak yang terlibat untuk dibincangkan. Dari perbincangan tersebut, boleh diketahui isu-isu yang perlu diambilkira sebelum ia dilaksanakan. Jika tidak, akan terjadi situasi dimana pihak-pihak menuju ke arah berlainan dan ia tidak membantu untuk mempercepatkan perjalanan kes.
Pada masa yang sama, peguam tidak harus mengambil sikap sambil lewa dan menganggap Mahkamah harus membenarkan semua permohonan untuk penagguhan. Mahkamah dan peguam mempunyai tugas yang berat untuk memastikan kes dijalankan sebaik mungkin. Oleh itu, persefahaman adalah penting dalam konteks ini.
4. Apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk merapatkan jurang di antara Mahkamah dan peguam?
Mesyuarat antara Mahkamah dan Jawatankuasa Peguam Negeri adalah penting untuk memastikan isu-isu boleh dibincang dan diselesaikan bersama. Kedua-dua pihak mesti berusaha untuk mencapai matlamat ini.
5. Kita sering mendengar seruan kerajaan untuk merapatkan hubungan antara kaum. Apakah pandangan kamu tentang hubungan di antara kaum di Kelantan? Sila jelaskan mengapa anda menyatakan sedemikian?
Sepanjang saya berada di Kelantan, saya boleh kata bahawa hubungan antara kaum di sini adalah baik. Ini kerana kami saling hormat menghormati antara satu sama lain. Saya berpendapat untuk mencapai tahap hubungan antara kaum yang baik, ia adalah satu pilihan yang perlu diambil oleh semua kaum. Semua perlu bekerjasama untuk mencapai tujuan itu.
6. Pada pendapat kamu, apa yang boleh dilakukan oleh individu dan kerajaan untuk merapatkan lagi jurang antara kaum ini?
Jurang wujud akibat dari pandangan peribadi masing-masing. Persepsi yang mementingkan diri sendiri perlu diubah. Kita harus hidup sebagai rakyat Malaysia. Saya percaya kerajaan telah melakukan banyak program dan polisi untuk tujuan ini dan ia masih terpulang kepada individu samada mereka memilih untuk merapatkan jurang atau tidak.
7. Sejak kebelakangan ini, terdapat kekurangan peguam (legal assistant) sehingga setiap hari ada firma-firma peguam menggunakan pelbagai cara (termasuk iklan di surat khabar) untuk mendapatkan legal assistant tetapi masalah ini masih berpanjangan. Apa yang menyumbang kepada kekurangan ini walaupun setiap tahun terdapat ramai yang tamat pengajian undang-undang?
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada kekurangan ini. Antara yang paling ketara ialah peguam dari Kelantan yang berminat untuk bekerja di luar (KL, Penang, Johor). Ramai juga yang memulakan firma sendiri memandangkan kos membuka pejabat peguam ini rendah berbanding dengan perniagaan lain. Ada juga yang memilih untuk menyertai sektor kerajaan.
8. Apakah pendapat anda mengenai cadangan untuk menetapkan kadar gaji untuk peguam muda memandangkan terdapat aduan yang menyatakan mereka mendapat gaji yang sangat rendah berbanding dengan profesion lain.
Saya setuju kerana kita adalah professional. Kerja sebagai peguam bukanlah senang. Tanggungjawab yang dipikul adalah berat dan kita harus dibayar dengan gaji yang berpatutan. Setiap firma mempunyai definasi tersendiri mengenai perkataan “berpatutan” ini. Oleh itu, kadar gaji akan membantu untuk memastikan peguam muda tidak diambil mudah oleh majikan.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
The Case of the Missing Penang Lawyer: Charity Treasure Hunt 2012 (12 Feb 2012) Organised by the Penang Bar Committee Social Subcommittee in aid of the National Autism Society of Malaysia (NASOM), this event will take place at Straits Quay, Penang, on 12 Feb 2012 (Sunday). Deadline for registration is 6 Feb 2012 (Monday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).