Inisiatif Baru Dalam Usaha Meningkatkan Persekitaran Kerja Peguam-Peguam
Contributed by Dara Waheda Mohd Rufin
Friday, 22 September 2006 07:02am
Pendaftaraian seorang Peguambela dan Peguamcara disembolikkan melalui upacara penjubahan yang disempurnakan oleh rakan peguam yang lebih berpengalaman. Sebaik sahaja jubah disarungkan ke bahu anda, suatu perasaan pasti singgah dalam hati “Bangga” kerana telah berjaya menggalas satu tanggungjawab yang mulia - menegakkan keadilan tanpa ragu-ragu dan tanpa berat sebelah.
Namun bagi sesetengah peguam, indahnya bergelar peguam hanyalah bersifat sementara. Ini kerana semakin hari berlalu, beban yang digalas di bahu menjadi semakin berat. Bukan kerana tanggungjawab sebagai seorang peguam tetapi disebabkan masalah-masalah kecil yang semakin lama dibiarkan menjadi kudis dalam hati.
Ada yang mengeluh layanan majikan tidak memuaskan hati, peruntukan gaji dan elaun yang kecil, beban kerja yang melampau dan tidak setimpal dengan gaji; tidak kurang juga yang berpendapat bahawa persekitaran kerja mereka tidak kondusif dan banyak lagi tekanan yang merencatkan konsentrasi kerja.
Bertuahlah bagi mereka yang menikmati kehidupan yang baik sebagai seorang peguam, diberi gaji dan elaun yang kompetitif, persekitaran kerja yang mengundang minat dan usaha, penghormatan sebagai seorang professional dan sebagainya.
Sehubungan itu, bagi mengimbangi kelebihan dan kekurangan yang wujud dalam kerjaya kepeguaman seterusnya sebagai usaha membaikpulih dan mengangkat kembali martabat kerjaya ini sesuai dengan statusnya sebagai kerjaya professional dan dihormati, cadangan kajiselidik tentang kerjaya ini sewajarnya mendapat reaksi dan sokongan yang menggalakkan daripada kumpulan sasar.
Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional (NYLC) telah melihat kepentingan mengenalpasti masalah-masalah yang kerapkali melingkari kerjaya ini dan cuba mencari solusi terbaik kepada masalah-masalah tersebut.
Bagi tujuan itu, NYLC telah mengambil inisiatif menganjurkan satu kajiselidik nasional yang dikenali sebagai “KajiSelidik Mengenai Keadaan Kerja Peguam-peguam Muda di Malaysia” dengan menumpukan perhatian kepada kumpulan peguam-peguam Muda sebagai golongan sasar.
Kaedah yang diapplikasikan adalah semudah ABC: mengedarkan borang-borang kajiselidik untuk dilengkapkan dan dikembalikan oleh kumpulan sasar. Tiada agenda tersembunyi atau kepentingan peribadi dalam penganjuran kajiselidik ini.
Objektif utama adalah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran jelas tentang keadaan kerja peguam-peguam muda yang mana hasil kajiselidik tersebut akan dirangkumkan menjadi suatu laporan NYLC. Seterusnya, pelbagai kaedah dialog dan sebagainya akan diperkenalkan untuk membantu memperbaiki masalah-masalah dan pandangan umum berkenaan keadaan-keadaan kerja peguam-peguam di Badan Peguam.
Sokongan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada semua adalah sangat diharapkan supaya usaha seumpama ini tidak berakhir ibarat daun yang berguguran di musim luruh.
Bagi penyediaan satu laporan yang lengkap, NYLC memerlukan pengembalian sekurang-kurangnya 4000 borang kajiselidik dan untuk memastikan keseimbangan dalam kajiselidik ini supaya tidak berlakunya hasil kajian berat sebelah, NYLC mengharapkan kerjasama yang setara dari seluruh negeri dalam menjayakan kajiselidik ini.
Borang-borang kajiselidik yang berkaitan akan dihantar kepada semua peguam-peguam. Selain itu, borang berkenaan juga boleh didapati di laman web Badan Peguam di sini.
SYABAS CIK DARA DAN SYABAS JAWATANKUASA PEGUAM PEG written by Nik Elin Bt Nik Abdul Rashid,
Friday, September 22 2006 08:49 am
Cik DARA,
Bahasa Malaysia anda mengkagunkan saya. Teruskan penulisan penulisan sebegini dan teruskan juga perjuangan Jawatankuasa Peguam Peguam muda Nasional dalam mengimbangi ketidak adilan dalam sistem kerja.
Dengan tiada rasa tidak hormat (With no disrespect) terhadap Pengerusi pengerusi terdahulu NYLC, saya rasa Edmund Bon sepatutnya dipuji kerana telah berjaya melakukan berbagai pembaharuan dan kejayaan serta mendapat sokongan padu daripada peguam muda (dan tua seperti saya) dan melangkah maju jauh kedepan dengan projek projek yang amat releven yang menepati dinamisma peguam muda di Malaysia.
Inisiatif Baru written by Syarifah Amnah binti Zakaria,
Friday, September 22 2006 11:37 am
Pertama sekali tahniah kepada Jawatankuasa Peguam-peguam Muda Nasional atas usaha anda semua untuk mengadakan kaji selidik terhadap peguam-peguam muda di Malaysia.
Sememangnya usaha sebegini perlu dilakukan dari masa ke semasa dan saya menyeru golongan sasar dapat melengkapkan maklumat yang dimohon sebagai usaha menyokong inisiatif Jawatankuasa Peguam-peguam Muda Nasional ini. Kepada Penulis ruangan ini - Cik Dara tahniah juga diucapkan, bahasa anda mudah dan ringkas untuk difahami.
Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.
Cik DARA,
Bahasa Malaysia anda mengkagunkan saya. Teruskan penulisan penulisan sebegini dan teruskan juga perjuangan Jawatankuasa Peguam Peguam muda Nasional dalam mengimbangi ketidak adilan dalam sistem kerja.
Dengan tiada rasa tidak hormat (With no disrespect) terhadap Pengerusi pengerusi terdahulu NYLC, saya rasa Edmund Bon sepatutnya dipuji kerana telah berjaya melakukan berbagai pembaharuan dan kejayaan serta mendapat sokongan padu daripada peguam muda (dan tua seperti saya) dan melangkah maju jauh kedepan dengan projek projek yang amat releven yang menepati dinamisma peguam muda di Malaysia.