Kuala Lumpur, Khamis: Siri Pemikiran Kritis (SPK), Sessi Ke-3 terus
mengajak semua berfikir berkenaan efek Dasar Ekonomi Baru ke atas hubungan
ethnik di Malaysia.
Sessi Ke-3 bertajuk “Dasar Ekonomi Baru: Eratkan hubungan ethnik atau sebaliknya”
telah diadakan di Auditorium Majlis Peguam di mana Dr Jeyakumar Devaraj dari
Parti Sosialis Malaysia dan Coalition Against Health Care Privatisation serta YB
Datuk Zaid Ibrahim selaku ahli Parlimen Kota Bahru telah hadir untuk memberi
pandangan mereka. Seorang lagi panel jemputan, Datuk Mustafa Ali tidak dapat
hadir kerana masalah kesihatan.
Pengacara sessi, saudari Lai Jen Li, telah menjemput ucapan pembukaan dari
Mohamad Rifauddin, wakil Youth For Change (Y4C) dan disusuli dengan ucapan dari
wakil Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan (NYLC) dari Kelantan, Rezalman
B. Bahran yang mengalu-alukan perbincangan berkenaan isu-isu semasa seperti
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dr Jeyakumar memulakan perbincangan dengan mengemukakan pernyataan bahawa DEB
tidak dilancarkan bagi memupuk perpaduan kaum dan sebaliknya, ia sebenarnya
telah mengasingkan kaum. Walaupun tujuan utama DEB adalah untuk mengimbangkan
semula struktur ekonomi di antara kaum dan membasmi kemiskinan, ia nampaknya
lebih membantu golongan kaya dalam kaum tertentu untuk menjadi bertambah kaya.
Jeyakumar ketika mengusulkan pendapatnya, berulang-ulang kali menekankan
perlunya suatu polisi yang boleh membantu semua kaum di Malaysia terutamanya
rakyat Malaysia yang berada dalam kelompok rakyat miskin.
DEB menurut beliau juga telah mewujudkan golongan elit “UMNOPUTERA”. Golongan
ini jauh berbeza dari “forefathers” mereka kerana mereka kini mengeksploitasikan
isu perkauman dan agama untuk memastikan mereka terus memegang kuasa politik.
Di akhir ucapannya, Jeyakumar menegaskan perlunya suatu “common ground” atau
gerakan “massa” yang dapat menegakkan keadilan sosio-ekonomi dan menentang
serangan “neo-liberal”.
Ahli panel kedua, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai pandangan yang berbeza dari
Jeyakumar. Secara amnya, beliau menyokong kewujudan DEB. Beliau menjadikan
dirinya sebagai contoh bagi menyokong pendapatnya itu.
Beliau telah berkongsi kisah hidupnya di mana sewaktu berusia 12 tahun beliau
telah mendapat biasiswa walaupun beliau bukanlah pelajar terbaik. DEB telah
membantu dan membuka ruang bagi bumiputera sepertinya untuk berjaya.
Zaid telah mengajak para hadirin untuk mengimbas kembali sejarah tujuan DEB
diperkenalkan. Pemimpin pada waktu itu prihatin dengan ketidakseimbangan ekonomi
di antara kaum dan ingin membasmi kemiskinan.
Beliau juga memberikan contoh Amerika Syarikat yang mana ketika pemerintahan
John F. Kennedy juga telah memperkenalkan suatu polisi untuk membantu golongan
“African-American”. Polisi beliau ditentang tetapi Mahkamah Agung memutuskan
bahawa ia bukan diskriminasi untuk melaksanakan suatu polisi yang bertujuan
untuk meningkatkan kualiti hidup suatu kaum agar mereka dapat hidup dan bersaing
dengan sihat dengan kaum-kaum lain.
Walau bagaimanapun, seperti Jeyakumar, Zaid menyatakan bahawa “sesuatu yang
lain” telah berlaku selepas DEB diperkenalkan. Beliau mengakui bahawa sekiranya
kita memberikan peluang yang keterlaluan kepada sesetengah pihak, ada
kemungkinan polisi dan kelebihan itu akan disalahgunakan. Oleh itu, adalah baik
sekiranya DEB dikaji semula dan diolah supaya dapat membantu semua pihak.
“Polisi-polisi ‘racist’ mesti dihapuskan, tetapi polisi-polisi yang bertujuan
menolong sesuatu kaum, untuk tujuan dan masa tertentu boleh disokong”, katanya.
Sessi dialog yang dipengerusikan oleh saudara Chai Chee Fat dari Y4C telah
menyaksikan penyertaan yang hangat dari para hadirin yang melemparkan pelbagai
soalan, komen dan kritikan sehingga ahli-ahli panel tidak menang tangan menjawab
satu demi satu soalan.
Menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh seorang peserta yang hadir, Zaid
berkata Malaysia masih belum bersedia untuk menerima sebuah parti politik
berbilang kaum. Ini adalah kerana politik dan parti yang berasaskan kaum ini
telah menjadi formula untuk menang pilihanraya sejak dari dahulu lagi, dan iidak
hairanlah sekiranya pemimpin sekarang enggan mengubah keadaan semasa.
Beliau juga menyarankan supaya Barisan Nasional menjadi suatu parti dan bukannya
gabungan parti-parti. Parti-parti di dalam Barisan Nasional harus maju ke depan
bersama-sama polisi-polisi yang membantu semua pihak dan bukannya sesetengah
pihak sahaja.
Beliau turut berpendapat bahawa transformasi dari parti yang berasaskan kaum
kepada parti pelbagai kaum hanya boleh dilaksanakan sekiranya parti-parti kaum
yang ada sekarang bersedia menerima perubahan tersebut.
Sebagai rumusan, sessi kali ini telah berjaya membawa para hadirian seramai
lebih kurang 100 orang berfikir dan berbincang mengenai isu perhubungan etnik di
antara kaum di Malaysia dan sejauh manakah DEB telah mencorak hubungan tersebut.
Ahli-ahli panel dan para hadirin rata-rata bersetuju bahawa perlunya ada suatu
polisi yang boleh membantu kesemua pihak lebih-lebih lagi mereka yang
memerlukannya tanpa mengira kaum.
Sesi Ke-4 dan terakhir bagi Siri Pemikiran Kritis ini akan diadakan di
Auditorium Majlis Peguam pada 6 Februari 2007, pada jam 8 malam dengan topik
yang tidak kurang menariknya iaitu “Mampukah DEB berdepan dengan cabaran
Globalisasi”.
Ahli-ahli panel yang akan hadir termasuk YB M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh
Barat), Saudara Tian Chua (Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat), YB Datuk
Kamarudin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan YB Dato Shahrir Abdul Samad (Ahli
Parlimen Johor Bahru).
Untuk keterangan lanjut berhubung sessi SPK yang akan datang, sila lihat di
sini.
Interesting written by Nicole Tan Lee Koon,
Saturday, January 27 2007 02:40 pm
Dear all,
I was there. I found Dr. Jeyakumar to be bold and agressive. However, to those activists; netizens and bloggers like Khoo Kay Peng and Dr. McCoy (who were there), he was just stating the obvious. Anyway, this is another platform for us Malaysians to voice our displeasure and rumblings at some of the nonsense that has been happening at the expense of national unity and economic progress. I urge all of you to attend the next meeting slated on 6-2-2007 (Tuesday) at 8 pm. Kulasegaran; Tian Chua & Sharir Samad will be sharing the opinions. Well, let us all good people do our part. In the words of Edmund Burke (quoted by Dato' Zaid), "All that is necessary for evil to triumph is for good men to do nothing".
Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.
2013 Bar Council subscription Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2013 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Starting a new Practice If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
Litigation Asia Summit 2013 (19 to 21 May 2013) The Litigation Asia Summit brings together leading in-house counsel with specialist global law firms. As an invitation-only event , it offers regional general counsel and international external counsel an intimate environment for focused discussion of key new drivers shaping dispute resolution strategies. Click on the link above for more details.
Getting Started! Workshop (20 May 2013) Organised by the Bar Council Professional Indemnity Insurance Committee, this workshop will be held at 8:30 am to 6:00 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, First Floor, Bar Council, 15 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, on 20 May 2013 (Monday). The workshop carries seven CPD points. Click on the link above for more details.
International Arbitration Conference by CIArb Malaysia (22 to 24 Aug 2013) Organised by the Chartered Institute of Arbitrators, this conference will be held at Eastern & Oriental Hotel, 10 Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang, from 22 to 24 Aug 2013 (Thursday to Saturday). The conference carries 10 CPD points. Early-bird rate ends on 30 Apr 2013. Click on the link above for more details.
“Transforming Criminal Justice” One-week Study Programme (25 to 29 Nov 2013) Organised by Public Administration International (“PAI”), this UK-based one-week study programme entitled “Transforming Criminal Justice: from Joined-up Justice to Multi-agency Approaches” will be held in London from 25 to 29 Nov 2013 (Monday to Friday). For further enquiries, please contact PAI by telephone at +44 (0)20 7580 3590, by fax at +44 (0)20 7580 4746, or by email at pai@public-admin.co.uk.
Dear all,
I was there. I found Dr. Jeyakumar to be bold and agressive. However, to those activists; netizens and bloggers like Khoo Kay Peng and Dr. McCoy (who were there), he was just stating the obvious. Anyway, this is another platform for us Malaysians to voice our displeasure and rumblings at some of the nonsense that has been happening at the expense of national unity and economic progress. I urge all of you to attend the next meeting slated on 6-2-2007 (Tuesday) at 8 pm. Kulasegaran; Tian Chua & Sharir Samad will be sharing the opinions. Well, let us all good people do our part. In the words of Edmund Burke (quoted by Dato' Zaid), "All that is necessary for evil to triumph is for good men to do nothing".