feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Jailani Bin Mat Zin
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
YL Personality: Jailani Bin Mat Zin PDF Print E-mail
Contributed by Andrew Yeap Kuang Wei   
Thursday, 26 February 2009 09:17am

YL Persoanlity: Jailani Bin Mat ZinEn. Jailani, sila beritahu serba sedikit mengenai latar belakang anda?

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Serendah Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Saya lebih dikenali sebagai Jai iaitu nama singkat saya. Saya adalah seorang bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan saya telah diterima masuk sebagai seorang peguamcara and peguambela pada tahun 2006.

Apakah pengalaman anda yang susah dilupai semasa bermula kerjaya sebagai seorang peguam?

Saya bekerja di sebuah firma yang agak kecil dari segi bilangan peguam tetapi kes yang dikendali adalah pelbagai. Ia adalah sebuah firma yang mengendali kebanyakkanya kes litigasi. Sebagai seorang peguam baru, saya berasa hilang arah dan tidak pasti samada apa yang dibuat oleh saya betul atau tidak. Saya sangat bertuah kerana mempunyai seorang ‘boss’ yang memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang sepatutnya kepada saya. Sekali sekala jika saya membuat kesilapan, saya berasa cemas tetapi beliau cuba sedaya upaya untuk menunjukkan cara penyelesaian kepada saya. Saya akui bahawa sebenarnya di dalam semua masalah terdapat penyelesaiannya. Ia hanya bergantung kepada cara kami berfikir dan kaedah yang diambil untuk menyelesaikan masalah.

Tahniah diucapkan kerana saya dimaklumkan bahawa En. Jai baru buka firma bersama beberapa orang rakan. Sila En. Jai beritahu apakah yang menjadi rangsangan untuk membuka firma sendiri?

Terima kasih. Saya dan 2 orang rakan telah pada akhir tahun 2008 membuka firma T/n Jailani Farhan & Nasri. Kami adalah peguam yang masih muda yang beryakinan untuk menempuh cabaran di dunia guaman ini. Sekiranya dikatakan pengalaman, sudah tentu ramai peguam yang lebih berpengalaman dari saya tetapi saya pasti dengan cabaran ini, saya boleh mencapai keputusan yang lebih baik. Pemikiran dan cara bekerja juga akan berbeza dari menjadi seorang ‘legal assistant’.

Selama beberapa bulan berfungsi sebagai firma baru di Kota Bharu, apakah pandangan anda mengenai amalan guaman di sini dan pernahkah kamu berfikir untuk mencipta nama di luar Negeri Kelantan ini?

Apa yang menariknya setiap peguam di Kelantan saling kenal mengenali antara satu sama lain dan mempunyai hubungan yang rapat. Mungkin ini kerana bilangan peguam masih kecil. Pada masa sekarang saya akan memberi sepenuh perhatian kepada kerja-kerja yang ada di sini. Sekiranya ada peluang pada masa akan datang, sudah tentu saya bersedia untuk menerima cabaran yang lebih besar.

Adakah kamu tahu mengenai Tabung Bantuan Palestine yang dilancarkan oleh Majlis Peguam?

Ya saya dapat tahu melalui laman web Majlis Peguam dan juga peguam-peguam lain. Saya amat bersetuju dengan pelancaran tabung tersebut kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu sahabat-sahabat kita di Palestine. Walaupun sumbangan dari seseorang individu adalah kecil, saya percaya jika semua peguam memberi satu sumbangan kecil, ia akan banyak membantu mangsa-mangsa perang.

Setakat ini, hanya segelintir peguam muda dari Kelantan atau negeri-negeri Pantai Timur yang bergiat aktif di dalam aktiviti yang dianjur Majlis Peguam. Antaranya ialah ‘National Young Lawyers’. Adakah kamu tahu dan apa pandangan anda dalam aktiviti yang telah dianjurkan?

Saya dapat tahu mengenai aktiviti Majlis Peguam dan National Young Lawyers melalui peguam-peguam lain. Saya rasa maklumat mengenai aktiviti yang dianjurkan kurang jelas. Saya berharap Majlis Peguam dapat memberi lebih banyak informasi seperti perancangan dan aktiviti sepanjang tahun melalui laman web. Saya juga berharap aktiviti-aktiviti secara kecil-kecilan juga boleh dianjurkan di negeri-negeri lain.

Bolehkah En. Jai memberi sedikit cadangan untuk Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Muda supaya boleh menjadi lebih relevan kepada peguam terutamanya di Kelantan ini.

Setakat yang saya tahu, semua aktiviti yang dianjur oleh Majlis Peguam adalah baik dan memberi manfaat kepada peguam-peguam. Saya rasa golongan peguam muda sangat memerlukan ‘dialog, seminar atau training’ supaya cara kerja dan pengetahuan bertambah untuk kebaikan mereka. Terdapat banyak soalan-soalan yang ingin ditanya seperti cara-cara mengendalikan firma tetapi saya kurang pasti dimanakah forum atau tempat yang sesuai untuk bertanya.

Sebagai seorang peguam yang masih muda, pasti ramai peguam lain yang juga mempunyai fikiran atau idaman yang sama seperti En. Jai iaitu membuka firma sendiri dan berasa bebas untuk berbuat apa saja. Apakah nasihat anda kepada golongan ini?

Seseorang itu mesti tahu apa hala tujuan dan matlamat sebelum membuat apa-apa keputusan. Jika kebebasan bekerja seperti cara dan masa menjadi keutamaan, seseorang itu harus membuka firma sendiri kerana sekiranya bekerja sebagai legal assistant, arahan hendaklah datang dari bos dan jarang boleh membuat keputusan sendiri mengenai kes. Walaubagaimanapun membuka firma sendiri mempunyai tanggungjawab yang besar termasuk isu-isu yang tidak perlu difikirkan semasa menjadi seorang legal assistant. Saya katakan samada seseorang harus membuka firma atau tidak bergantung kepada sifat seseorang individu.

Adakah En. Jai setuju bahawa kualiti peguam di Negara kita ini semakin merosot dan ada yang komen bahawa peguam sekarang tidak sama seperti dulu. Adakah kamu setuju dan mengapa?

Mungkin mereka tidak bersedia untuk mengendalikan kes-kes yang rumit. Seseorang yang tamat pengajian jurusan undang-undang di universiti adalah berkelayakan. Seseorang itu akan banyak belajar dan membina keyakinan semasa ‘chambering’. Peguam terutamanya peguam muda harus berusaha untuk meningkatkan pengetahuan mereka dengan banyak membaca.

Apakah cabaran yang mungkin dihadapi En. Jai sebagai seorang peguam pada tahun 2009 ini?

Saya rasa kemerosotan ekonomi tidak akan mengakibatkan kesan yang teruk kepada saya atau firma. Saya juga percaya bahawa semua masalah akan dapat diatasi sekiranya kita berfikir dengan hati yang tenang. Pepatah Inggeris yang menyatakan ‘there is a will there is a way’ sentiasa di dalam hati saya dan menjadi panduan yang penting di dalam hidup saya.

Other YL Personalities:

Reena Nair a/p Raghuan
Desmond Sahathevan
Ang Kai Whei
Tham Shien Shyong
Ong Yu Jian
Nor Erini Bt Mustapha Kamal
Teng Siew Yik
Sia Teng Teng
Alvina Mun Sook Kwan
Melisa Tai Mein-Sze
Vincent Tan Boon Siang
Muhammad Syamsulfaiz Zainuddin
Ummi Kalthum Bt Zakaria
Mohd Taufik Bin Md Tahir
Goh Chuan Chean
Hemalatha Parasa Ramulu
Kho Yieng San
Ng Li Lin
Karthigesan a/l Shanmugam
Juna Binti Jusoh
Syamsuriatina Ishak
Albert Ding Choo Earn
Sulaiman Bin Abu Bakar
Nasdrul Umur Bin Shamsulhuda
Elaine Daly
Devkumar Kumaraendran
Sandesh Kabir Singh
Edelina Sophia Binti Sophian Pulle
Mohd Busyairy Bin Che Muda
Wong Fook Meng
Fadiah Nadwa Fikri
Lee Chooi Peng
Angeline Cheah Yin Leng
Mishant a/l Thiruchelvam
Shahrizal Bin Mohd Zin
Rezalman B. Bahran
Gavin Tang Cheng Loong

Noreen Ahmad Ariff
Nadia Ashikin binti Maduarin
David Dinesh Mathew
Nizam Bashir Bin Abdul Kariem Bashir
Amer Hamzah Bin Arshad
Ernie Suffiani Binti Salim
Ahmad Syukri Bin Yusoff
Dipendra Harshad Rai
Soo Wee Loon
Tracy Hah
Aminuddin bin Abdullah

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 44 guests online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google