feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Aminuddin bin Abdullah
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
YL Personality: Aminuddin bin Abdullah PDF Print E-mail
Thursday, 07 September 2006 08:20am

Aminuddin bin Abdullah On June 11, 2006, the National Young Lawyers’ Committee adopted the Selesa Vision which outlined the Committee’s core aspirations. Among others, the NYLC should be a platform for members of the junior Bar to voice their views and concerns on issues affecting their professional practice and the administration of justice.

In a series of interviews with these members, the NYLC hopes to create a greater sense of understanding, awareness and camaraderie within the Bar.

This week, we feature an interview with Aminuddin bin Abdullah by Richard Wee and Chen Hong Lynn:

Aminuddin bin Abdullah adalah seorang peguam muda untuk kira-kira 3 tahun dan adalah seorang rakan kongsi di dalam sebuah firma di Kuantan. Beliau terlibat dalam undang-undang syariah dan jual/beli hartanah.

Amin adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor dan merupakan wakil peguam muda bagi Jawatankuasa Peguam Pahang dalam Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Majlis Peguam tahun 2006/07 (JPMK).

Baru-baru ini, Amin telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang peguam bersama dengan Richard Wee dan Chen Hong Lynn dari JPMK.

Mengapa Amin membuat keputusan untuk menggaji dalam bidang undang-undang dan menceburi profesion guaman?

Undang-undang adalah pilihan pertama saya. Saya mempunyai beberapa orang kawan yang merupakan peguam. Oleh itu, saya dapat berinteraksi dengan gerak kerja seorang peguam. Cara kerja kawan saya telah menarik perhatian saya kerana mereka mempunyai karektor dan reputasi yang amat baik. Tambahan pula, bidang kepeguaman sentiasa di dalam permintaan dan jarang kita mendengar masalah penggangguran dalam bidang ini.

Saya juga telah menuntut di sekolah Arab di Kelantan. Pada waktu itu, kami mempunyai pilihan mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia yang agak terhad dan hanya dapat mempelajari matapelajaran sastera atau perdagangan sahaja. Oleh itu, kursus undang-undang adalah pilihan lojikal dari sekolah aliran Arab dan satu-satu bidang professional yang dapat saya pilih.

Apakah reaksi pertama Amin apabila mula-mula sekali memasuki profesion guaman iaitu apabila Amin adalah seorang pelatih dalam kamar?

Saya berasa amat bangga dapat menceburi profesion guaman. Bangga kerana saya dapat meneruskan bidang undang-undang ini dengan menjalani praktikal sebagai pelatih dalam kamar. Pada ketika itu, walaupun kita adalah pelatih tapi orang dah anggap kita sebagai peguam. Perasaan itu wujud kerana kita belum lagi menjadi peguam.Saya seronok kerana dapat berpakaian segak dengan “blazer dan tie” setiap hari dan dapat hadir dan melihat prosiding di mahkamah. Apatah lagi peguam di Kota Bharu di mana saya mula bekerja sebelum ke Kuantan mempunyai reputasi yang agak baik berbanding di negeri lain walaupun saya masih lagi dan hanya seorang pelatih di dalam kamar ketika itu.

Jika Amin dapat membuat latihan di dalam kamar sekali lagi adakah Amin akan membuat apa-apa dengan cara yang berbeza?

Jika saya mempunyai peluang untuk menjadi pelatih sekali lagi saya akan mengambil kesempatan untuk menceburi dan mempelajari pelbagai jenis kerja guaman dan tidak terhad pada satu-satu bidang sahaja.

Berapa lamakah Amin bekerja sebagai seorang pembantu guaman?

Selepas saya habis latihan di dalam kamar, ibubapa saya menasihatkan saya supaya kekal bekerja di Kota Bharu. Tetapi saya telah mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah firma guaman di Kuantan. Saya telah dihantar untuk mengendalikan cawangan di Kuantan dan selepas 4 bulan, saya telahpun memulakan firma guaman saya bersama dengan tiga orang rakan saya yang lain.

Pada pendapat Amin, adakah Amin akan menggalakkan anak Amin untuk menjadi seorang peguam?

Oleh kerana saya masih lagi belum berumahtangga, soalan ini agak susah untuk dijawab. Dalam apa-apa keadaan, saya berpendapat bahawa ia adalah penting untuk membenarkan kaum muda untuk membuat keputusan mereka sendiri dan mempunyai pendapat mereka sendiri. Oleh itu, saya tidak akan mendesak atau menghalang jika anak saya ingin menjadi seorang peguam.

Bayangkanlah jika Amin mempunyai peluang untuk menjadi Presiden Majlis Peguam untuk satu hari. Apakah yang akan Amin buat?

Sebelum menjawab soalan ini saya ingin terlebih dahulu menyatakan bahawa jawapan saya ini tidak mencerminkan atau memburuk-burukan kerja baik yang kini dilakukan oleh Majlis Peguam.

Jika saya mempunyai peluang untuk membuat perubahan di dalam profesion guaman ini saya ingin mempertingkatkan institusi kepeguaman dan menjaga hubungan baik di kalangan semua peguam di Malaysia, bukan sahaja di kalangan peguam sivil tetapi juga peguam syariah. Cara dan pelaksanaan mungkin saya tak dapat nyatakan secara khusus tapi ia adalah tertakluk kepada keadaan, masa, suasana dan perbincangan pada waktu tersebut.

Saya juga ingin melobi supaya isu keseragaman undang-undang syariah di Malaysia dan keseragaman undang-undang ini dapat dicapai di setiap negeri-negeri. Keseragaman ini amat penting bagi memudahkan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia tanpa menyulitkan lagi keadaan.

Comments (1)Add Comment
Syabas!
written by Desmond Ho Chee Cheong, Thursday, September 07 2006 03:27 pm

Permulaan yang baik untuk mendapatkan pandangan peguam-peguam muda terhadap isu-isu yang relevan kepada kami!


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 106 guests and 4 members online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google