feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow Tabung kemanusiaan bagi mangsa gempa bumi dan tsunami di Kepulauan Solomon
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Tabung kemanusiaan bagi mangsa gempa bumi dan tsunami di Kepulauan Solomon PDF Print E-mail
Contributed by Dara Waheda Mohd Rufin   
Wednesday, 18 April 2007 12:01am

Two children in Humba village on Rendova in the Solomon islands.Terletak di lautan Pasifik, Kepulauan Solomon yang merupakan negara bekas jajahan kerajaan British tidak putus-putus dilanda musibah. Negara yang baru sahaja bangkit dan cuba pulih dari konflik perang saudara yang bermula sekitar tahun 1998, sekali lagi dikejutkan dengan malapetaka dahsyat yang telah mencatatkan kematian, kecederaan dan kerosakan yang teruk.

2 April 2007 merupakan tarikh malang bagi penduduk Kepulauan Solomon yang ketakutan dan trauma selepas digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.0 pada skala ritcher di dasar laut 45 kilometer dari Kepulauan berkenaan. Ini disusuli satu fenomena tsunami sehingga satu kilometer ke kawasan darat yang menenggelamkan harta-benda dan menyebabkan beribu-ribu penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri ke kawasan tinggi.

Ibarat “sudah jatuh ditimpa ditimpa tangga” - negara yang berkepadatan penduduk kira-kira 552,000 orang merupakan kepulauan miskin di Timur Laut Australia kini sangat-sangat mengharapkan bantuan dari segi kewangan, makanan, perubatan dan sebagainya dari pihak luar.

Atas semangat kemanusiaan dan keprihatinan, Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional (JPMN), Majlis Peguam telah menyambut rayuan yang disampaikan oleh penduduk Kepulauan Solomon melalui “Solomon Islands Bar Association” dengan melancarkan satu tabung khas kemanusiaan bagi mengumpulkan dana dalam usaha membantu meringankan beban mereka.

Sila lihat halaman di sini untuk butir-butir berkenaan pelan bagi tabung ini:

http://www.malaysianbar.org.my/component/option,com_docman/task,doc_details/gid,1079/Itemid,120/

JPMN pada hari ini sekali lagi menyeru kepada para peguam-peguam yang prihatin dan dermawan untuk sama-sama menghulurkan derma ihsan bagi mengisi tabung ini. Setakat ini, jumlah dana yang dikumpulkan tidak cukup membayangkan sokongan padu Badan Peguam Malaysia yang telah baru-baru ini menderma lebih dari RM20,000 bagi mangsa-mangsa banjir di selatan Malaysia.

Sumbangan anda adalah amat berharga bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Kepulauan tersebut.

Keprihatinan anda, harapan mereka!

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 177 guests and 1 member online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google