Home
Committees
National Young Lawyers
Majlis Makan Malam Diwali 2011 di Pusat Jagaan Kasih Sayang, Melaka
Committees
National Young Lawyers
Majlis Makan Malam Diwali 2011 di Pusat Jagaan Kasih Sayang, Melaka | Majlis Makan Malam Diwali 2011 di Pusat Jagaan Kasih Sayang, Melaka |
|
|
|
| Wednesday, 04 January 2012 01:44pm | |
|
Disumbangkan oleh Ng Ka Iek (Pelatih dalam Kamar), berserta gambar oleh Leong Zhi Hong (Ahli, Jawatankuasa Kecil Peguam-peguam Muda dan Pelatih Dalam Kamar, Jawatankuasa Bar Melaka) Jawatankuasa Kecil Peguam-peguam Muda dan Pelatih Dalam Kamar, Jawatankuasa Bar Melaka (“YLCP”) telah mengadakan satu Majlis Makan Malam Diwali 2011 pada 29 Okt 2011 (Sabtu) di Pusat Jagaan Kasih Sayang (Sweet Loving Caring Home, “SLCH”) yang terletak di Jalan Paya Ikan, Bukit Baru, Melaka sempena Projek Bulan Amal yang dijadualkan dari September hingga November tahun 2011. Seawal jam 1:00 tengahari, para pelatih dalam kamar (kumpulan A) telahpun membuat persiapan awal seperti menghias kawasan, memasang khemah dan menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada warga emas dan pesakit-pesakit yang menetap di SLCH. Majlis makan malam tersebut telah bermula tepat pada pukul 6:00 petang. Majlis makan malam tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran Ng Kong Peng, Pengerusi Jawatankuasa Bar Melaka, bersama isteri beliau, Amy Yeo, dan juga Karen Cheah, Ahli Jawatankuasa Bar Melaka.
Pengasas SLCH, N Shanmugam, dalam ucapannya telah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian YLCP untuk mengadakan aktiviti di SLCH. Secara ringkas beliau memaklumkan kepada semua yang hadir tentang latar belakang Rumah Kasih Sayang yang telah dibuka pada tahun 2005. Beliau memaklumkan bahawa pusat jagaan tersebut dibuka bertujuan untuk kebajikan masyarakat dan bukannya untuk tujuan perniagaan.Setakat ini, SLCH mempunyai lebih kurang 30 warga emas dan pesakit yang bernaung dibawah pusat jagaan tersebut dan kos perbelanjaan mengurus adalah lebih kurang RM10,000 setiap bulan. Beliau berharap agar pihak-pihak yang berkemampuan boleh menghulurkan bantuan dengan memberi sedikit sumbangan kepada pusat jagaan tersebut agar warga emas dan para pesakit yang tinggal di pusat jagaan tersebut mendapat rawatan dan jagaan yang sewajarnya. Majlis Makan Malam Diwali 2011 diteruskan dengan ucapan daripada Mohd Fadil b Mohd Yusof selaku Pengerusi YLCP. Beliau telah menyatakan bahawa bulan September merupakan bulan amal dan YLCP telahpun mengadakan pelbagai aktiviti sempena bulan amal tersebut antaranya, kempen menderma darah, pertandingan bowling, acara memanah dan menonton wayang. Objektif bulan amal adalah untuk memberi kesedaran kepada peguam-peguam muda dan pelatih-pelatih dalam kamar supaya sentiasa prihatin terhadap warga emas dan juga kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Mohd Fadil b Mohd Yusof juga mengatakan bahawa “seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, tetapi belum tentu sepuluh orang anak boleh menjaga seorang ibu”. Beliau menyeru agar para hadirin sentiasa mengambil berat dan prihatin kepada orang-orang yang berada di sisi kita, terutamanya ibu bapa yang telah mendidik dan mengasuh kita sejak dari lahir. Beliau juga berharap agar orang ramai taat kepada ibu bapa dan menjaga mereka dengan baik pada setiap masa. Lebih kurang pada jam 7:15 petang, Ng Kong Peng, Amy Yeo dan Mohd Fadil b Mohd Yusof telah dijemput bersama untuk menyalakan lilin Diwali di sekelilingi Pusat Jagaan Kasih Sayang yang secara simboliknya melambangkan sambutan Deepavali. YLCP berharap agar kehidupan warga pusat jagaan tersebut sentiasa diterangi dan dapat menjalani kehidupan yang gembira. ![]() Para pelatih dalam kamar juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan bagi menghiburkan warga emas di situ. Antara lagu yang telah dipersembahkan pada malam itu adalah “Rasa Sayang”, “We are the World” dan “You are my Sunshine”. Untuk makluman, lagu “We are the World” juga adalah muzik yang digunakan dalam dokumentari video yang telah diterbitkan oleh YLCP sempena bulan amal ini. Majlis makan malam tersebut turut diserikan dengan beberapa lagu yang didendangkan oleh warga emas di SLCH, termasuk Makcik Soleh dan Aunty Tai. Malam tersebut turut menyaksikan keakraban warga SLCH dengan pelatih dalam kamar dimana mereka telah bersama-sama meraikan malam tersebut dengan menari dan bermain bunga api. ![]() ![]() Berbekalkan sumbangan oleh para dermawan, YLCP telah membeli pelbagai barang kegunaan harian dan makanan untuk kegunaan warga SLCH. Selain itu, sampul Deepavali yang mengandungi RM5 telah diberikan kepada setiap warga SLCH oleh Ng Kong Peng, Mohd Fadil b Mohd Yusof dan Karen Cheah. ![]() ![]() Majlis Makan Malam Diwali 2011 berakhir pada pukul 9:00 malam. Warga SLCH merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Bar Melaka dan YLCP kerana telah menganjurkan jamuan makan malam yang begitu bermakna bagi mereka sempena perayaan Deepavali. Mereka berharap agar program ini bukannya program yang pertama dan terakhir untuk mereka. ![]() Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|








Pengasas SLCH, N Shanmugam, dalam ucapannya telah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian YLCP untuk mengadakan aktiviti di SLCH. Secara ringkas beliau memaklumkan kepada semua yang hadir tentang latar belakang Rumah Kasih Sayang yang telah dibuka pada tahun 2005. Beliau memaklumkan bahawa pusat jagaan tersebut dibuka bertujuan untuk kebajikan masyarakat dan bukannya untuk tujuan perniagaan.
Majlis Makan Malam Diwali 2011 diteruskan dengan ucapan daripada Mohd Fadil b Mohd Yusof selaku Pengerusi YLCP. Beliau telah menyatakan bahawa bulan September merupakan bulan amal dan YLCP telahpun mengadakan pelbagai aktiviti sempena bulan amal tersebut antaranya, kempen menderma darah, pertandingan bowling, acara memanah dan menonton wayang. 























