feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Keistimewaan Sherlock Holmes
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Keistimewaan Sherlock Holmes PDF Print E-mail
Thursday, 14 February 2013 08:32am
©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Siapa tidak kenal dengan penyiasat Sherlock Holmes? Penyiasat freelance yang hidup ketika pemerintahan Ratu Victoria, menyelesaikan kes-kes dengan menggunakan penakulan yang berlandaskan logik dan deduksi beralasan. Sherlock Holmes dikatakan tinggal di 221B, Baker Street di kota London.

Imejnya memakai topi deerstalker (yang juga dikenali sebagai topi Sherlock Holmes) dan menghisap paip, tersohor di seluruh pelosok dunia. Sehinggakan ramai menganggap bahawa Sherlock Holmes benar-benar wujud, walhal beliau sebenarnya watak fiksyen yang dinukil oleh penulis Inggeris, Sir Arthur Conan Doyle pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-21.

Sherlock Holmes, walaupun hanya rekaan, tetap diraikan oleh masyarakat British. Di Baker Street, terdapat patung Sherlock Holmes dan juga sebuah museum khas untuk Sherlock Holmes. Di stesen Baker Street, siluet Sherlock Holmes dipaparkan di sebelah roundel stesen tersebut. Sherlock Holmes diterima dan dijulang sebagai sebahagian daripada budaya British.

Di United Kingdom, tugu didirikan bukan hanya untuk ahli politik dan raja-raja silam, tetapi juga untuk penulis, pelakon dan penyajak. Hartanah yang pernah didiami oleh tokoh terkenal boleh dikenal pasti dengan plak yang terpapar.

Pergi ke Liverpool dan legasi The Beatles berada di mana-mana, jelas mereka bangga dengan 4 anak Liverpool yang pernah menggegar dunia. Cardiff pula dijadikan pusat menghargai watak fiksyen Doctor Who.

Bayangkan, petikan dari buku ‘Hikayat Faridah Hanom’ terpapar di stesen LRT Pasar Seni, nukilan Syed Syeikh al-Hadi. Ataupun lirik lagu ‘Chow Kit Road’ dendangan Sudirman Haji Arshad tertera pada sebuah plak di Jalan Chow Kit. Bagaimana pula sekiranya kita hiasi gerabak-gerabak komuter kita dengan lakaran kartun Lat?

Mengapa kita tidak tubuhkan dana amanah untuk memelihara tempat tinggal seniman-seniman kita, supaya generasi seterusnya kenal kisah hidup dan karya mereka?
Apabila kita berbicara tentang budaya, kita memikirkan tentang budaya yang diberi makna melalui sfera bangsa. ‘Budaya’ adalah makyong, Tahun Baru Cina, tarian sumazau dan Thaipusam. Namun begitu, budaya tidak hanya terhad kepada semua ini.

Cara kita bertutur, dengan ‘lah’-nya, adalah budaya linguistik kita. Meme internet juga budaya. Lagu ‘rock kapak’ juga budaya. Sastera kita juga sebahagian daripada budaya kita, sama ada nukilan para Sasterawan Negara, mahupun novel-novel picisan yang menjadi kegemaran marhaen dan sering mendapat tempat di carta buku paling laris.

Dari biduanita Siti Nurhaliza hingga ke penyanyi independan Petak Daud, dari pentas sementara penyajak spoken words hingga ke pentas gah Istana Budaya, di celah-celah galeri lukisan dan di lorong-lorong Kuala Lumpur di mana tercoretnya grafiti, dari satira politik ‘That Effing Show’ hingga ke filem blockbuster ‘Ombak Rindu’, kita sebenarnya dikelilingi dengan budaya. Mungkin ada yang tidak konvensional dan bukan ortodoks, tetapi tidak kurang budayanya.

Kita rugi jika terdapat diskriminasi di antara jenis dan kategori budaya, sedangkan semua pun sebahagian daripada apa yang menjadikan Malaysia, Malaysia. Kita rugi jika kita hadkan penghargaan dan penghayatan budaya hanya kepada apa yang ditakrifkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sahaja. Kita juga rugi jika kita benarkan kerajaan memutuskan apa itu ‘budaya’.

Mari perluaskan ‘budaya’ kita, menghargai bukan sahaja yang arus perdana tetapi juga budaya rakyat di luar sana. Bukankah negara ini kaya dengan budaya, mengapa kita tidak meraikan dengan sepenuhnya?

*Penulis adalah seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
International Arbitration Conference by CIArb Malaysia (22 to 24 Aug 2013)
Organised by the Chartered Institute of Arbitrators, this conference will be held at Eastern & Oriental Hotel, 10 Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang, from 22 to 24 Aug 2013 (Thursday to Saturday). The conference carries 10 CPD points. Early-bird rate ends on 30 Apr 2013. Click on the link above for more details. 


Your Login


We have 247 guests and 7 members online

March 2012 April 2012 May 2012
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 13 1
Week 14 2 3 4 5 6 7 8
Week 15 9 10 11 12 13 14 15
Week 16 16 17 18 19 20 21 22
Week 17 23 24 25 26 27 28 29
Week 18 30
Google