feed
Home arrow News arrow Members' Opinions and Comments arrow Agenda merakyatkan Perlembagaan
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Agenda merakyatkan Perlembagaan PDF Print E-mail
Tuesday, 16 August 2011 01:02pm
Image©Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran)
oleh SYAHREDZAN JOHAN

Tanggal 13 November 2009, bermulalah satu kempen yang tidak pernah dianjurkan sebelum ini. Kempen untuk memartabatkan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara Malaysia. Pada hari itu, di auditorium Majlis Peguam, kempen Perlembagaanku yang dianjurkan Majlis Peguam melalui Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan, atau lebih dikenali sebagai ‘MyConstitution’ telah dilancarkan.

Perlembagaan Persekutuan adalah ‘buku panduan’ negara ini. Ia mengekalkan tiang-tiang pentadbiran demokratik. Ia mewujudkan sistem demokrasi kita, mengehadkan kuasa kerajaan dan menjamin hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia. Teramatlah penting untuk memastikan rakyat Malaysia mengenali Perlembagaan, supaya kita arif tentang ‘buku panduan’ negara ini dan sedar akan kuasa serta hak kerajaan dan badan-badan Perlembagaan. Supaya kita tahu akan hak-hak kita yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Namun, dokumen tersebut bukanlah mudah untuk difahami. Berlainan negara-negara lain, rakyat Malaysia tidak diberikan pendidikan komprehensif tentang Perlembagaan. Melalui Ruku negara, kita berikrar untuk ‘meluhurkan Perlembagaan’, tetapi berapa ramai yang benar-benar mengenali Perlembagaan?

Maka, sejak tahun 2009 kempen ini telah menjelajah seluruh negara. Dari Alor Setar ke Johor Bahru, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu kami membawa mesej kempen ini. Ia diterima dengan baik oleh seluruh pelosok masyarakat, yang rata-rata dahagakan ilmu tentang Perlembagaan. Pelbagai aktiviti dijalankan, antara lain forum; bengkel dan pembentangan. Kami juga mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, beberapa kerajaan negeri, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi swasta dan orang ramai.

Malangnya, dalam begitu banyak respons positif diterima, ada juga suara-suara mempersoalkan kempen ini. Ada tohmahan dan dakwaan dilemparkan kepada kami, kononnya kempen ini ingin meminda Perlembagaan, yang hanya boleh dipinda oleh Parlimen dan sudah pun dipinda berkali-kali. Kononnya, kempen ini mempunyai agenda tersembunyi. Di sini saya ingin nyatakan dengan muktamad, supaya tiada lagi ragu-ragu. Ya, memang kami mempunyai agenda. Setiap satu daripada lebih daripada 200 ahli kami mempunyai agenda yang sama. Agenda kami adalah satu; untuk ‘merakyatkan Perlembagaan’. Kami ingin rakyat negara ini memahami Perlembagaan. Kami ingin Perlembagaan dimartabatkan, selaras dengan kedudukannya sebagai undang-undang terpenting dan tertinggi negara. Kami ingin meningkatkan tahap kesedaran rakyat tentang Perlembagaan dan mendidik serta menjana kuasa rakyat tentang dokumen terpenting ini. Itu matlamat kami. Tidak lebih dari itu, tiada objektif tersembunyi.

Saya tidak nampak bagaimana sesiapa boleh mempunyai bantahan terhadap agenda kami ini. Melainkan sekiranya anda tidak ingin rakyat Malaysia celik Perlembagaan. Mungkin kerana mereka yang melemparkan tohmahan ini tidak dapat memahami bagaimana sekumpulan sukarelawan boleh melaburkan usaha, tenaga, masa dan kadangkala wang demi memperjuangkan sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan demi kuasa, pangkat atau harta, tetapi demi melihat rakyat Malaysia mengenali Perlembagaan dan mencintai Perlembagaan. Walaupun sebuah jawatankuasa di bawah Majlis Peguam, ahli kempen ini bukan sahaja terdiri daripada peguam sahaja. Malah boleh dikatakan, penggerak utama kempen ini ialah ahli-ahli yang bukan peguam.

Sekiranya masih mengesyaki kami, marilah berbincang. Maklumkan pada kami apa bantahan anda. Tunjukkan bukti kononnya kami mempunyai agenda negatif, lebih baik lagi, mari sertai kami dalam usaha murni ini pintu sentiasa terbuka.

Jika tidak, hentikanlah dakwaan-dakwaan kosong dan tidak berasas di kedai kopi, di laman sesawang internet mahupun ruang bicara BBM. Biarlah kami terus merakyatkan Perlembagaan.

* Penulis ialah peguam dan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam untuk penggal ini.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 34 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
September 2011 October 2011 November 2011
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 39 1
Week 40 2 3 4 5 6 7 8
Week 41 9 10 11 12 13 14 15
Week 42 16 17 18 19 20 21 22
Week 43 23 24 25 26 27 28 29
Week 44 30 31
Google