feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Ahmad Syukri Bin Yusoff
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
YL Personality: Ahmad Syukri Bin Yusoff PDF Print E-mail
Thursday, 05 October 2006 08:15am

Disumbang oleh Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan

Ahmad Syukri Bin Yusoff“Berikan lebih kuasa dan ruang kepada peguam muda untuk bertindak”

Ahmad Syukri Bin Yusoff, wakil Terengganu ke Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan, telah mendapat ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Jun 1999. Beliau berasal dari Kuala Terengganu dan telah beristeri dan mempunyai seorang anak lelaki.

Ceritakan serba sedikit tentang saudara.

Saya memulakan kerjaya peguam sejak bulan Jun 2001, dan ini merupakan tahun keenam saya menjadi peguam. Terdahulu sejurus selepas ijazah saya menjalankan perniagaan percetakan dan penerbitan buku di Kuala Lumpur. Pada awalnya saya membuat amalan undang-undang di kuala Lumpur, dan pada tahun 2003 saya pulang ke kampung halaman saya untuk berkhidmat di sana.

Kenapa bidang atau profession guaman menjadi pilihan saudara?

Pengalaman dari perniagaan saya yang terdahulu membuatkan saya memikirkan bahawa profesion guaman adalah merupakan suatu bidang kerjaya yang cukup unik dan hebat, dan jika sekiranya kita kreatif dan bijak mencari peluang, saya percaya dan saya boleh katakan bahawa profesion guaman ini adalah merupakan suatu “platform” yang sangat baik.

Apa pandangan saudara tentang perkembangan bidang profession ini?

Saya melihat perkembangan bidang profesion ini sangat baik, cuma saya berpendapat penekanan perlu diberikan tentang pemahaman masyarakat berkenaan peripenting dan keperluan perkhidmatan ini terutama di zaman sekarang dan mendatang.

Apa yang membuat anda suka tentang bidang guaman ini?

Secara peribadi, saya merasakan bahawa seorang peguam yang pandai dan kreatif, mempunyai banyak kelebihan berbanding profesion yang lain, kerana faktor dan/atau aspek undang-undang boleh dikatakan terdapat dalam kesemua perkara kehidupan.

Dan apa yang saudara tidak suka dengan bidang ini?

Paling saya tidak suka ialah persepsi negatif masyarakat tentang peguam, sedangkan persepsi tersebut boleh saya katakan suatu gurauan atau kata-kata yang melampau, tetapi masyarakat mempercayainya.

Apa masalah atau kesulitan utama yang dihadapi ketika menjadi pelatih dalam kamar?

Seingat saya tiada, saya cukup gembira menjalani latihan dalam kamar saya.

Apakah pandangan saudara terhadap peguam-peguam asing yang bakal dapat bekerja di Malaysia?

Saya berpendapat bahawa perkara tersebut perlu diperhalusi lagi atau dikawalselia oleh Majlis Peguam dan Kerajaan, kerana pada saya berkenaan globalisasi, banyak lagi perkara perlu dilakukan sebelum “dibenarkan bermain di padang yang sama rata”.

Bagaimanakah keadaan kerja bagi peguam-peguam di Terenganu?

Keadaan kerja peguam-peguam di Terengganu pada hemat saya banyak berkait rapat dengan keadaan dan kemajuan ekonomi setempat dan juga pemikiran masyarakat sekeliling.

Bagaimana hubungan di kalangan peguam muda di tempat anda?

Sangat baik dan rapat, kami boleh dikatakan mengenali hampir keseluruhan peguam muda termasuk di daerah Besut, Dungun dan Kemaman.

Adakah ramai peguam-peguam muda di Terenganu terlibat dalam aktiviti-aktiviti Pusat Bantuan Guaman (“PBG”)?

Saya percaya lebih 80% daripada kesemua peguam yang terlibat dalam PBG adalah peguam muda.

Ceritakan tentang peranan peguam-peguam muda di Terenganu dan program-program yang telah diadakan.

Berkenaan kes-kes yang dikendalikan oleh PGB, kebanyakannya diuruskan oleh peguam-peguam muda, dan begitu juga dengan program-program anjuran PBG, contohnya baru-baru ini PBG bersama peguam muda Terenganu telah menganjurkan program Klinik Undang-Undang bertempat di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 September 2006, dan lebih 40 orang peguam menyertainya.

Bagaimana saudara mengetahui atau boleh terlibat dengan Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan?

Pada awalnya saya telah dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan peringkat negeri pada tahun 2005, dan selepas itu timbul rasa cenderung dan prihatin terutamanya berkaitan dengan hal ehwal peguam muda Terengganu.

Bagaimana perkembangan Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda di negeri anda?

Perkembangannya adalah sangat baik, kami mendapat kerjasama yang baik dari Jawatankuasa Peguam Negeri, dan tenaga kerja bagi program-program Jawatankuasa Peguam Negeri juga kebanyakannya dari peguam muda.

Apa harapan saudara terhadap perkembangan Jawatankuasa Peguam Muda di tempat saudara khususnya dan di peringkat kebangsaan umumnya?

Saya sangat berharap agar peguam muda mendapat tempat yang sewajarnya dalam pemilihan jawatankuasa pada tahun 2007 selaras dengan pindaaan ke atas “Legal Profesion Act” khususnya seksyen 46A, dan dengan itu, suara dan kepentingan peguam muda akan lebih terbela.

Apa cadangan peribadi saudara bagi memantapkan lagi bidang guaman ini pada masa hadapan dan menjadikan bidang ini bidang professional yang dikagumi masyarakat?

Banyakkan program-program yang mendekati masyarakat, cuba buang persepsi negatif tentang peguam dalam masyarakat.

Bagaimana hendak menyelesaikan masalah kurang sensitiviti peguam muda sekarang terhadap tentang isu-isu semasa atau perkembangan undang-undang semasa?

Berikan tempat dan kuasa yang sepatut dan sewajarnya kepada peguam muda untuk bertindak, saya percaya barulah tindakan tersebut akan mewujudkan kesan yang jelas dan besar; peguam muda juga perlu diberi ruang yang secukupnya untuk mengutarakan pandangan mereka.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 185 guests and 6 members online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google