feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Malam Malaysia menjadi satu
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Malam Malaysia menjadi satu PDF Print E-mail
Wednesday, 15 August 2012 08:30am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Tak perlu berdolak-dalik, mari berterus-terus sahaja. Rakyat Malaysia sebenarnya berpecah-belah.

Jika dikupas luaran cantik dan molek yang kita persembahkan kepada dunia luar, kita akan lihat Malaysia yang hakiki. Malaysia yang berpecah mengikut polarisasi kelas, kaum, agama, ideologi politik dan macam-macam lagi.

Perpecahan ini sebenarnya tidak memeranjatkan. Ia boleh dijangkakan. Garis-garis pemisahan kita cukup banyak dan cukup dalam. Pengasingan kita telah terbuku di dalam minda dan sebati dengan diri kita.

Apatah lagi apabila ia sudah termaktub dalam institusi-institusi kita; daripada peruntukan Perlembagaan yang membezakan etnik dan agama kepada borang rasmi yang kita isi untuk menandakan bangsa kita dan sehinggalah parti-parti politik berdasarkan ras dan agama yang kononnya memperjuangkan hak hak komunal kita.

Kita begitu selesa mengasingkan diri kita di dalam kotak-kotak kemas dan rapi bagi memberi makna kepada identiti diri kita. Perpaduan tidak boleh dipaksa. Ia harus datang dengan semula jadi. Melalui hubungan bermakna di antara satu sama lain, kita boleh meninggalkan prasangka dan was-was yang ada, memberi fokus kepada persamaan yang kita kongsi.

Juga melalui faktor faktor perpaduan. Contohnya, peperangan atau ancaman dari luar boleh menjadi faktor faktor perpaduan. Kemakmuran ekonomi juga boleh menjadi satu faktor untuk menyatupadukan rakyat.

Salah satu faktor perpaduan yang cukup efektif dan dibuktikan oleh sejarah adalah sukan. Kemenangan pasukan bola Perancis yang berbilang kaum pada Piala Dunia 1998 telah menyatukan negara Perancis pada ketika itu. Juga kemenangan pasukan Springboks telah berjaya menyatukan negara Afrika Selatan pada ketika itu yang baru sahaja meleraikan diri daripada rantai dasar aparteid.

Baru-baru ini, sukan telah sekali lagi menjadi faktor perpaduan. Tanggal 4 Ogos 2012 mungkin sekali akan diperingati kerana larian Usain Bolt yang telah berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara lari 100 meter. Dalam lembaran sejarah Olimpik, perlawanan akhir di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dari China mungkin hanya nota kaki.

Tetapi bagi rakyat Malaysia, tanggal 4 Ogos 2012 sewajarnya kita ukir sebagai suatu malam yang mana rakyat Malaysia menjadi satu. Hollywood atau Bollywood tidak mungkin menulis skrip yang lebih menarik.

Semua ramuannya tersedia; sebuah negara yang rakyatnya mahukan kilauan emas, seorang jaguh rakyat yang disukai ramai, lawannya tampak sombong, perlawanan-perlawanan di antara mereka sebelum ini dan juga merupakan perlawanan semula peringkat akhir Olimpik pada tahun 2008, tiga set yang mendebarkan, di mana advantage bertukar tangan di antara kedua-dua atlit tersohor ini dan akhirnya, sekelumit mata-mata yang memisahkan kemenangan dan kekalahan.

Setiap mata yang dikutip kita dakapi dengan sorakan dan setiap mata yang lawannya kutip kita iringi dengan keluhan. Harapan kita terletak di atas bahunya dan kita mahu dia mengecapi kemenangan. Ya, dia tewas akhirnya. Tetapi dia bertanding dengan dayanya, sedaya upaya dan usahanya telah memenangi hati kita semua. Kita hargai titik peluhnya demi negara.

Maka apabila kita saksikan kekecewaannya, hasrat kita adalah untuk mengatakan padanya bahawa kita berbangga dengan pencapaiannya. Apabila air matanya berlinang, maka air mata kita juga turut menitis. Detik-detik seperti ini tidak boleh dibuat-buat. Ia adalah detik-detik bermakna dalam kita membina sebuah negara-bangsa.

Kita akan bertanya selepas ini; di manakah anda berada pada malam 4 Ogos 2012? Terima kasih, Lee Chong Wei. Untuk malam itu, anda telah menyatupadukan Malaysia tanpa perlu bertutur walau sepatah.

*Penulis adalah seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Dia juga seorang ahli Majlis Peguam.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
MSLSSL and MCLJ Conference on Employment and Labour Laws 2013 (30 May 2013)
Organised by the Malaysian Society for Labour and Social Security Law and Malaysian Current Law Journal, this conference entitled “Current Issues on Employment and Labour Laws” will be held at 8:30 am to 6:00 pm, at Grand Hyatt Kuala Lumpur, on 30 May 2013 (Thursday). The conference carries six CPD points. Click on the link above for more details.


Your Login


We have 29 guests online

November 2011 December 2011 January 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 48 1 2 3 4
Week 49 5 6 7 8 9 10 11
Week 50 12 13 14 15 16 17 18
Week 51 19 20 21 22 23 24 25
Week 52 26 27 28 29 30 31
Google