feed
Home arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow Konvensyen Undang-Undang 2006
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Konvensyen Undang-Undang 2006 PDF Print E-mail
Contributed by Dara Waheda Mohd Rufin   
Monday, 28 August 2006 05:23am

Law Convention 2006KUALA LUMPUR, Isnin: Satu Konvensyen Undang-Undang 2006 telah diadakan pada Sabtu 26.08.2006 bertempat di Universiti Malaya dengan kerjasama United Kingdom and Eire Malaysian Law Students’ Union (KPUM), Persatuan Undang-Undang Universiti Malaya dan jawatankuasa bantuan yang lain. Tujuan konvensyen ini diadakan antara lainnya adalah bagi memperkenalkan dan memberi peluang kerjaya guaman di kalangan pelajar-pelajar undang-undang di pelbagai institusi pengajian tinggi.

Konvensyen yang bermanfaat ini telah disertai oleh firma-firma guaman dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dunia undang-undang. Antara badan NGO dan firma yang telah berbesar hati membuat penyertaan termasuklah SUARAM, SUHAKAM, Malayan Law Journal, Chooi & Co., Skrine dan lain-lain.

Aturcara konvensyen bermula dengan upacara ucapan pembukaan dan kata-kata aluan dari Presiden KPUM, Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan lain-lain tetamu kehormat. Kemudian disusuli dengan ucapan-ucapan dan syarahan-syarahan dari firma-firma guaman yang mengambil bahagian.

Pada masa yang sama, konvensyen ini juga telah memberi peluang kepada firma guaman dan NGO mendekati peserta-peserta dan pengunjung konvensyen melalui gerai-gerai pameran yang disediakan di lobi dan bilik-bilik seminar Fakulti Undang-Undang. Pengelolaan konvensyen seumpama ini telah memberi kesempatan kepada pengunjung yang hadir khususnya para pelajar dan mereka yang terlibat dalam industri ini untuk mengenali dengan lebih dekat dunia kepeguaman, kesukaran dan keistimewaan yang ditawarkan oleh industri ini. Majlis Peguam Malaysia dengan bantuan sukarela peguam-peguam muda dan kakitangannya juga tidak ketinggalan mengendalikan salah satu gerai pameran bagi mengedarkan risalah dan maklumat yang berguna tentang undang-undang.

Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional (NYLC) melalui gerai pameran Majlis Peguam Malaysia juga telah mengambil kesempatan memperkenalkan kewujudan dan fungsi NYLC kepada golongan sasar utama NYLC iaitu pelajar-pelajar undang-undang dan peguam-peguam muda dengan mengedarkan maklumat tentang NYLC. Pada masa yang sama, NYLC telah membantu memperkenalkan dan mendapatkan tandatangan tanda sokongan kepada petisyen bagi menubuhkan satu suruhanjaya bebas ke arah pasukan polis cemerlang (IPCMC).

Secara amnya, konvensyen ini merupakan satu cara yang berkesan dalam usaha memperkenalkan lebih lanjut lagi tentang industri ini. Di samping itu juga, konvensyen seumpama ini merupakan satu kesempatan yang baik bagi firma-firma guaman mempromosikan secara tidak langsung firma masing-masing.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
International Arbitration Conference by CIArb Malaysia (22 to 24 Aug 2013)
Organised by the Chartered Institute of Arbitrators, this conference will be held at Eastern & Oriental Hotel, 10 Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang, from 22 to 24 Aug 2013 (Thursday to Saturday). The conference carries 10 CPD points. Early-bird rate ends on 30 Apr 2013. Click on the link above for more details. 


Your Login


We have 39 guests online

April 2011 May 2011 June 2011
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 17 1
Week 18 2 3 4 5 6 7 8
Week 19 9 10 11 12 13 14 15
Week 20 16 17 18 19 20 21 22
Week 21 23 24 25 26 27 28 29
Week 22 30 31
Google