feed
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Perbualan dengan "H" PDF Print E-mail
Wednesday, 18 January 2012 10:01am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Ada seorang pelajar kini sedang menjalani internship dengan firma saya. Untuk satu bulan, dia akan membantu saya dan pasukan litigasi. Masih muda, 19 tahun. Akan memulakan jurusan undang-undang di sebuah universiti tempatan.

Pemuda yang cerdik dan daripada pengamatan saya, dia ingin belajar dan didedahkan kepada selok-belok pengamal undang-undang. Untuk memudahkan cerita, kita panggil dia “H”.

H masih belum membuat keputusan, sama ada dia mahu menjadi peguam. Tidak mengapa, kerana perjalanannya baru bermula. Keputusan tidak perlu dibuat sehingga beberapa tahun lagi. Saya tidak pula ingin mendorongnya menjadi seorang peguam; profesion ini bukannya sesuai untuk semua.

Adalah lebih baik sekiranya seseorang itu mencari jawapannya sendiri, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Dalam perbualan kami, H bertanya tentang kerjaya lain yang boleh dipilih dengan adanya ijazah undang-undang. Wah, begitu banyak pilihan lain sebenarnya.

Ijazah undang-undang adalah suatu tiket am untuk memilih pelbagai kerjaya. Kemudian H bertanya, mengapa saya memilih untuk menjadi peguam?

Sekiranya soalan ini dijawab menggunakan logik dan pertimbangan kewangan semata-mata, ia sebenarnya langsung tidak masuk akal untuk menjadi peguam. Kerjaya lain jauh lebih berbaloi, gajinya lebih lumayan dan waktu kerja juga berpatutan.

Ramai peguam, lebih-lebih lagi yang muda, tidak mempunyai keseimbangan kerja-kehidupan (work life balance) yang sihat. Seorang peguam muda bekerja lebih daripada 12 jam sehari. Hujung minggu juga kadangkala terpaksa datang ke pejabat.

Gaji peguam muda juga lebih rendah daripada profesion-profesion lain, dan sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain, adalah secara relatif lebih rendah.

Peguam muda harus berhadapan dengan anak guam yang menghantar e-mel ketika larut malam, atau bos yang melambakkan kerja tanpa belas kasihan. Dari sudut ini semua, tidak ada sebab langsung mengapa seseorang itu wajar memilih menjadi peguam.

Tetapi jawapan saya kepada H mudah - memilih kerjaya ini kerana tidak ada kerjaya lain boleh saya ceburi. Tidak ada profesion lain boleh memberi makna kepada diri ini. Saya memilih kerjaya ini kerana cinta kepadanya.

Ya, sedikit klise, tetapi inilah hakikatnya. Tiada profesion lain boleh menentang kezaliman dan ketidakadilan secara terus. Tidak ada profesion lain boleh menyelesaikan masalah manusia melalui undang-undang.

Membaca kertas kausa, memahami kes, membina kekuatan mencari kelemahan lawan, menganalisis fakta, membuat kajian undang-undang, bersedia untuk bicara, berhujah di hadapan hakim dengan bersenjatakan undang-undang; dan cuba sedaya-upaya untuk meyakinkan hakim.

Inilah kepuasan saya nikmati secara peribadi yang begitu mengasyikkan dan saya ketagih. Terlalu ramai peguam muda di luar sana mengeluh tentang keadaan kerja mereka. Tentang gaji, masa kerja, bos dan klien mereka.

Ramai lagi peguam muda terus berhenti mengamal undang-undang. Seperti saya katakan, tidak masuk akal, jika difikir secara logik untuk terus mengamal undang-undang.

Tetapi ramai yang masih terus mengamal undang-undang kerana cinta mereka dengan kehidupan sebagai peguam. Ada suatu ungkapan saya sering gunakan yang tidak akan diterjemah kerana maknanya akan hilang; Love of life in the Law.

Inilah sebab mengapa saya menjadi peguam walaupun jika dibandingkan kehidupan di luar guaman adalah jauh lebih baik. Langsung saya tidak berniat untuk mengagung-agungkan kerjaya ini. Hanya sekadar berkongsi fikiran, memberi sedikit perspektif berbeza di belakang keputusan diambil.

Saya tidak pasti, sama ada H dapat merasakan keghairahan saya ketika bercerita tentang kehidupan seorang peguam. Mungkin jika H sendiri menjadi peguam satu hari nanti, dia akan memahami kata-kata saya dan mengapa saya masih mengamal undang-undang.

*Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 39 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
May 2011 June 2011 July 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 22 1 2 3 4
Week 23 5 6 7 8 9 10 11
Week 24 12 13 14 15 16 17 18
Week 25 19 20 21 22 23 24 25
Week 26 26 27 28 29 30
Google