feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Hanya mahkamah wajar hukum
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Hanya mahkamah wajar hukum PDF Print E-mail
Wednesday, 06 March 2013 09:50am
©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
by SHAHREDZAN JOHAN

Siapa tidak kenal atlet tersohor dari Afrika Selatan, Oscar Pistorious? Pelumba yang tidak mempunyai kedua-dua belah kakinya dikenali sebagai ‘Blade Runner’ kerana running blades yang digunakannya untuk berlumba.

Kekurangan fizikalnya tidak menghalang dia berlumba pada acara sukan Olimpik dan Paralimpik, di mana dia memenangi beberapa pingat emas.

Tetapi nama Pistorious dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini. Tragedi melanda apabila teman wanitanya, seorang peragawati, Reeva Steenkamp, ditemui mati di rumah Pistorious setelah dikatakan ditembak beberapa kali. Blade Runner dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan membunuh Steenkamp.

Pada ketika ini, perbicaraan belum bermula. Hanya permohonan ikat jamin Pistorious mengikut prosedur mahkamah di Afrika Selatan.

Pistorious masih belum dibicarakan, apatah lagi disabitkan dengan pertuduhan. Tetapi, jika dibaca penulisan yang terbit di alam maya, Pistorious telah membunuh Steenkamp, maka sabitlah pertuduhan ke atasnya.

Dengan mata pena, mereka menjadi hakim, juri dan algojo.

Awal tahun ini, gambar dan butiran seorang budak lelaki bawah umur tersebar meluas di laman media sosial.

Menurut cerita, budak lelaki tersebut meraba seorang wanita di sebuah stesen minyak dan ditahan polis.

Para pengguna media sosial dengan pantas dan semangat keadilan membara telah menghukum budak tersebut, sekali gus mengaibkannya, tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak.

Tetapi budak lelaki tersebut masih belum dituduh di mahkamah pada ketika itu, apatah lagi disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Ada kemungkinan besar hidupnya akan musnah selepas ini, selama-lamanya dilabel sebagai penjenayah seks walhal dia masih belum didapati bersalah.

Internet mendemokrasikan maklumat. Tetapi pada sama, dalam keghairahan kita menjadi pahlawan papan kekunci yang memerangi ketidakadilan, kita lupa tentang satu prinsip asas dalam sistem keadilan jenayah – tanggapan tidak bersalah atau dalam bahasa Inggeris, the presumption of innocence.

Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah. Dia tidak boleh dihukum sehinggalah dibenarkan membela diri dan didapati bersalah.

Satu prinsip yang tampak mudah, tetapi menjadi tiang seri kepada keseluruhan sistem keadilan jenayah. Beban pembuktian adalah pada pihak pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan ke atas tertuduh dan ia harus dibuktikan melangkaui keraguan munasabah.

Sekiranya terdapat satu keraguan sekalipun, maka tertuduh harus didapati tidak bersalah. Ini juga mewajarkan kita memelihara hak tertuduh untuk berunding dan diwakili peguam.

Selagi tertuduh tidak disabitkan, selagi itulah dia harus diberi peluang membela dirinya.

Kematian Steenkamp adalah tragik. Ya, kita memang prihatin dengan jenayah seksual yang meningkat, apatah lagi dilakukan oleh kanak-kanak. Ya, jenayah wajar dihukum dan pesalah harus dibawa ke muka keadilan.

Tetapi prosedur undang-undang yang sedia ada dirangka demi melindungi hak-hak tertuduh, supaya tidak diprejudiskan oleh tekanan dan kehendak orang ramai yang sudah pun menghukum mereka. Ingat, walaupun tertuduh, mereka masih mempunyai hak dan hak mereka harus dipelihara.

Bayangkan satu hari, tiba giliran anda pula dihadapkan di dalam kandang tertuduh.

Bayangkan, perhatian dunia ke atas anda, yang sudah pun membuat keputusan bahawa anda bersalah.

Pada ketika itu, percayalah, anda akan bersyukur yang anda dibicarakan di hadapan mahkamah undang-undang dan bukannya mahkamah pendapat orang ramai.

Lebih baik melepaskan 100 orang yang bersalah, daripada menghukum walau seorang pun yang tidak bersalah.

Itulah formulasi hakim Inggeris Sir William Blackstone. Sebab itulah ia bukan mudah untuk membuktikan suatu pertuduhan ke atas mana-mana tertuduh. Maka atas dasarnya yang sama janganlah begitu mudah menghukum orang tanpa bukti.

*Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
MSLSSL and MCLJ Conference on Employment and Labour Laws 2013 (30 May 2013)
Organised by the Malaysian Society for Labour and Social Security Law and Malaysian Current Law Journal, this conference entitled “Current Issues on Employment and Labour Laws” will be held at 8:30 am to 6:00 pm, at Grand Hyatt Kuala Lumpur, on 30 May 2013 (Thursday). The conference carries six CPD points. Click on the link above for more details.


Your Login


We have 54 guests online

March 2009 April 2009 May 2009
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 14 1 2 3 4 5
Week 15 6 7 8 9 10 11 12
Week 16 13 14 15 16 17 18 19
Week 17 20 21 22 23 24 25 26
Week 18 27 28 29 30
Google