feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Alam siber tidak wujud dalam vakum!
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Alam siber tidak wujud dalam vakum! PDF Print E-mail
Monday, 18 June 2012 09:15am
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh Syahredzan Johan

Rencana saya dua minggu lepas menyentuh pindaan ke atas Akta Keterangan 1950 yang meminda peraturan keterangan dan pembuktian terutamanya bagi penyiaran di Internet.

Pendirian saya jelas dalam rencana tersebut;pindaan itu tidak diperlukan dan akan membawa lebih banyak keburukan kepada pengguna Internet daripada kebaikan.

Saya mendukung dan mengangkat kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kebebasan ini tidak boleh disekat dengan sewenangnya; ia harus mengikut peruntukan Perlembagaan dan juga harus munasabah dan berkadar.

Pada masa sama, pengguna Internet juga harus ingat bahawa mereka bukanlah kebal undang-undang.

Alam siber tidak wujud dalam vakum. Kelakuan dan tindakan mereka masih terikat dengan undang-undang yang sedia ada.

Setiap kicauan Twitter, setiap ulasan Facebook dan setiap paparan blog, sekiranya diambil lewa, boleh mengundang padah.

Dari sudut undang-undang sivil, sekiranya anda menggunakan saluran Internet untuk mengeluarkan kata-kata fitnah berkenaan dengan seseorang, anda mengambil risiko disaman orang yang anda fitnah.

Seseorang yang difitnah harus membuktikan bahawa terdapat kata fitnah yang merujuk kepada dirinya dan disiarkan kepada pihak ketiga.

Apabila ini dibuktikan, beban beralih kepada pembuat fitnah untuk mengemukakan pembelaan terhadap kata fitnah itu. Ia bukanlah sesuatu pembelaan  sekiranya anda katakan bahawa akaun Twitter, Facebook ataupun blog anda itu adalah persendirian dan tidak boleh diakses umum, memadai sekiranya terdapat penyiaran kepada pihak ketiga. 

Undang-undang jenayah pula memperuntukkan begitu banyak kesalahan yang mungkin anda lakukan di sesawang Internet.

Khusus untuk pengguna Internet, Seksyen 233(1) Akta Komunikasi  dan Multimedia menjadikan ia satu kesalahan sekiranya anda menyiarkan apa-apa komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Melihat kepada peruntukan luas seksyen tersebut, apa-apa jenis  komunikasi melalui Internet boleh menjadi kesalahan di bawah Akta tersebut.

Jangan begitu senang meninggalkan ulasan pada status update rakan Facebook anda,  takut-takut ia menyakitkan hati mereka dan anda bersalah di bawah Akta tersebut.

Anda juga mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, apatah lagi jika anda jenis yang gemar mengkritik. Peruntukan Akta Hasutan adalah begitu luas sehinggakan apa-apa jenis kritikan atau tentangan terhadap institusi kerajaan boleh menjadi kesalahan di bawah Akta tersebut.

Sekiranya anda mengeluarkan apa-apa perkataan ‘menghasut’, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta tersebut. ‘Menghasut’ pula diberi makna sebagai perkara yang mempunyai ‘kecenderungan menghasut’, seperti membangkitkan perasaan tidak suka kepada kerajaan atau mana-mana Raja, mempersoalkan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan atau menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Fikir dahulu sekiranya anda memaparkan blog posting yang mengkritik manamana kerajaan, anda mungkin boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana ‘menghasut’. Undang-undang seperti Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan dikritik sebagai sekatan tidak munasabah dan keterlaluan terhadap kebebasan bersuara dan mengeluarkan fikiran.

Saya sendiri bersetuju  dengan pandangan ini. Malangnya Akta tersebut masih berkuat kuasa, dan melainkan anda sememangnya bersedia untuk mencabar Perlembagaan mereka di Mahkamah, anda wajar berwaspada supaya tidak melanggar undang-undang tersebut.

Bukan niat saya untuk menakut-nakutkan mahupun niat saya untuk menafikan hak.

Sekadar peringatan kepada pengguna Internet yang kadangkala menganggap bahawa Internet itu wujud dalam vakum walhal sebenarnya mereka terdedah dengan begitu banyak undang-undang yang kadangkala begitu luas batasnya dan arbitrari sifatnya.

*Penulis ialah peguam muda yang mengamalkan undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. 
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2013 Bar Council subscription
    Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2013 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2013 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2013 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Starting a new Practice
    If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
8th LAWASIA Employment Law Conference, Cambodia (24 and 25 May 2013)
Organised by The Law Association for Asia and the Pacific (“LAWASIA”), this conference featuring Lia Alizia and Brian Williamson, will be held at Tara Angkor Hotel, Vithei Charles de Gaulle, Siem Reap, Cambodia, at 8:45 am to 7:00 pm and 9:00 am to 5:30 pm, on 24 and 25 May 2013 (Friday and Saturday), respectively. The conference carries 10 CPD points. Click on the link above for more details.


Your Login


We have 49 guests and 1 member online

July 2011 August 2011 September 2011
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 31 1 2 3 4 5 6 7
Week 32 8 9 10 11 12 13 14
Week 33 15 16 17 18 19 20 21
Week 34 22 23 24 25 26 27 28
Week 35 29 30 31
Google