feed
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Selamat tinggal ISA! PDF Print E-mail
Monday, 10 October 2011 09:22am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Dalam bahagian pertama rencana ini yang disiarkan pada 26 September lalu, saya menjelaskan sedikit sebanyak mengapa terdapat begitu banyak kritikan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1969 atau lebih dikenali sebagai ‘ISA’. Pada bahagian kedua ini pula, saya ingin memberi pandangan tentang cadangan pemansuhan ISA, terutama sekali tentang dua undang-undang baru bagi menggantikan ISA.

Pada ketika ini, kita tidak mempunyai apa-apa butiran kukuh mengenai dua undang-undang tersebut. Menurut laporan, kerajaan sedang mendapat pandangan daripada pelbagai pihak dalam merangka undang-undang tersebut. Oleh itu, saya fikir ia amat tidak wajar apabila ada pihak-pihak yang sudah pun memberi kritikan berkenaan undang-undang yang akan digubal ini, walhal rang undang-undang tersebut masih belum wujud, setakat yang kita tahu.

Begitu pun, ia tidak bermakna kita tidak boleh memberikan cadangan. Masyarakat madani seperti biasa harus memastikan bahawa apa-apa undang-undang yang menggantikan ISA tidak menjadi ‘racun lama di dalam botol baru’.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) beberapa tahun dahulu ada mengeluarkan laporan mengenai ISA. Terdapat beberapa cadangan diberi berdasarkan kelemahan dan kritikan terhadap ISA sebelum ini. Pihak kerajaan disyorkan supaya merujuk kepada laporan komprehensif ini dan mengguna pakai cadangan-cadangan telah diberikan.

Di samping itu, pihak kerajaan juga wajar mengambil kira undang-undang anti-keganasan di negara-negara lain. Secara peribadi, saya berharap undang-undang anti-keganasan di United Kingdom akan dikaji dan diguna pakai kerana saya percaya rangka perundangan tersebut berjaya mencapai keseimbangan di antara keselamatan negara dan hak asasi. Undang-undang yang menggantikan ISA mesti mencapai keseimbangan yang sama.

Pertamanya, undang-undang baru ini haruslah secara khusus digubal untuk menangani ancaman keganasan atau terrorisme terhadap keselamatan dalam negeri. Apa dikatakan sebagai ‘keganasan’ atau ‘ancaman’ diperincikan dengan jelas dan khusus, supaya tidak lagi memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa yang pernah berlaku sebelum ini.

Tahanan pencegahan tidak harus digunakan untuk alasan-alasan selain daripada ancaman keganasan.

Seterusnya, tujuan kuasa diberikan kepada pihak kerajaan untuk menahan seseorang tanpa bicara adalah untuk membuat siasatan ke atas suspek dan akhirnya mendakwa suspek di Mahkamah. Kuasa tahanan tidak boleh digunakan untuk ‘menghukum’ suspek tanpa bicara, seperti apa berlaku dengan ISA. Di bawah undang-undang anti-keganasan UK misalnya, suspek boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari sahaja.

Tamat tempoh tersebut, suspek sama ada didakwa di Mahkamah ataupun dilepaskan. Penahanan tidak boleh dilanjutkan lagi selepas itu. Maknanya, penahanan seseorang itu bertindak sebagai ‘perintah reman lanjutan’ untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Oleh itu, kuasa untuk mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun haruslah dimansuhkan sama sekali. Kem tahanan di Kamunting juga tidak lagi diperlukan.

Di samping itu, kuasa untuk menahan patut dipindahkan daripada pihak eksekutif (kerajaan) kepada badan kehakiman. Ini bermakna, seperti permohonan reman, perintah tahanan dikeluarkan oleh Mahkamah dan bukannya mengikut budi bicara kerajaan. Ini dipanggil judicial detention dalam bahasa Inggeris. Kerajaan harus meyakinkan Mahkamah bahawa suspek harus ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan ini boleh dibuat secara tertutup sekiranya terdapat kekhuatiran, sekiranya ia dibuat di mahkamah terbuka, butiran siasatan akan didedahkan kepada orang ramai dan memprejudiskan siasatan.

Sekiranya kerajaan benar-benar ingin membawa perubahan demokratik yang bermakna, mereka harus meneliti cadangan dikemukakan secara terperinci. Pertimbangan ke atas aspek-aspek yang telah saya nyatakan di atas adalah penting bagi memastikan kelemahan dan kritikan ke atas ISA sebelum ini ditangani dan menjadikan undang-undang yang bakal menggantikan akta zalim itu dapat mengimbangi keperluan semasa, di samping mendukung hak asasi dan Perlembagaan. Barulah kita benar-benar boleh mengucapkan selamat tinggal kepada ISA.

* Penulis seorang peguam muda dan rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 39 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
May 2011 June 2011 July 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 22 1 2 3 4
Week 23 5 6 7 8 9 10 11
Week 24 12 13 14 15 16 17 18
Week 25 19 20 21 22 23 24 25
Week 26 26 27 28 29 30
Google