feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Bantuan guaman untuk semua
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Bantuan guaman untuk semua PDF Print E-mail
Monday, 02 July 2012 08:48am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Syahredzan Johan

PADA 2 April yang lalu, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mula beroperasi di seluruh negara. Yayasan ini ditubuhkan untuk memberi bantuan guaman kepada rakyat Malaysia dalam perkara jenayah.

Sebelum ini, bantuan guaman bagi perkara jenayah dibiayai dan dikendalikan Badan Peguam melalui Jawatankuasa Bantuan Guaman Majlis Peguam, suatu perkara yang unik kerana di negara lain, bantuan guaman (legal aid) dibiayai pihak kerajaan dan bukannya peguam sendiri.

Oleh sebab itu, peguam yang mengambil kes bantuan guaman di Malaysia sebelum ini akan mengendalikannya tanpa mengenakan apa-apa yuran profesional untuk kes tersebut (pro-bono).

Cadangan penubuhan YBGK timbul ketika pertemuan antara Perdana Menteri dan Majlis Peguam pada 7 Januari 2010. Ketika pertemuan tersebut, Perdana Menteri dimaklumkan bahawa dianggarkan 80 peratus daripada mereka yang dibicarakan di Mahkamah bagi kesalahan jenayah tidak diwakili peguam.

YBGK ditadbirkan suatu Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Peguam Negara. Ahli lain terdiri daripada Presiden Badan Peguam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, Presiden Persatuan Peguam Bela Sarawak, seorang Dekan Fakulti Undang-Undang di institusi pengajian tinggi awam dan dua orang wakil NGO yang dilantik oleh Menteri.

Pada ketika ini, terdapat lebih kurang 600 hingga 700 peguam sukarela YBGK di seluruh negara yang bertugas mengikut jadual tugas setiap bulan. Dengan pembentukan YBGK, mereka yang tidak mampu membayar yuran guaman akan diberikan bantuan guaman YBGK.

Semua warganegara Malaysia berkelayakan untuk mendapat bantuan dan nasihat guaman dalam hal ehwal jenayah pada peringkat peringkat tangkapan, reman dan permohonan ikat jamin.

Pada peringkat bicara pula, bantuan guaman hanya akan diberikan kepada orang yang layak dari segi pendapatan dan faktor lain. Ujian kemampuan akan dijalankan bagi menentukan kelayakan.

Sekiranya dahulu jarang sekali suspek diwakili peguam, kini ketika setiap permohonan reman suspek berpeluang untuk memohon bantuan guaman daripada peguam YBGK yang sedang bertugas pada ketika itu.

Pihak polis juga harus memaklumkan kepada YBGK tentang setiap tangkapan yang dibuat supaya peguam YBGK dapat hadir di balai polis yang berkenaan untuk memberi nasihat guaman.

Ini semua adalah perubahan drastik dalam landskap sistem keadilan jenayah tanah air. Tidak hairanlah terdapat banyak perkara yang masih perlu diperbaiki.

Terdapat masalah dengan sesetengah majistret yang mendengar permohonan reman, yang mana mereka tidak mengguna pakai prinsip undang-undang berkenaan dengan permohonan reman.

Terdapat juga masalah infrastruktur, contohnya tempat yang tidak sesuai untuk menjalankan rundingan dengan suspek di pusat tahan reman ataupun balai polis.

Terdapat juga tentangan dan kesukaran sesetengah pihak polis di beberapa tempat, mungkin kerana sudah terlalu lama mereka beroperasi mengikut cara mereka sendiri.

Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa seseorang yang ditangkap hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh peguam pilihannya.

Hak berunding dengan peguam juga dizahirkan melalui Seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah. Apa yang diperkenalkan melalui YBGK sebenarnya wajar dilaksanakan sejak dari dulu lagi demi mendukung hak asasi yang dimaktubkan oleh Perlembagaan.

Walau apa pun halangan yang ada, atau aral yang melintang, YBGK harus diteruskan. Semua pihak, baik Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia mahupun para peguam harus memastikan kejayaan YBGK demi kepentingan rakyat Malaysia sejagat.

*Penulis adalah peguam muda yang mengamalkan undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
Risk Management for Staff Workshop, Kuala Lumpur (20 June 2013)
Organised by the Bar Council Professional Indemnity Insurance Committee, this workshop will be held at 9:00 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 20 June 2013 (Thursday). The workshop carries seven CPD points. Click on the link above for more details. 


Your Login


We have 27 guests online

Dialogue on Establishi​ng a Sentencing Council in Malaysia (5 Mar 2013)


April 2011 May 2011 June 2011
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 17 1
Week 18 2 3 4 5 6 7 8
Week 19 9 10 11 12 13 14 15
Week 20 16 17 18 19 20 21 22
Week 21 23 24 25 26 27 28 29
Week 22 30 31
Google