Kemelut perjuangan membela hak asasi manusia oleh para peguam
Contributed by Noor Arianti Binti Osman
Monday, 10 December 2007 11:49pm
Berita tentang penangkapan lima orang peguam sewaktu sambutan awal Hari Hak
Asasi Manusia sedunia pada hari Ahad, 9hb Disember 2007 meninggalkan kesan yang
mendalam kepada masyarakat umum.
Mereka mempunyai pelbagai persoalan yang tidak terjawab. Kenapa pihak Badan
Peguam Malaysia sanggup membatalkan Bahagian Pertama sambutan Pesta Hak Asasi
Manusia (Festival of Rights) 2007 iaitu untuk berjalan dari SOGO ke Pasar Seni
setelah diberitahu oleh pihak polis bahawa mereka perlu mendapatkan permit untuk
tujuan tersebut?
Kenapa pihak Badan Peguam Malaysia sanggup pada saat terakhir memindahkan
sambutan Bahagian Kedua sambutan tersebut iaitu untuk mengadakan pesta yang
antara lain mengandungi promosi bantuan guaman percuma kepada masyarakat umum,
dialog antara wakil agama-agama di bawah tajuk ‘Antara Agama dan Undang-Undang’
(When Faith Meets Law), serta pernyertaan badan bukan kerajaan pembela
hak asasi manusia yang lain dari Pasar Seni ke bangunan mereka sendiri setelah
diberitahu oleh pihak polis bahawa mereka perlu mendapatkan permit untuk jika
mahu meneruskan sambutan tersebut di Pasar Seni?
Apakah masalah Badan Peguam Malaysia dengan permohonan permit-permit tersebut?
Kenapa masih ada segelintir peguam yang sanggup ‘melanggar undang-undang’ dan
masih berjalan tanpa permit pada hari tersebut? Kenapa para peguam yang
sepatutnya arif dalam undang-undang berkelakuan demikian?
‘Hak asasi manusia’, seperti yang tersurat, adalah berkenaan dengan hak asasi
manusia sejagat. Tidak seperti di negara-negara maju, rakyat Malaysia tidak
diajar dari sekolah apakah hak-hak asasi mereka sebagai seorang manusia. Oleh
yang demikian, sebahagian besar rakyat Malaysia yang berpelajaran tinggi mahupun
tidak masih tidak pasti apakah hak-hak asasi mereka sebagai manusia.
Sebagai orang yang berpengetahuan dalam bidang undang-undang, segelintir para
peguam mengambil inisiatif untuk memaklumkan kapada orang ramai apakah hak-hak
asasi mereka. Untuk memaklumkan bahawa hak-hak ini terlalu penting dan perlu
dipertahankan, demi diri mereka sendiri serta anak cucu mereka. Bahawa sebagai
sebuah negara demokrasi, undang-undang yang ada di Malaysia perlulah sejajar,
menghormati dan membela hak-hak asasi ini, dan bukan sebaliknya.
Selama ini, pelbagai program kesedaran dibuat dan bantuan guaman percuma
diberikan untuk tujuan ini. Wanita-wanita dan kanak-kanak yang didera diberitahu
bahawa mereka ada hak untuk tidak dipelakukan sedemikian. Orang-orang asli
diberitahu bahawa mereka mempunyai hak ke atas tanah mereka. Pekerja-pekerja
asing diberitahu bahawa mereka mempunyai hak untuk tidak didera oleh majikan
mereka. Pelarian-pelarian asing diberitahu bahawa mereka ada hak untuk mendapat
perlindungan dari pihak Bangsa-bangsa Bersatu.
Seperti tahun-tahun yang lepas, program sambutan Festival of Rights 2007 ini
dirancangkan dengan teliti oleh Badan Peguam Malaysia dari seawal bulan April,
untuk memastikan rakyat sedar dan pasti apa hak-hak mereka sebagai manusia, dan
dalam proses tersebut, agar tiada gangguan kepada kehidupan harian orang-ramai.
Pesta yang diadakan pada hari Ahad lepas tiada sebarang unsur perlanggaran
undang-undang mahupun unsur gangguan kepada orang ramai. Malah pesta tersebut
diadakan secara terbuka dan semua orang tanpa mengira kaum, umur, pegangan
agama, pegangan politik, kerakyatan mahupun kedudukan dijemput untuk menghadiri
dan menyertai acara-acara yang ada.
Hasrat murni ini pasti akan tercapai sepenuhnya jika tiada campur tangan yang
tidak sepatutnya dari sesetengah pihak berkuasa yang, ternyata, juga tidak pasti
apakah hak-hak mereka sebagai seorang manusia. Mereka tidak faham bahawa
undang-undang yang dikatakan mereka pertahankan itu sebenarnya melanggar hak-hak
asasi mereka sebagai manusia. Dan dalam masa yang sama mereka juga telah
melanggar undang-undang yang lain yang sebenarnya membela hak-hak asasi mereka.
Mereka mengwar-warkan integrasi antara kaum dan apabila satu-satunya acara yang
melibatkan kepentingan semua kaum tanpa sebarang garis perbezaan dijalankan,
mereka menganggap ia sebagai suatu bentuk protes. Mengapakah isu hak asasi
manusia kini dianggap sebagai sesuatu yang terlalu sensitif? Adakah mereka kini
takut dengan bayang-bayang mereka sendiri?
Inilah kemelut perjuangan para peguam yang dikatakan ‘melanggar undang-undang’
ini. Inilah program khidmat masyarakat yang dibuat tidak mengira penat lelah dan
pahit getir oleh para peguam tersebut.
Penangkapan mereka ini sebenarnya memberitahu kita bahawa perjalanan ini masih
terlalu panjang dan perjuangan ini terlalu penting untuk dibiarkan terhenti
separuh jalan.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.