|
*Below are letters written by lawyers Razlan Hadri b.
Zulkifliand Shaikh Abdul Saleem regarding the 9 August Family Law Forum to Utusan Malaysia and Berita Harian. Neither newspaper published it.
Kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia
1. Kami menulis surat sebagai ahli-ahli biasa Badan Peguam Malaysia (Malaysian
Bar) yang beragama Islam. Seperti yang sedia maklum pada 9 haribulan Ogos lalu,
jawatankuasa kecil Undang-undang Keluarga, Majlis Peguam telah menganjurkan satu
Forum terbuka bertajuk “Penganutan Agama Islam: Pandangan balik kepada Artikel
121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Subashini & Shamala” (selepas ini dirujuk
sebagai “Forum tersebut”) yang dijadualkan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga
1.00 petang bertempat di Auditorium Majlis Peguam. Dalam konteks ini Forum
terbuka membawa maksud bahawa Forum tersebut dibuka kepada orang ramai yang mana
peserta Forum tersebut mestilah mendaftarkan diri mereka terlebih dahulu.
2. Tujuan utama forum tersebut adalah untuk membincangkan isu-isu yang timbul
terhadap sesuatu perkahwinan dan keluarga akibat penganutan agama Islam oleh
salah satu daripada suami atau isteri perkahwinan tersebut. Didalam keadaan yang
mana kedua-dua pihak gagal untuk bermuafakat, maka timbulah masalah berkenaan
hal-hal nafkah dan saraan, hak penjagaan dan melawat anak-anak, pembahagian
harta sepencarian serta perkara-perkara lain yang biasanya timbul didalam
kes-kes perceraian atau pembubaran perkahwinan. Dalam hal ini, kemelut yang
timbul bersangkut paut pula dengan isu bidangkuasa Mahkamah, yakni ke Mahkamah
manakan pihak-pihak yang terperangkap didalam keadaan ini pergi untuk mencari
keadilan? Mahkamah sivil atau Mahkamah syariah?
3. Untuk menghuraikan isu-isu ini serta mengupas atau mencari jalan keluar dari
keretakan antara bidangkuasa antara mahkamah sivil dan syariah maka Majlis
Peguam telah menjemput ahli-ahli panel yang terkemuka dan pakar didalam bidang
masing-masing, yakni Tuan Haji Dr Naim Haji Mokhtar (Pendakwa Syarie, Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan dan bekas Kadhi Mahkamah syariah), Dr Wan Azhar
Wan Ahmad (Pengarah Pusat Undang-undang Syariah dan Sains Politik serta Felo
Kanan, IKIM), En Ravi Nekoo dan En K. Shanmuga (kedua-duanya peguambela dan
peguamcara, yang terlibat di dalam kes Subashini dan Shamala, mewakili pihak
isteri) serta En Mohd Hanif Khatri Abdullah (peguambela dan peguamcara, yang
juga terlibat didalam kes Subashini, mewakili pihak suami yang memeluk agama
Islam). Jelas dari ahli-ahli panel yang telah dijemput (dan yang telah
mengesahkan penyertaan mereka di Forum tersebut, sebelum kontroversi
berkenaannya timbul), tohmahan yang Forum tersebut merupakan satu Forum untuk
menghina dan membelasah agama Islam adalah satu pendustaan dan fitnah yang tidak
berasas sama sekali.
4. Isu pertindihan atau ketiadaan bidangkuasa dan perkara-perkara lain yang
timbul dari kepincangan ini adalah satu masalah besar yang di hadapi oleh
saudara atau saudari baru serta ahli-ahli keluarga mereka yang masih lagi
menganut agama asal masing-masing. Kes-kes seperti Subashini dan Shamala adalah
contoh-contoh jelas yang menunjukkan kelemahan yang ada pada sistem kita dewasa
ini. Pihak berkuasa sedar akan kelemahan ini, sepertimana yang diakui oleh Prof
Mehrun Siraj, ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah kepada Peguam Negara, yang
juga salah seorang peserta di Forum tersebut, dimana beliau dipetik berkata
bahawa setelah perbincangan dijalankan selama 2 tahun, Jawatankuasa tersebut
masih lagi tidak dapat menjumpai formula terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini.
Oleh itu beliau menyokong mengadakan Forum dengan penyertaan orang ramai untuk
membolehkan isu ini dibincang dengan terbuka dan mungkin dari situ jalan
penyelesaian dapat ditemui.
5. Kewajaran atau locus standi Majlis Peguam untuk menganjurkan forum-forum
seperti ini tidak harus dipertikaikan. Majlis Peguam adalah satu badan yang
ditubuhkan bersandarkan Akta Profesyen Undang-Undang. Seksyen 42 Akta tersebut
memperuntukkan tujuan dan tanggungjawab Majlis Peguam yang mana antara lain
adalah,
“(a) untuk mempertahankan keadilan tanpa mengira
kepentingan sendiri atau kepentingan ahlinya, tidak terpengaruh oleh perasaan
takut atau pilih kasih;
(b)…
(d) jika diminta berbuat demikian, untuk menyatakan
pendapatnya atas perkara yang melibatkan perundangan dan pentadbiran dan amalan
undang-undang di Malaysia;
(f)….
(g) untuk memperlindungi dan menolong orang ramai dalam
semua perkara yang menyentuh, berkaitan atau bersampingan dengan undang-undang;”
Oleh itu adalah jelas Majlis Peguam telah dipertanggungjawabkan oleh
undang-undang negara kita untuk membawa dan membincangkan isu-isu yang
diketengahkan oleh kes-kes seperti Subashini, yakni isu bidangkuasa Mahkamah dan
takrifan Artikel 121 (1A) kesetiap anggota masyarakat dan bukan sahaja
dikalangan pengamal undang-undang.
6. Untuk makluman Tuan, sebelum Forum tersebut di rempuh masuk dengan biadapnya
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, ianya telah dijalankan dalam
suasana yang aman dan berhemah dihadapan peserta yang berbilang kaum dan agama.
Bahkan lebih separuh dari mereka yang menghadirkan diri di Forum tersebut
terdiri dari orang Melayu. Kami berpendapat terdapat keperluan untuk mengadakan
perbicangan berkenaan isu-isu ini secara terbuka. Ianya adalah penting bukan
sahaja untuk membincangkan isu-isu yang timbul dari kes-kes seperti Subashini
tetapi supaya kita dapat menghindari dan menangani isu-isu lain yang boleh
menimbulkan salah faham antara kaum-kaum di negara kita ini. Kami percaya rakyat
Malaysia (kecualilah mereka-mereka yang ingin menjadi burung kasawari –
menyorokkan kepala di dalam tanah apabila menghadapi situasi yang mereka tidak
faham) telah mencapai kematangan yang membolehkan kita untuk membincangkan
isu-isu tersebut dengan bersopan santun, tenang dan berbudi bahasa.
7. Dalam hal ini tindakan yang diambil oleh kumpulan-kumpulan yang memprotes
Forum tersebut sambil melantik diri mereka sendiri sebagai mewakili kepentingan
umat Islam di negara ini amatlah dikesali. dan mendukacitakan. Tidak ada
percubaan dilakukan untuk memahami tujuan Forum tersebut diadakan. Pemimpin
pemimpin politik dari kedua-dua belah jurang politik, samaada dari BN atau
Pakatan Rakyat nampaknya lebih suka menjadi ‘Sang Pendekar’ dari cuba
menerangkan kepada umat Islam maksud dan halatuju Forum tersebut. Bahkan
sesetengahnya memberikan kenyataan-kenyataan akhbar yang tidak berasas dan
berbau politik perkauman yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kecuali
‘menambahkan minyak kedalam api’.
8. Apa yang lebih mengecewakan disini adalah salah satu daripada “pemimpin”
protes tersebut adalah seorang pengamal undang-undang, ahli Parlimen dan bekas
ahli Majlis Peguam yang sepatutnya tahu niat dan maksud Forum tersebut. Kami
tidak ada masalah dengan mana-mana pihak yang ingin menyuarakan pendapat mereka
walaupun dengan suara yang lantang dengan membuat perhimpunan. Ini adalah suatu
hak asasi yang selama ini diperjuangkan oleh Majlis Peguam. Malangnya, apa yang
berlaku pada hari Sabtu yang lepas telah melepasi tahap kewajaran dan kesopanan
serta kesusilaan yang menjadi teras Rukunegara. Tindakan “pemimpin” ini yang
mengherdik, mengugut dan mencaci peserta Forum tersebut bukanlah cara seorang
yang mengaku dirinya “pemimpin” yang kononnya mewakili serta membela kepentingan
umat Islam di Malaysia. Kami juga mempertikaikan motif “pemimpin” tersebut
kerana sebagai seorang peguambela dan peguamcara, beliau berhak dan mempunyai
masa yang mencukupi untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya agar suatu
Mesyuarat Agung Tergempar diadakan oleh Badan Peguam Malaysia untuk
mempersoalkan keputusan Majlis Peguam untuk mengadakan Forum tersebut
memandangkan sebahagian besar ahli Badan Peguam Malaysia terdiri dari ahli-ahli
beragama Islam. Malangnya ini tidak dilakukan.
9. Sayugia kami ingin mengingatkan disini bahawa Islam mengakui dan menerima hak
kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Sekiranya pendapat yang dikemukakan
tidak dapat diterima jawapannya bukanlah memaksa orang supaya diam dan menelan
pendapat tersebut. Imam Ghazali ketika berhadapan dengan pendapat-pendapat ahli
ahli kumpulan Muktazilah dan filasawuf yang pada fikiran beliau telah menyimpang
dari ajaran asal Islam telah mengarang buku “the Incoherence of the
Philosophers” untuk mengkritik pandangan ahli-ahli kumpulan Muktazilah dan
filasawuf tersebut. Sebaliknya pula Ibnu Rushd (Averroes) dalam mempertahan
pegangan Muktazilah dan filasawuf telah membalas kritikan Imam Ghazali dengan
menulis buku “The Incoherence of the Incoherent”. Tidak ada ugutan untuk
merempuh, tidak ada ancaman, tidak ada cabar mencabar. Kami tidaklah
mencadangkan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan Forum tersebut untuk
menulis buku, tetapi apa salahnya jika mereka-mereka ini hadir di Forum tersebut
dan menyuarakan pendapat atau pandangan masing-masing berserta hujah-hujah yang
bernas. Nampaknya kekuatan tulang empat kerat berserta suara yang lantang telah
digunakan untuk menutup kedangkalan ilmu dan kecetekan pengetahuan.
10. Tuan, adalah tidak boleh di nafikan terdapat ruang untuk memperbaiki
kelemahan yang sedia ada di dalam sistem perundangan di negara kita, sivil
mahupun syariah. Sebarang kelemahan di dalam sistem perundangan syariah di
Malaysia bukanlah bermakna terdapat kepincangan di dalam agama Islam.
Perlaksanaan dan polisi undang-undang syariah adalah buatan manusia dalam mana,
ianya boleh diperbaiki. Mengadakan forum seperti ini membolehkan pertukaran
pendapat dan mendapatkan maklumbalas dari orang ramai. Di dalam membincangkan
isu-isu seperti ini yang memberi kesan secara langsung kepada masyarakat umum,
seringkali cadangan dan pendapat masyarakat umum (“man on the street”)
tidak diberi keutamaan dan tidak diendahkan sama sekali. Selalunya, perbincangan
hanya dilakukan antara ‘pakar-pakar’, (samada diiktiraf ataupun tidak) yang
mungkin tidak peka kepada hasrat dan keperluan masyarakat umum. Kami berpendapat
demi matlamat untuk melahirkan masyarakat matang dan berpengetahuan, adalah
perlu untuk proses perbincangan bagi isu-isu sebegini ‘didemokrasikan’ melalui
forum-forum terbuka yang terkawal seperti ini yang diterajui panel yang terdiri
dari tokoh dan pakar bidang berkenaan di mana pertukaran pendapat dapat
dilaksanakan dengan cara matang, professional dan tanpa pertelingkahan.
Perbincangan sebegini adalah secocok dengan apa yang dituntut oleh Islam,
Perlembagaan dan Rukunegara. Bukan dengan rusuhan, paksaan, cacian, hinaan dan
keganasan.
11. Kes-kes seperti Subhasini, kepada seorang yang bukan Islam, memberikan
tanggapan buruk terhadap agama Islam. Seolah-olah ianya satu agama yang
membenarkan ‘kezaliman’ di lakukan ke atas seorang ibu dalam mana anaknya
diambil daripadanya. Tetapi, hakikat sebenarnya, agama Islam tidak begitu. Islam
tidak zalim dan Islam ada memperuntukkan hak-hak sewajarnya kepada orang bukan
Islam. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk membetulkan
salah tanggapan ini. Merusuh dan memberhentikan forum-forum seperti ini tidak
akan membantu malah akan mengesahkan dan memaktubkan salah tanggapan ini. Dengan
mengendahkan isu-isu ini dan membenarkan masyarakat beragama lain berpegang
kepada tanggapan salah berkenaan agama Islam adalah suatu penghinaan yang lebih
besar kepada Islam.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………………………………………
Razlan Hadri b. Zulkifli & Shaikh Abdul Saleem,
Peguambela & Peguamcara.
Kepada Ketua Pengarang Berita Harian

seringkali cadangan dan pendapat masyarakat umum (“man on the street”) tidak
diberi keutamaan dan tidak diendahkan sama sekali. Selalunya, perbincangan hanya
dilakukan antara ‘pakar-pakar’, (samada diiktiraf ataupun tidak) yang mungkin
tidak peka kepada hasrat dan keperluan masyarakat umum. Kami berpendapat demi
matlamat untuk melahirkan masyarakat matang dan berpengetahuan, adalah perlu
untuk proses perbincangan bagi isu-isu sebegini ‘didemokrasikan’ melalui
forum-forum terbuka yang terkawal seperti ini yang diterajui panel yang terdiri
dari tokoh dan pakar bidang berkenaan di mana pertukaran pendapat dapat
dilaksanakan dengan cara matang, professional dan tanpa pertelingkahan.
Perbincangan sebegini adalah secocok dengan apa yang dituntut oleh Islam,
Perlembagaan dan Rukunegara. Bukan dengan rusuhan, paksaan, cacian, hinaan dan
keganasan.
11. Kes-kes seperti Subhasini, kepada seorang yang bukan Islam, memberikan
tanggapan buruk terhadap agama Islam. Seolah-olah ianya satu agama yang
membenarkan ‘kezaliman’ di lakukan ke atas seorang ibu dalam mana anaknya
diambil daripadanya. Tetapi, hakikat sebenarnya, agama Islam tidak begitu. Islam
tidak zalim dan Islam ada memperuntukkan hak-hak sewajarnya kepada orang bukan
Islam. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk membetulkan
salah tanggapan ini. Merusuh dan memberhentikan forum-forum seperti ini tidak
akan membantu malah akan mengesahkan dan memaktubkan salah tanggapan ini. Dengan
mengendahkan isu-isu ini dan membenarkan masyarakat beragama lain berpegang
kepada tanggapan salah berkenaan agama Islam adalah suatu penghinaan yang lebih
besar kepada Islam.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………………………………………
Razlan Hadri b. Zulkifli & Shaikh Abdul Saleem,
Peguambela & Peguamcara.
|
Mr Razlan & Mr Shaikh,
I totally agree with you on this! Obviously, the 'learned editors' aren't brave enough to publish this letter.
Muhammad Umar bin Abdul Razak