feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Mencermin semula tahun 2011
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Mencermin semula tahun 2011 PDF Print E-mail
Thursday, 05 January 2012 10:17am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Berlalu sudah satu tahun Masihi. Seperti biasa, begitu banyak yang berlaku di negara ini, yang manis dan pahit; baik dan buruk; penting dan picisan. Dari segi perkembangan sisio-politik dan undang-undang, 2011 dikenang sebagai tahun dipenuhi peristiwa. Ada sahaja perkara berlaku yang mewajarkan komentar sosio-politik dan undang-undang seperti saya memberi pandangan.

2011 adalah tahun di mana bermulanya pemansuhan dua akta zalim yang membolehkan penahanan tanpa bicara, iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (atau ‘ISA’) dan Ordinan (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Darurat 1960 (atau ‘EO’). Kedua-dua undang-undang ini, bersama-sama dengan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dikenali sebagai unholy trinity undang-undang yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara.

Seperti kita sedia maklum, ISA akan dimansuhkan pada Mac 2012. Parlimen pula telah meluluskan usul untuk menamatkan ketiga-tiga pengisytiharan darurat tahun 1966, 1969 dan 1977, oleh itu mengikut Perlembagaan, 6 bulan selepas ini EO tidak lagi mempunyai kuat kuasa undang-undang. Walau begitu, masyarakat madani harus memastikan bahawa undang-undang baru yang akan menggantikan ISA dan EO tidak menjadi ‘racun lama di dalam botol baru’ dan memastikan undang-undang baru tersebut akan benar-benar menjamin kebebasan rakyat.

Tahun 2011 juga merupakan tahun di mana Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 (atau ‘PA2011’) yang begitu hebat dikritik. Seperti telah saya bentangkan sebelum ini, rang undang-undang tersebut penuh dengan percanggahan dan kelemahan. Namun, kerajaan tanpa mengendahkan suara masyarakat madani telah memantaskan kelulusan sebuah undang-undang yang begitu cacat.

Tetapi nasib belum menjadi bubur. Kerajaan masih boleh meminda PA2011, sekurang-kurangnya untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan paling buruk dapat diperbaiki. Mungkinkah 2012 akan menyaksikan perkara ini berlaku dan wujudnya undang-undang yang dapat menjamin hak berhimpun, dan memberi makna kepada ucapan Perdana Menteri di ambang Hari Malaysia.

Di samping itu, 2011 adalah tahun yang begitu bermakna bagi penjanakuasaan hak berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan. Perhimpunan Bersih pada pertengahan 2011 merupakan satu anjakan paradigma yang penting dari segi mentaliti rakyat terhadap perhimpunan awam. Masyarakat makin sedar, protes dan tunjuk perasaan itu sebenarnya perkara biasa di mana-mana demokrasi di seluruh dunia. Mereka sedar, hak mereka datangnya daripada Perlembagaan dan bukannya diberi makna pihak berkuasa.

Dari segi perjuangan mahasiswa, 2011 telah menyaksikan satu langkah penting. Rayuan kes 4 anak muda yang dikenali sebagai ‘UKM4’ membuahkan keputusan yang amat dialu-alukan. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Univerisiti (atau Auku) sebagai bercanggah dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan begitu diraikan. Ia merupakan satu kemenangan untuk perjuangan mahasiswa membebaskan diri daripada kongkongan beberapa peruntukan Auku yang represif dan tidak demokratik.

Di samping itu, Perdana Menteri juga mengumumkan, Auku juga akan dipinda untuk membolehkan mahasiswa terlibat politik. Pada ketika ini, kerajaan sedang mendapat maklum balas pelbagai pihak. Diharapkan, apa-apa pindaan mencerminkan aspirasi mahasiswa dan mengembalikan hak mereka.

Adakah 2012 akan dipenuhi dengan peristiwa juga? Nampak gaya, begitulah. Lebih-lebih lagi apabila semua pihak menjangkakan pilihan raya umum akan berlaku pada 2012. Sudah tentu begitu banyak isu timbul. Harapan saya supaya masyarakat mengenali hak mereka dari segi undang-undang, untuk Malaysia yang lebih baik.

*Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 44 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
May 2011 June 2011 July 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 22 1 2 3 4
Week 23 5 6 7 8 9 10 11
Week 24 12 13 14 15 16 17 18
Week 25 19 20 21 22 23 24 25
Week 26 26 27 28 29 30
Google