feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Persepsi salah yang perlu diubah
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Persepsi salah yang perlu diubah PDF Print E-mail
Thursday, 14 January 2010 07:48am
Image©Loyar Burok (Used by permission)
Lord Bobo

Amer Hamzah Arshad dalam kolum “Paksi Kata” di akhbar Suara Keadilan terbitan minggu ini, menerangkan mengapa rakyat seharusnya menghadiri pelancaran Fasa 2 Kempen PerlembagaanKu “Institusi Perlembagaan & Pemisahan Kuasa” pada Januari 15, 2010 di Sunway University College, pukul 4 petang.

Walaupun negara kita merdeka selama lebih dari 52 tahun, tetapi rakyat Malaysia umumnya masih tidak arif dan faham apa itu Perlembagaan negara. Hakikat ini terserlah apabila ahli politik atau ahli Parlimen yang membuat kenyataan yang jelas bercanggah dengan maksud sebenar Perlembagaan Malaysia.

Contoh yang paling ketara ialah laungan slogan ‘ketuanan Melayu’. Di dalam Perlembagaan Malaysia, tidak ada menyatakan bahawa kaum atau bangsa yang mana akan menjadi tuan dan sebaliknya. Tetapi slogan ‘ketuanan Melayu’ acapkali digunakan oleh sesetengah ahli politik bagi mencapai matlamat politik yang berbaur perkauman.

Hakikat ini berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya ialah sistem pendidikan di Malaysia tidak menekankan aspek pemahaman ‘Perlembagaan’ di kalangan murid-murid sekolah.

Walaupun di sekolah murid-murid ada didedahkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara (yang mana salah satu rukunnya ialah ‘Keluhuran Perlembagaan’ dan ‘Kedaulatan Undang-Undang’) dan di dalam matapelajaran sejarah perlembagaan ada dibincangkan tetapi pendedahan sedemikian adalah terlalu dangkal, tidak mendalam, tidak menyeluruh dan tidak efektif.

Kita tidak mempunyai matapelajaran substantif mengenai Perlembagaan negara kita yang merupakan kerangka dan undang-undang utama di negara kita.

Di peringkat pendidikan tertiari (universiti), mahasiswa di Malaysia secara umumnya juga tidak digalakkan untuk menghayati dan membincangkan secara ilmiah mengenai Perlembagaan Malaysia secara kritis kerana adanya ‘climate of fear’ yang diwujudkan oleh sistem pentadbiran negara yang sedia ada melalui perlantikan naib-naib canselor yang merupakan ahli ataupun ‘sympathiser’ kepada sesuatu parti politik. Sekiranya ada mahasiswa yang mempertikaikan mitos tersebut, tindakan akan di ambil.

Para cendiakawan di universiti juga tidak terlepas dari pemerhatian pihak-pihak berkuasa di universiti yang tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada sebarang pendapat ataupun perbincangan ilimiah mengenai Perlembagaan Malaysia dan interpretasinya yang berbeza dengan pemahaman pihak Kerajaan Malaysia yang sedia ada.

Faktor-faktor ini telah mewujudkan suatu ‘climate of fear’ di peringkat universiti yang menyebabkan kebanyakan mahasiswa gagal untuk berfikir secara kritis berhubung dengan isu-isu perlembagaan.

Selain dari itu, dengan adanya akta-akta yang oppresif seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga menyumbang kepada dan menyebabkan ‘climate of fear’ ini berterusan. Kewujudan AUKU telah menghalang mahasiswa untuk menggunakan hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Malaysia, umpamanya hak bersuara, hak berekspressi, hak berhimpun dan hak berprotes secara aman.

Faktor ini juga menyumbang [dan] telah menghalang golongan yang sepatutnya menjadi pemikir yang kritis daripada memahami dan mengahayati apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Walaupun Perlembagaan Malaysia tidaklah sempurna dan ada cacat celanya akibat daripada pindaan-pindaan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik mereka, setidak-tidaknya sistem pendidikan di Malaysia perlu mendedahkan para pelajar dan mahasisawa terhadap Perlembagaan Malaysia.

Faktor lain yang memyumbang kepada sikap tidak mahu mengambil tahu Perlembagaan Malaysia ialah wujudnya pemikiran (‘mindset’) di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya bahawa isu mengenai Perlembagaan Malaysia tidak menyentuh kehidupan mereka seharian dan adalah isu undang-undang yang mana hanya perlu diketahui oleh ahli politik, peguam dan hakim. Ini adalah persepsi yang salah dan perlu diubah.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 40 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
May 2011 June 2011 July 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 22 1 2 3 4
Week 23 5 6 7 8 9 10 11
Week 24 12 13 14 15 16 17 18
Week 25 19 20 21 22 23 24 25
Week 26 26 27 28 29 30
Google