Selepas s46A(1)(a) Akta Profesion Undang-Undang dimansuhkan, ramai peguam yang berpengalaman bertanyakan ke manakah arah tuju seterusnya bagi Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional (JPMN).
Malah ada yang mencadangkan supaya JPMN dibubarkan.
Cadangan ini telah mengundang banyak perdebatan dan perselisihan pendapat di antara peguam-peguam muda dan peguam-peguam berpengalaman.
Peguam-peguam muda tidak kira ahli jawatankuasa mahupun ahli-ahli biasa bertungkus lumus memerah otak memikirkan nas-nas yang menunjukkan jalan terbaik dan bagaimana JPMN masih relevan dalam kelompok peguam-peguam muda.
Semangat Berpasukan Kunci Kejayaan
Tarikh 16 November 2006 akan menjadi satu sejarah yang dikenang di mana peguam-peguam muda dari segenap pelusuk negara telah berjaya berkumpul bagi memberi sokongan kepada perpaduan Majlis Peguam.
Pada hari tersebut, kami, peguam-peguam muda telah mempelajari sesuatu. Peguam-peguam berpengalaman juga telah mempelajari sesuatu. Belajar erti semangat bersama dan pentingnya berada dalam satu pasukan yang kukuh. Hasilnya, kejayaan pasti akan diperolehi.
Namun tidak semua yang senang dengan kewujudan kami. Dengan sewenang-wenangnya terdapat lemparan tuduhan bahawa kami telah dijadikan alat memancing sokongan oleh individu-individu tertentu dalam Majlis Peguam.
Tuduhan tersebut adalah sangat tidak berasas kerana kami bukan lagi kanak-kanak yang boleh digula-gulakan. Kami juga mempunyai pemikiran dan ideologi sendiri sepertimana peguam-peguam lain. Walau apa pun dan jika ada, adakah menjadi suatu kesalahan menyokong ahli-ahli Majlis Peguam yang sebenar-benarnya bekerja keras untuk memelihara kepentingan ahli-ahli tanpa agenda yang tersembunyi?
Peguam-peguam muda mungkin masih muda dari segi usia dan pengalaman tetapi itu bukanlah halangan untuk kami berdiri di luar kotak pemikiran lama. Tuduhan yang tidak berasas tersebut tidak lebih menunjukkan kekurangan hujah yang kukuh yang boleh menyokong tindakan keras pihak-pihak tertentu terhadap Majlis Peguam.
Pembimbing Rakan Sebaya
Ada di antara ahli JPMN telah juga dituduh oleh golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan kedudukan mereka dalam JPMN untuk meraih sokongan.
Ini satu lagi tuduhan yang tidak berasas. Peguam-peguam muda adalah pembimbing yang terbaik bagi peguam-peguam muda yang lain. Inilah hakikat sebenarnya, yang tidak dapat disangkal. Sokongan yang dilahirkan bukanlah sokongan membuta-tuli tetapi mengambil kira hasil kerja kuat yang diazamkan untuk kepentingan Badan Peguam secara keseluruhannya.
Peguam-peguam muda mempunyai semangat, pendirian serta pendapat sendiri dan mungkin kebanyakannya sukar difahami atau tidak dapat diterima oleh peguam-peguam berpengalaman. Mungkin hanya difahami oleh kelompok kami sahaja. Di sinilah sebenarnya fungsi yang dimainkan oleh badan seperti JPMN – memberi sokongan dan dorongan kepada peguam-peguam muda supaya berani menyuarakan pendapat dan pandangan walaupun ianya mungkin tidak dapat diterima oleh peguam-peguam lain.
Nasihat yang kami biasa dengar – “Tentunya ada kali pertama untuk setiap perkara” – telah menarik ramai peguam-peguam muda untuk menyokong kewujudan JPMN.
Pencetus Evolusi Baru
Setiap zaman akan mencetuskan evolusi yang berbeza dari satu zaman ke satu zaman. Idea yang baik tidak seharusnya dibiarkan “rigid” tetapi ia sepatutnya dibenarkan berkembang supaya menjadi satu idea yang lebih berinovatif. Inilah pembaharuan yang kami inginkan.
Kami percaya ramai peguam-peguam muda yang berani, idealistik dan berketrampilan untuk membawa cabaran baru ke peringkat yang lebih tinggi.
Kami percaya kami dapat memberikan idea-idea yang lebih segar selari dengan perubahan zaman dalam membantu perkembangan profesion ini.
Antagonis dalam Badan Peguam
Hal ini mesti diterima sebagai wujud dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan tetapi JPMN tidak pernah menganggap ini suatu masalah yang rumit. Malah kehadiran mereka sebenarnya dialu-alukan supaya peguam-peguam muda tidak hanyut dibuai mimpi-mimpi yang indah.
Kewujudan antagonis dalam Badan Peguam merupakan satu garis panduan kepada peguam-peguam muda supaya kami tidak leka atau bersenang-lenang dalam zon selesa.
Walau bagaimanapun setiap cabaran dan bantahan haruslah dikemukakan dan ditangani secara beretika dan bermoral.
Kami percaya jika boleh semua orang tidak mahu dikritik. Namun kritikan yang membina dapat memperkembangkan lagi sahsiah peguam-peguam muda. Walau bagaimanapun kami menolak kritikan-kritikan yang dibuat melalui saluran yang salah seperti peras ugut dan surat layang. Tangani kami dengan cara terhormat sesuai dengan status professional kami sepertimana anda mahu kami menghormati anda.
Kebebasan Bersuara written by Ng Chung Yee,
Wednesday, November 22 2006 11:51 am
Saya menyokong pendapat yang disuarakan oleh saudari Dara. Walaupun tidak selantang dengan kritikan yang dilemparkan oleh segolongan individu ke atas peguam muda, tetapi utusan mesej yang ingin disampaikan cukup jelas.
Adalah tidak wajar dan tidak memadai sama sekali bahawa satu lemparan menyeluruh ke atas peguam muda bahawa mereka telah dijadikan sebagai alat propoganda Majlis Peguam. Adakah hanya sekiranya peguam muda mengambil satu pendirian untuk menyokong segelintir individu tertentu, mereka akan dianggap sebagai bebas dan kritikal? Setiap seorang berhak untuk mengambil pendirian masing-masing dan apabila pendirian ini tidak sejajar dengan sesetengah orang, pendirian ini dikatakan sebagai 'dikawal'.
Yang lebih memeranjatkan lagi ialah komen seorang pengamal undang-undang berpengalaman yang berkata bahawa bahawa tempat duduk juga telah ditempatkan secara spesifiknya menunjukkan peguam muda telah bersepakat dan telah dijadikan sebagai boneka. Walaupun modal tidak diperlukan untuk membuat alegasi-alegasi seperti berikut, tetapi sebagai ahli-ahli sebuah profesion yang mulia, sila amalan etika yang sepatutnya sebelum membuat andaian yang tidak berasas.
Saya percaya bahawa peguam muda cukup kritikal dan sensitif tentang perkembangan semasa terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan amalan guaman mereka. Maka, berhujahlah secara beretika dan jangan melemparkan seribu satu pengataan yang hanya berlandaskan emosi.
KOMEN: Peguam Muda Pencetus Cabaran Baru written by Wong Fook Meng,
Wednesday, November 22 2006 07:55 pm
JPNM sememangnya mengamalkan sikap terbuka dalam menerima kritikan-kritikan yang membina. Namun, dakwaan-dakwaan kosong yang tidak disokong oleh bukti atau hujahan yang logik adalah amat dikesali.
Fokus utama JPNM adalah untuk memperkembangkan potensi peguam-peguam muda untuk memberi sumbangan yang maksimum kepada badan peguam dan masyarakat. Kami memerlukan sokongan yang membina dan bukannya tohmahan-tohmahan negatif yang berunsur politik.
Wahai Si Luncai written by Nizam Bashir,
Wednesday, November 22 2006 11:24 pm
Kerapkali terdengar cerita tentang tukang canang yang mencanangkan bahawa JPNM hanya relevan disebabkan oleh seksyen 46(A)(1). Selanjutnya, kalau seksyen 46(A)(1) dimansuhkan, JPNM tidak lagi relevan.
Bagi saya, hakikatnya adalah jauh dari canangan beliau dan begitu remeh untuk diutarakan. Mungkin lebih sesuai dan lebih beradab sekiranya disarakan agar saudara-saudari cuma membiarkan tukang canang itu terjun dengan labu-labunya.
Komen: Peguam Muda Pencetus Cabaran Baru written by Kenny Lai Choe Ken,
Thursday, November 23 2006 11:28 am
Well written article Dara! I think that you have captured the essence of the argument on why there is a need for the continuation of the NYLC and the state YLC.
As you have stated, We (YL) are not just some mindless people that have no thoughts and will of our own. We know whats right, whats wrong and what is good and what is bad.
The focus os the NYLC and the state YLC is to ensure that ALL YLs are sufficiently equipped to face the starl reality of "Lawyering".
Politicking should not and IS not one of the by-products of the NYLC or state YLCs.
Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.
Saya menyokong pendapat yang disuarakan oleh saudari Dara. Walaupun tidak selantang dengan kritikan yang dilemparkan oleh segolongan individu ke atas peguam muda, tetapi utusan mesej yang ingin disampaikan cukup jelas.
Adalah tidak wajar dan tidak memadai sama sekali bahawa satu lemparan menyeluruh ke atas peguam muda bahawa mereka telah dijadikan sebagai alat propoganda Majlis Peguam. Adakah hanya sekiranya peguam muda mengambil satu pendirian untuk menyokong segelintir individu tertentu, mereka akan dianggap sebagai bebas dan kritikal? Setiap seorang berhak untuk mengambil pendirian masing-masing dan apabila pendirian ini tidak sejajar dengan sesetengah orang, pendirian ini dikatakan sebagai 'dikawal'.
Yang lebih memeranjatkan lagi ialah komen seorang pengamal undang-undang berpengalaman yang berkata bahawa bahawa tempat duduk juga telah ditempatkan secara spesifiknya menunjukkan peguam muda telah bersepakat dan telah dijadikan sebagai boneka. Walaupun modal tidak diperlukan untuk membuat alegasi-alegasi seperti berikut, tetapi sebagai ahli-ahli sebuah profesion yang mulia, sila amalan etika yang sepatutnya sebelum membuat andaian yang tidak berasas.
Saya percaya bahawa peguam muda cukup kritikal dan sensitif tentang perkembangan semasa terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan amalan guaman mereka. Maka, berhujahlah secara beretika dan jangan melemparkan seribu satu pengataan yang hanya berlandaskan emosi.