feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Siri pemikiran kritis kembali
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Siri pemikiran kritis kembali PDF Print E-mail
Tuesday, 31 January 2012 08:16am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh SYAHREDZAN JOHAN

Di lembaran terdahulu, saya ada menulis tentang cabaran peguam muda. Pergerakan peguam muda yang bermula pada tahun 2003.

Pada ketika itu, S.46A Akta Profesion Guaman melarang ‘peguam muda’, iaitu mereka yang mengamalkan undang-undang kurang dari tujuh tahun, daripada memegang apa-apa jawatan dalam Majlis Peguam.

Namun hasil usaha pergerakan peguam muda pada waktu itu, S.46A akhirnya dimansuhkan dan kini peguam muda mempunyai kebebasan untuk menganggotai mana-mana jawatankuasa Majlis Peguam dan juga memegang jawatan dalam Majlis Peguam.

Namun selepas kempen ‘mansuhkan S.46A’, pergerakan peguam muda nampaknya seperti tidak mempunyai hala tuju. Tidak ada satu semboyan dan tidak ada seorang pemimpin peguam muda yang dapat menggembleng semula tenaga peguam muda menyatupadukan mereka demi bertutur dengan suatu suara yang jelas dan lantang.

Bukan kerana peguam muda ketandusan pemimpin, begitu ramai peguam muda kini menjadi barisan pemimpin, sama ada di dalam atau di luar badan peguam. Tetapi kerana peguam muda sebagai satu pergerakan, saya fikir sudah menjadi lemah.

Demi mewujudkan badan peguam yang lebih baik, adalah penting sekiranya pergerakan ini dihembus dengan nafas baru. Peguam muda harus menjadi pemangkin kepada badan peguam yang progresif dan proaktif.

Bagi tujuan ini, peguam muda harus peka dengan keadaan dan perkembangan semasa yang sedang berlaku di seluruh negara. Peguam muda harus memahami setiap isu yang timbul, sama ada secara langsung atau tidak langsung mempunyai hubung kait undang-undang.

Peguam muda juga harus boleh memberikan pendapat dan pandangan terhadap isu-isu ini. Sekiranya Majlis Peguam begitu tegar dan lantang dengan isu-isu hak asasi manusia dan Perlembagaan, peguam muda juga harus sekurang-kurangnya sama ghairah.

Pada tahun 2007, Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan (atau dikenali sebagai ‘NYLC’) melancarkan suatu siri forum dan dialog yang dikenali sebagai ‘Siri Pemikiran Kritis’ (SPK). SPK bertujuan mendorong pemikiran kritikal dan perbincangan tentang isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia, seperti dasar kebangsaan dan perkara-perkara kepentingan awam dan pemerintahan.

Ia merupakan inisiatif masyarakat madani yang dipelopori oleh badan peguam, suatu bentuk khidmat badan tersebut kepada semua pemegang kepentingan di dalam negara bagi membantu mencorak ide dan membuahkan pemilikan ruang awam yang lebih luas.

Begitu banyak program telah dilangsungkan di bawah sepanduk SPK ini pada 2007 dan 2008. Antara perkara yang dibincangkan adalah proses urbanisasi, pembangunan, undang-undang perancangan, penyelewengan, kebebasan asasi dan kebebasan media.

Kini selepas beberapa tahun, SPK akan kembali. Kebangkitan semula SPK akan bermula dengan sebuah forum yang akan dianjurkan pada 9 Februari 2012. Tajuk forum ialah ‘Undang-undang Hubungan Kaum: Adakah Kita Rasis?’ dan ia akan diadakan pada jam 8 malam di Auditorium Raja Aziz Addruse, Majlis Peguam.

Topik ini dipilih kerana baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan cadangan untuk menggubal undang-undang hubungan antara kaum. Forum ini akan menampilkan dua peguam, iaitu Muhammad Faisal Moideen and Edmund Bon Tai Soon. Moderator forum juga adalah seorang peguam, Aston Philip Paiva, seorang ahli NYLC.

Kembalinya SPK adalah selari dengan usaha NYLC penggal ini untuk menyuntik semangat dan matlamat baru kepada NYLC. Penganjur forum mendamba harapan bahawa dengan revival ini, ia akan dapat mencetuskan revolusi baru dalam pergerakan peguam muda, demi mewujudkan sebuah profesion guaman yang lebih hebat.
 
*Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 39 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
May 2011 June 2011 July 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 22 1 2 3 4
Week 23 5 6 7 8 9 10 11
Week 24 12 13 14 15 16 17 18
Week 25 19 20 21 22 23 24 25
Week 26 26 27 28 29 30
Google