feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Tahun mereka yang memprotes
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Tahun mereka yang memprotes PDF Print E-mail
Tuesday, 20 December 2011 10:10am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Majalah antarabangsa Time telah menobatkan ‘The Protester’ sebagai ‘Person of the Year’ bagi tahun ini. Anugerah tahunan itu selalunya menampilkan seorang tokoh yang paling berpengaruh pada tahun itu, menurut pendapat sidang redaksi majalah tersebut.

Sebelum ini, tokoh-tokoh yang dinobatkan ialah seperti pengasas Facebook Mark Zuckerberg, presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Pemimpin Agung Republik Iran yang pertama, Ayatollah Khomeini dan pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.

The Protester, atau Si Pemprotes, menurut Time, tidak hanya menyuarakan rungutan, tetapi mereka juga telah mengubah dunia. Daripada pemprotes yang mencetuskan revolusi Arab Spring di Timur Tengah, sehinggalah ke pergerakan Occupy yang bermula di Wall Street, New York, seluruh dunia menyaksikan kebangkitan bantahan, protes dan demonstrasi, tidak kiralah sama ada ia aman mahupun tidak.

Perjuangan mereka juga berbeza-beza. Revolusi Arab Spring adalah untuk menjatuhkan rejim Timur Tengah yang zalim, tetapi Occupy Wallstreet pula untuk menuntut keadilan ekonomi. “Mereka tidak bersetuju, mereka menuntut, mereka tidak putus asa, walaupun jawapan yang diterima adalah gas pemedih mata atau hujanan peluru hidup.”

Menurut Time lagi, si pembantah telah menjelmakan gagasan bahawa tindakan individu boleh membawa kepada perubahan kolektif yang begitu besar. Malaysia juga tidak terkecuali daripada penangan si pembantah. Negara menyaksikan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh gabungan Bersih 2.0 untuk menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Seramai lebih kurang 40,000 hingga 50,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama, usia dan kelas masyarakat turun ke tengah bandar Kuala Lumpur sebagai si pemprotes, walaupun pada ketika itu pihak berkuasa cuba sedaya-upaya ‘mengunci’ Kuala Lumpur.

Apa yang begitu menarik tentang himpunan Bersih 2.0 ini adalah bagaimana ia telah memecahkan tembok di antara aktivis atau ahli parti hardcore dengan rakyat Malaysia yang biasa. Himpunan yang berlaku pada 9 Julai 2011 telah sedikit sebanyak menjadikan perhimpunan sebagai satu yang normal.

Apa yang sebelum ini menjadi suatu perkara luar biasa, kini menjadi biasa dan juga melibatkan rakyat Malaysia yang tidak selalunya akan menjadi si pemprotes. Si pemprotes kini bukan hanya aktivis atau ahli parti hardcore, si pemprotes boleh jadi rakyat Malaysia yang biasa.

Si pemprotes juga hadir di himpunan, protes dan bantahan lain. Selain Bersih 2.0, si pemprotes antara lain telah hadir pada himpunan Patriot, tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh MTUC di seluruh negara, Himpunan Sejuta Umat, bersama dengan anak muda untuk Occupy Dataran dan perarakan Walk 4 Freedom anjuran Badan Peguam baru-baru ini.

Si pemprotes boleh jadi Barisan atau Pakatan, terpilih atau marhaen, nasionalis atau sosialis, terpelajar atau sedang belajar. Melalui si pemprotes, rakyat Malaysia sedar akan kewujudan hak untuk berhimpun dengan aman dan juga hak untuk menyuarakan pendapat. Mereka sedar juga bahawa hak-hak ini datangnya daripada Perlembagaan dan bukannya ditakrifkan oleh pihak berkuasa semata-mata.

Hak-hak ini begitu penting buat si pemprotes, tanpanya sudah tentu si pemprotes tidak boleh membantah. Pihak pemerintah pula tidak perlu khuatir tidak bertempat dengan si pembantah ini. Malahan, pemprotes sewajarnya dihormati dan bukan dikecam, didengar bukan dibiarkan, kerana melalui si pemprotes, demokrasi di Malaysia menjadi semakin subur dan matang.

*Penulis adalah seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 41 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
May 2011 June 2011 July 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 22 1 2 3 4
Week 23 5 6 7 8 9 10 11
Week 24 12 13 14 15 16 17 18
Week 25 19 20 21 22 23 24 25
Week 26 26 27 28 29 30
Google