feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow Lawatan ke Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia, Klebang Kecil, Melaka (29 Okt 2011)
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Lawatan ke Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia, Klebang Kecil, Melaka (29 Okt 2011) PDF Print E-mail
Tuesday, 03 January 2012 02:11pm
Disumbangkan oleh Leong Zhi Hong (Ahli, Jawatankuasa Kecil Peguam-peguam Muda dan Pelatih Dalam Kamar, Jawatankuasa Bar Melaka), berserta gambar oleh Candy Lee (Sukarelawan)

Jawatankuasa Kecil Peguam-peguam Muda dan Pelatih Dalam Kamar, Jawatankuasa Bar Melaka (“YLCP”) telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia (“PKTAB”), Taman Anggerik, Klebang Kecil, Melaka pada 29  Okt 2011 (Sabtu).  Lawatan ini diadakan sempena Projek Bulan Amal yang dijadualkan dari bulan September hingga bulan November 2011.

Kami telah berkumpul di pejabat Jawatankuasa Bar Melaka seawal jam 9:00 pagi sebelum menuju ke PKTAB secara berkumpulan dengan menggunakan lebih kurang 10 buah kereta.

Image

Kami telah sampai ke PKTAB kira-kira jam 10:00 pagi.  Kedatangan kami telah disambut oleh pengasas PKTAB sendiri iaitu Roy Collar dan beberapa pekerja PKTAB.  Roy Collar telah menjelaskan kepada kami akan sejarah penubuhan pusat tersebut, bagaimana pusat tersebut beroperasi dan bertahan sehingga ke hari ini.

Image

Ternyata banyak cabaran yang beliau lalui untuk mengekalkan PKTAB.  Beliau juga telah memperkenalkan setiap kanak-kanak dalam pusat tersebut kepada kami dan menjelaskan kepada kami tentang masalah kesihatan yang dialami oleh penghuni-penghuni PKTAB.

Pengerusi YLCP, Mohd Fadil b Mohd Yusof juga telah memberikan sepatah dua kata kepada mereka yang hadir dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada PKTAB kerana sudi memberi kerjasama untuk menjayakan lawatan YLCP ke pusat tersebut.  Dalam ucapannya, beliau menyeru peguam-peguam muda dan pelatih-pelatih dalam kamar agar lebih prihatin kepada golongan yang tidak bernasib baik dalam masyarakat, dan sumbangan tersebut tidak semestinya dengan wang ringgit.  Setiap orang boleh menyumbang tenaga seperti yang telah dilakukan dalam Projek Bulan Amal ini.

Image

Beliau juga menasihatkan semua agar “menjadi seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.  Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap di balas dengan buah”. Lawatan ini tiba pada penghujungnya pada kira-kira pukul 11:30 pagi.  Ia diakhiri dengan upacara penyampaian barang-barangan kegunaan harian kepada PKTAB dan sesi mengambil gambar kumpulan di hadapan PKTAB.

Image
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 58 guests and 2 members online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google