HomeNewsLetters & Others ASIAN WATCH (Malaysia Based Watch Group)'s letters of support to the Prime Minister on the use of ISA
ASIAN WATCH (Malaysia Based Watch Group)'s letters of support to the Prime Minister on the use of ISA
Thursday, 13 December 2007 09:30pm
Office: Suite 17.2 Level 7 Bangunan MAS Jalan Sultan Is mail 84700 Kuala Lumpur
Mailing Address: 122 Kg Parti Raja 84700 Grisek Muar Johor Malaysia
Email : [deleted] Hp : [deleted]
13 Disember 2007
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok “A” Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 Putrajaya
YAB Datuk Seri
PENAHANAN 5 PEMIMPIN HINDRAF
Kami menyokong kuat tindakan pemerintah menahan 5 pemimpin hindraf dibawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri.
Ini bersesuaian dengan surat kami bertarikh 5 Disember 2007 kepada YAB Datuk
Seri yang meminta agar pemerintah menangkap pemimpin Hindraf dibawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri.
Kita jangan merasa risau dan bimbang dengan tohmahan dari negara negara tertentu
bilamana pemerintah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Asian Watch akan
memantau tohmahan mereka dan akan memberikan respon.
Selamat Negara, Bangsa dan Agama.
Yang Ikhlas
Mohamed Mansor Abdul Rahman
Presiden
5 Disember 2007
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok “A” Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 Putrajaya
YAB Datuk Seri
Pasukan Tindakan Hak Hak Hindu (Hindraf) telah menganjurkan perhimpunan haram
pada hari Ahad, 25 November 2007. Semasa menganjurkan demonstrasi jalanan itu
para anggota keselamatan telah diserang dan harta benda awam telah dimusnahkan.
Setelah itu pemimpin Hindraf melancarkan serangan terhadap negara dengan melobi
diperingkat antarabangsa dan membuat tuduhan yang berbau perkauman dan jahat
kononnya kerajaan Malaysia melakukan tindakan penghapusan kaum etnik India di
Malaysia. Setelah melakukan itu semua, Hindraf kini melahirkan harapan untuk
menemui YAB Datuk Seri selaku Perdana Menteri Malaysia.
Perbuatan para pemimpin Hindraf dapat diumpamakan seperti mengacuh pistol di
kepala Perdana Menteri dan kemudian diajak berunding atau melakukan “arm
twisting tactics”. Jika YAB Datuk Seri bersetuju untuk menemui mereka (pemimpin
Hindraf) atas apa pun alasannya maka ianya akan memberikan isyarat bahwa Hindraf
telah berjaya dengan cara agresif menundukkan kerajaan Malaysia. Keadaan
seumpama ini sering berlaku di India dan segala yang dilakukan oleh Hindraf
kemungkinan mendapat sokongan dari luar terutama sekali dari New Delhi. Kita
jangan mudah lupa bahwa dalam perhimpunan haram pada 25 November 2007 anjuran
Hindraf, mereka telah membawa gambar Mahatma Gandhi. Apakah tujuan mereka
membawa gambar Mahatma Gandhi di Malaysia? Malaysia telah mencapai kemerdekaan
dan orang India yang berada di Malaysia sekarang ini berada didalam keadaan yang
lebih baik dan sempurna daripada zaman nenek moyang mereka.
Jika YAB Datuk Seri bersetuju untuk bertemu dan mengadakan perbincangan dengan
para pemimpin Hindraf maka ianya dapat diterjemahkan bahwa :
1. Kerajaan tunduk dengan tekanan Hindraf.
2. Mengakui tohmahan Hindraf adalah benar.
3. Mengakui bahwa masyarakat India sedang menghadapi “pembersihan kaum”
4. Mengakui MIC telah gagal memperjuangkan nasib kaum India di Malaysia
5. Menghalalkan perhimpunan haram pada 25 November 2007
6. Menggalakkan demonstrasi jalanan dan kemusnahan harta benda awam
Berdasarkan kepada keterangan tadi, Asian Watch berpendapat bahwa jika YAB Datuk
Seri menerima permintaan Hindraf dan mengadakan perbincangan dengan mereka, maka
kewibawaan dan kredibiliti pemerintah Malaysia tercalar dan tercemar.
Asian Watch berpendapat tindakan pemimpin Hindraf yang mengedarkan salinan
memorandum yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown kepada
masyarakat India di Batu Carves pada Ahad, 2 Disember 2007 adalah bertujuan
untuk membakar semangat masyarakat India supaya timbul rasa benci masyarakat
India terutama Hindu terhadap kerajaan dan masyarakat Melayu. Ini jelas
merupakan satu hasutan. Kemungkinan pihak polis dan pejabat peguam negara dapat
melihat perkara ini.
Perkembangan terbaru kini menampakkan bahwa para pemimpin Hindraf cuba
mempengaruhi masyarakat Cina dengan membuat tuntutan agar Menteri Kewangan
diberikan kepada masyarakat Cina.
Para pemimpin Hindraf sebelum ini tidak dikenali di Malaysia maupun antarabangsa.
Dengan sekelip mata mereka ini menjelma dan membuat ugutan, tuntutan dan ancaman
terhadap kerajaan Malaysia. Mereka berusaha untuk menimbulkan keresahan dan
kebencian antara kaum. Hindraf bertujuan untuk menghancurkan perpaduan kaum,
memporak perandakan keamanan, kestabilan dan kemakmuran Malaysia.
Dengan segala apa yang dilakukan oleh Hindraf seperti mengirimkan memorandum
kepada Perdana Menteri Britain dengan membuat pembohongan jahat konon ujudnya
penghapusan kaum etnik India di Malaysia, mengadakan perhimpunan haram/demonstrasi
jalanan serta memburukkan imej Malaysia di mata dunia, maka kami mencadangkan
kepada YAB Datuk Seri supaya menolak permintaan Hindraf untuk mengadakan
pertemuan.
Asian Watch percaya dan yakin bahwa jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas
keatas para pemimpin Hindraf maka akan ada dimasa mendatang kumpulan atau
individu yang mengikuti langkah Hindraf. Jika kerajaan mengambil tindakan yang
tegas keatas kumpulan atau individu tersebut maka kerajaan akan di tuduh tidak
melakukan keadilan.
Kami berpendapat bahwa kerajaan seharusnya bertindak tegas terhadap pemimpin
Hindraf seperti menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kami ingin
mengimbas kembali peristiwa dimana Tun Dr Mahathir Mohamed, semasa menjadi
Perdana Menteri Malaysia telah mengambil tindakan tegas keatas mereka yang
mengancam keselamatan negara.
Kita dapat melihat bagaimana pucuk kepimpinan Dr Mahathir Mohamed menahan Lim
Kit Siang dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Setelah itu Lim Kit Siang tidak
dapat “bernafas” sama sekali. Tun bukan sahaja menahan Lim Kit Siang tetapi
beberapa pemimpin parti pembangkang. Rakyat Malaysia dapat melihat bagaimana
parti yang diketuai oleh Lim Kit Siang bermain politik perkauman. Tapi oleh
kerana ketangkasan dan keberanian Tun menangkis serangan Lim Kit Siang dan para
pemimpin yang lain, Malaysia ujud apa yang kita lihat hari ini.
Jika Tun dapat menahan pemimpin parti pembangkang dan ahli parliamen seperti Lim
Kit Siang dan para pemimpin pembangkang yang lain, maka siapa itu P Waytha
Moorthy, siapa itu S Ganapathi dan siapa itu P Uthayakumar? Ketiga tiga mereka
ini tidak mewakili mana mana kawasan undi atau kaum.
Demi untuk memelihara kestabilan, keamanan dan kemakmuran Malaysia, kerajaan
seharusnya tidak teragak-agak untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) semata-mata kerana bimbang akan mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.
Walaupun Asian Watch tidak mengemari penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) tetapi setelah menimbang, meneliti keadaan dan tindak tanduk
pemimpin Hindraf dimana dipercayai boleh mencetuskan tidak kestabilan politik,
keresahan dan pergeseran kaum kearah tercetusnya rusuhan kaum dimana dapat
meruntuhkan Malaysia, dengan ini Asian Watch mencadangkan agar ISA dapat
digunakan dalam menangani Hindraf.
Semoga keterangan kami seperti diatas akan mendapat pertimbangan dengan
sewajarnya dari YAB Datuk Seri.
Yang Ikhlas
Mohamed Mansor Bin Abdul Rahman
Presiden
Presiden of what???? written by Charles Hector,
Thursday, December 13 2007 09:36 pm
President of what????
Charles Hector
Seeeetoooopid written by Darren Teo Sze Hoong,
Friday, December 14 2007 10:00 am
Another kookoo! What you just did is showing your stupidity...anyway, terdapat pelbagai kesalahan bahasa dalam surat anda! Sebagai seorang warga Malaysia, tak kenal bahasa ibunda, tak tahu malu ke?
Darren Teo Sze Hoong
No water cannons here! written by Yip Huen Weng,
Friday, December 14 2007 05:35 pm
Somehow, this memorandum was directly received by our beloved PM without the need for water cannons, presence of FRU and tear gas. Must be the lyrical language used in the memorandum..
"Lim Kit Siang tidak dapat bernafas"..indeed....
Yip Huen Weng
Wow what a critical thinking?? written by Letchumi Latha a/p Subramaniam,
Saturday, December 15 2007 06:34 am
Wow what a critical thinking?? Is that a rational solution for avoiding?? Sampai bila nak melarikan diri dari realiti? Come on lah, sepandai-pandainya tupai melompat….akhirnya jatuh ke tanah juga...
Letchumi Latha a/p Subramaniam
Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.
President of what????
Charles Hector