feed
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Kancah lanjutan 46A PDF Print E-mail
Contributed by Edmund Bon Tai Soon   
Thursday, 20 April 2006 07:08pm

Abolish S46AMalaysiakiniNazri rapped over delay to LPA amendments” (oleh Beh Lih Yi, Apr 20 ’06) telah melaporkan bahawa YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz disoal mengapa isu pemansuhan s46A Akta Profesion Undang-Undang, 1976 belum dibawa ke Kabinet untuk dibincang. Sebelum itu, YB Dato’ M. Kayveas telah membaca Jawapan Bertulis bertarikh Mac 22 '06 bahawa Kerajaan tidak akan memansuhkan s46A, tetapi kemudiannya telah menyatakan bahawa kandungan Jawapan Bertulis tersebut tidak benar. Beliau turut menyokong kedudukan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz bahawa s46A harus dimansuhkan, seperti yang telah dilaporkan di Hansard berkenaan prosiding pada Apr 12 ’05 kepada Dewan Rakyat.

Pada Apr 20 ’06, di ucapan perlancaran BUKU MERAH, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz menerangkan bahawa beliau telah berbincang dengan YB Peguam Negara dan bersetuju supaya peruntukan diskriminasi dalam s46A berkenaan peguam-peguam muda di bawah 7 tahun tidak dapat menjadi ahli Majlis Peguam akan dimansuhkan. Namun demikian, bagi peruntukan lain dalam s46A, ia perlu dibincang di Kabinet.

Untuk tidak lagi meneruskan kancah ini, s46A tidak membenarkan peguam-peguam berikut daripada menjadi ahli-ahli Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri:

(a) peguam yang telah beramal kurang daripada 7 tahun; atau,

(b) peguam yang juga ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau autoriti tempatan; atau,

(c) peguam yang juga memegang jawatan di mana-mana kesatuan sekerja, parti politik atau organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai bersifat politik atau dideklarasikan oleh Peguam Negara sebagai organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai bersifat politik.

Kempen untuk memansuhkan s46A telah dimulakan atas dasar, antara lainnya, bahawa peruntukan tersebut mencabuli hak-hak berperlembagaan dalam artikel-artikel 8 (hak kesamaan dan tanpa diskriminasi) dan 10 (hak persatuan). Selanjutnya, proses demokrasi dalam suatu persatuan harus membolehkan semua ahli-ahlinya mentadbir dan menjalankan hal-ehwal persatuannya sendiri; termasuk, dengan bebas memilih sesiapa sahaja sebagai pemimpin mereka. Kewujudan s46A adalah diasaskan atas tanggapan salah bahawa Badan Peguam telah, sedang dan akan dikuasai oleh peguam-peguam muda atau peguam-peguam yang mempunyai dorongan politik.

Sudah pastinya, ahli-ahli Badan Peguam seramai 12,000 lebih yang matang dan cerdik harus diberi penghormatan yang diperolehi dengan tekun sejak pendidikan awal kami untuk memilih pucuk pimpinan kami.

Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional akan meneruskan perbincangan dan dialog dengan pihak-pihak berkuasa termasuk Majlis Peguam, Menteri Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara dan Ahli-Ahli Parlimen untuk mencapai azam kami supaya s46A dapat dimansuhkan secepat mungkin sebelum proses pengundian bagi Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri bermula.

Edmund Bon
Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional
Majlis Peguam

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
International Arbitration Conference by CIArb Malaysia (22 to 24 Aug 2013)
Organised by the Chartered Institute of Arbitrators, this conference will be held at Eastern & Oriental Hotel, 10 Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang, from 22 to 24 Aug 2013 (Thursday to Saturday). The conference carries 10 CPD points. Early-bird rate ends on 30 Apr 2013. Click on the link above for more details. 


Your Login


We have 187 guests and 3 members online

December 2011 January 2012 February 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 1 1
Week 1 2 3 4 5 6 7 8
Week 2 9 10 11 12 13 14 15
Week 3 16 17 18 19 20 21 22
Week 4 23 24 25 26 27 28 29
Week 5 30 31
Google