feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Hak asasi yang terjamin
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Hak asasi yang terjamin PDF Print E-mail
Tuesday, 22 November 2011 09:06am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Tahukah anda, bahawa pada 2009 satu referendum telah diadakan di Switzerland bagi mendapat pungutan suara tentang pembinaan menara masjid (minaret). Hasil referendum tersebut menunjukkan 57.5 peratus pengundi yang mengambil bahagian menyokong melarang pembinaan menara masjid baru di negara Eropah itu. Oleh kerana referendum tersebut meminda perlembagaan Switzerland, maka pada ketika ini masjid-masjid baru yang dibina di Switzerland tidak boleh mempunyai menara.

Tahukah anda bahawa umat Islam merupakan penduduk minoriti, iaitu lebih kurang lima peratus daripada penduduk Switzerland. Hasil referendum jelas menunjukkan bahawa majoriti rakyat Switzerland menyokong larangan tersebut sehinggalah perlembagaan dipinda. Adakah ini bermakna rakyat Islam Switzerland harus mematuhi kehendak majoriti rakyat Switzerland? Bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk bebas beragama dan harus akur dengan larangan tersebut? Bagaimana pula sekiranya penduduk Switzerland pula menyokong satu larangan yang lebih teruk – melarang wanita daripada bertudung. Adakah mereka juga harus menerima suara majoriti ini?

Sekiranya kita menggunakan logika yang kita sering gunakan di sini, maka umat Islam Switzerland harus sahaja menerima larangan tersebut. Mereka harus menghormati ‘suara majoriti’. Mereka harus menghormati ‘sensitiviti’ penduduk negara tersebut yang 95 peratus daripadanya bukanlah beragama Islam. Hak minoriti boleh diketepikan sekiranya majoriti mahukannya. Inilah yang sering kita ulangi setiap kali hendak memberi justifikasi ke atas pencabulan hak dan kebebasan saudara senegara kita.

Adakah kita akan menerima larangan menara masjid di Switzerland. Sekiranya terdapat larangan wanita bertudung pula yang dikenakan (di Perancis, larangan adalah ke atas wanita memakai purdah), adakah kita juga akan redha?

Di Switzerland, komuniti Islam di bandar Langenthal bercadang untuk mencabar larangan tersebut hingga ke Mahkamah Agung Persekutuan Switzerland dan selepas itu, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, atas dasar bahawa hak asasi mereka untuk bebas beragama telah disekat oleh larangan tersebut.

Ya, hak asasi manusia atau human rights. ‘Konsep’ yang begitu dicerca dan dimomok, yang dibuat seakan-akan penyakit kusta yang harus dibasmi akan digunakan sebagai kausa tindakan sekumpulan umat Islam di Eropah. Ironik sungguh, bukan? Tahukah anda bahawa selain daripada dasar hak asasi manusia, larangan tersebut sukar dicabar kerana ia melibatkan referendum berperlembagaan?

Inilah hak asasi. Hak yang dijamin ke atas semua manusia, tidak kira negara, bangsa, agama, kelas, jantina dan lain-lain. Hak asasi manusia menjangkau undang-undang tempatan sesuatu negara. Ia memastikan kehendak majoriti tidak mencabuli hak-hak minoriti, Walaupun dibenarkan oleh undang-undang.

Secara amnya, mengikut undang-undang, hak adalah keistimewaan atau kelayakan yang membolehkan pemilik hak itu untuk mengamalkan hak tersebut. Menghormati dan mendukung hak tidak bermaksud kita harus menyokong atau bersetuju dengan mereka yang mengamalkan hak tersebut. Bak kata penulis Evelyn Beatrice Hall dalam karyanya Friends of Voltaire, “Saya membantah kata-kata anda, tetapi saya akan pertahankan hak anda untuk menyuarakannya.”

Sebab itu sukar untuk saya menerima pendapat bahawa kita harus mengamalkan ‘hak asasi yang terhad’ ataupun bahawa ia tidak sesuai dengan budaya kita kerana konsep hak asasi itu sejagat. Jika kita sokong umat Islam di Switzerland dan di Perancis, jika kita sokong hak asasi penduduk Palestin untuk tinggal di negara berdaulat, kita juga harus mendukung hak asasi mereka yang tinggal di negara ini.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 35 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
September 2011 October 2011 November 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 39 1
Week 40 2 3 4 5 6 7 8
Week 41 9 10 11 12 13 14 15
Week 42 16 17 18 19 20 21 22
Week 43 23 24 25 26 27 28 29
Week 44 30 31
Google