feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-4
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-4 PDF Print E-mail
Contributed by Shahrizal Bin Mohd Zin   
Thursday, 08 February 2007 10:31pm

Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-4Shahrir: M’sia lacking competitiveness

KUALA LUMPUR, 6 Febuari 2007: Sessi akhir “Siri Pemikiran Kritis” telah diadakan untuk membincangkan tajuk “Mampukah Dasar Ekonomi Baru (DEB) berdepan dengan Cabaran Globalisasi?” Sessi ini telah mengundang empat ahli panel yang merupakan wakil-wakil dari parti pemerintah dan juga pembangkang iaitu Dato’ Shahrir Abdul Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru), saudara M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat), Datuk Kamarudin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan saudara Tian Chua (Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat). Sepertimana sessi-sessi yang lepas, sessi akhir ini juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari seramai lebih kurang 120 orang yang hadir di Auditorium Majlis Peguam.

Sessi ini dimulakan dengan ahli panel pertama iaitu M. Kulasegaran yang telah menyuarakan pendapat beliau tentang kesangsian sistem dan pelaksanaan Dasar itu sendiri. Perkara ini dibuktikan beliau berdasarkan percanggahan fakta dan angka sebenar pegangan ekuiti Bumiputera yang dinyatakan secara tidak konsisten oleh Kerajaan sendiri dan beberapa Menteri-Menteri kabinetnya baru-baru ini.

Seterusnya, beliau mempersoalkan keberkesanan DEB yang telah memberikan kesan negatif kepada ekonomi negara sehingga menukarkan status “harimau ekonomi” kepada “kucing pemalu”, mengikis persaingan dalam dan luar negara, keistimewaan kaum yang diberikan terlalu lama, peningkatan indeks rasuah serta masalah pengangguran besar di kalangan siswazah. DEB juga menurut beliau hanya memberikan kekayaan kepada segelintir individu contohnya mereka yang dianugerahkan permit import kereta atau “AP” dalam jumlah yang banyak.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang kesan sampingan DEB yang selama ini telah meminggirkan kaum India di Malaysia.

“Kaum India adalah yang paling teruk terjejas dan tidak mendapat manfaat sewajarnya daripada pelaksanaan DEB sehingga memberikan kesan-kesan negatif seperti kemerosotan penglibatan kaum India dalam sektor awam, peningkatan kadar jenayah, kemiskinan, keciciran persekolahan serta kesukaran mendapat peluang belajar di universiti”, katanya.

Semua itu menurut beliau adalah tempias daripada kelemahan pelaksanaan DEB yang seharusnya ditukar pelaksanaanya kepada pendekatan yang lebih besifat “buta warna” iaitu membantu semua pihak yang memerlukan tanpa mengira kaum.

Saudara Tian Chua Ahli panel kedua iaitu Tian Chua pula tidak ingin membincangkan keberkesanan DEB tetapi lebih menekankan aspek politik dalam menyuarakan pendapat beliau. Menurut beliau, suatu mitos telah diwujudkan oleh parti pemerintah bahawa DEB seakan-akan dianggap sebagai hak keistimewaan orang Melayu. Perkara ini seterusnya menjadikan DEB sesuatu isu yang sensitif untuk dibincangkan kerana seolah-olah cuba mempertikaikan persetujuan yang telah dibuat sejak lama dahulu tentang hak keistimewaan orang Melayu. Beliau telah mengutarakan pandangannya bahawa DEB sebenarnya telah dijadikan modal oleh parti pemerintah kononnya sebagai dasar penting negara tetapi pada hakikatnya perkara sampingan yang terbit dari DEB telah digunakan untuk melindungi individu-individu yang berkuasa.

Beliau memberikan contoh tentang bagaimana perjanjian tol di antara Kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi tol telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi sehingga sukar untuk rakyat mendapatkan fakta-fakta yang sebenar bagi membuat penilaian kenaikan kadar tol yang berterusan.

“DEB tidak mampu untuk berdepan dengan cabaran globalisasi kerana wujudnya Akta Rahsia Rasmi yang menutup keterbukaan untuk memberi respon kepada sesuatu isu”, katanya.

DEB juga menurut beliau telah menghalang pemikiran orang ramai untuk berfikir di luar batas-batas perkauman.

“Apa yang lebih penting ialah suatu pendekatan baru yang lebih terbuka dan tidak bersandarkan perkauman semata-mata haruslah diwujudkan supaya semua kaum (yang memerlukan) mendapat peluang ekonomi yang sama rata serta ruang perlu diberikan untuk mereka mengembangkan potensi diri masing-masing”

Ahli panel ketiga iaitu Datuk Kamarudin Jaafar pula telah memberikan pandangan beliau bahawa DEB walaupun telah dilaksanakan sejak sekian lama masih belum mampu memuaskan hati kaum Melayu dan bukan Melayu tentang dasar-dasar Kerajaan. Kaum Melayu dan bukan Melayu seolah-olah tidak mengecapi nikmat sebenar kemewahan yang telah dicapai oleh negara melaui DEB dan juga dasar-dasar kerajaan sekarang.

Beliau memberikan perbandingan tentang isu globalisasi dan juga kedudukan DEB dalam negara ini. Sekiranya kita cuba mewujudkan keadilan dalam mendepani cabaran globalisasi untuk melindungi ekonomi negara-negara mundur daripada dieksploitasi oleh negara maju contohnya dalam situasi perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, perkara yang sama perlu dilakukan dalam konteks negara kita di mana semua golongan lemah perlu dibantu dan dilindungi tanpa mengira kaum khususnya dalam aspek ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Beliau juga mengulas bahawa jurang kaya miskin dalam negara ini adalah paling teruk berbanding negara-negara lain seperti Indonesia dan Filipina malahan kaum Melayu memiliki jurang kaya miskin yang paling teruk di Malaysia. Beliau menyatakan DEB sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah ekonomi dan sosial yang melanda rakyat negara ini khususnya kaum Melayu.

Dato’ Shahrir Abdul Samad Ahli panel yang terakhir iaitu wakil daripada Kerajaan, Dato’ Shahrir Abdul Samad pula mengulas pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh wakil-wakil pembangkang. Beliau telah membentangkan statistik yang dibuat oleh para pengkaji-pengkaji indeks globalisasi antarabangsa yang jelas menunjukkan Malaysia mendapat tempat yang agak baik berbanding negara-negara maju yang lain dalam konteks globalisasi ekonomi, sosial dan juga politik.

“Ianya bergantung kepada cara kita untuk melihat kepada sesuatu perkara di mana walaupun ada yang menganggap ekonomi dan sosiopolitik negara telah merosot akibat DEB, namun pandangan pihak antarabangsa amatlah berlainan sekali”, katanya.

Beliau juga telah mempertahankan DEB selama ini dengan mengatakan bahawa matlamat DEB bukanlah bersifat perkauman semata-mata tetapi sikap negatif sesetengah orang Melayu yang menyebabkan berlakunya rasuah. Sebagai contoh beliau berhujah bahawa DEB pernah “ditinggalkan” semasa ketiadaannya dalam kerajaan pada 1987 dan digantikan dengan Polisi Pembangunan Nasional dan Polisi Wawasan Nasional, namun walaupun tanpa DEB pada waktu tersebut amalan-amalan negatif seperti rasuah, keengganan membayar pinjaman dan kronisme telah menular di kalangan masyarakat. Jelas daripada perkara ini, beliau berhujah bahawa DEB tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh negara sekarang.

Selepas kesemua panel mengemukakan pandangan masing-masing sessi soal-jawab telah diadakan di antara ahli panel dengan orang ramai, dan dipengerusikan oleh saudara Fahri Azzat. Sessi soal jawab telah dilakukan dengan tenang dan mendapat respon yang menggalakkan daripada ahli-ahli panel dan juga orang ramai.

Sessi ini telah melabuhkan tirainya pada pukul 10.30 malam. Adalah menjadi harapan semua pihak supaya siri-siri seperti ini dalam dilakukan secara berterusan pada masa akan datang bagi membincangkan isu-isu lain supaya sikap keterbukaan dan ketelusan dapat dijadikan amalan dalam memahami sesuatu isu.

Apabila dijemput untuk memberi pandangan selepas sessi berakhir, Naib Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan saudara Kenny Lai telah menyuarakan kepuasan beliau berkenaan segmen pertama Siri Pemikiran Kritis yang telah memberi manfaat kepada semua golongan rakyat Malaysia, dan beliau berharap ini akan berterusan pada jangka masa panjang.

Comments (2)Add Comment
Hapuskan DEB : Keperluan atau Kehendak?
written by Aminah Jazilah Abu Bakar, Friday, February 09 2007 11:17 pm

Saya dengan rendah diri merasakan bahawa kehendak sebahagian rakyat Malaysia yang ingin menghapuskan DEB tidaklah lebih utama dari keperluan sebahagian kaum Bumiputera yang masih memerlukan DEB.

Begitu juga kehendak sebahagian dari kaum Bumiputera untuk mengekalkan DEB tidaklah lebih baik dari keperluan sebahagian rakyat Malaysia yang ingin menghapuskan DEB.

Perlukah ditambah lagi kajian kepada timbunan tesis tentang DEB? Mungkin tidak.

Ini retorik? Mungkin saya akan menjelaskan apa yang saya rasa (tentang DEB?) di http://aminahjazilahabubakar.blogspot.com

More Please !!
written by Nicole Tan Lee Koon, Sunday, February 11 2007 07:45 pm

Dear fellow Malaysians who happens to be bumiputeras,

Please speak up more. If non-Bumis bring up this issue it is deemed seditious but if you guys bring it up, it is OK.....For the sake of our future, please do something...


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 176 guests and 1 member online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google