feed
Home arrow News arrow Legal/General News arrow Permohonan Musa, Gani, kerajaan tolak saman RM100j didengar 23 Februari
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Permohonan Musa, Gani, kerajaan tolak saman RM100j didengar 23 Februari PDF Print E-mail
Wednesday, 03 December 2008 07:27am
Image©Berita Harian (Used by Permission)

KUALA LUMPUR: Prosiding bagi mendengar permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patil serta kerajaan Malaysia untuk mengetepikan saman RM100 juta terhadap mereka oleh seorang pemimpin kumpulan haram, Hindraf, ditangguh ke 23 Februari tahun depan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa menangguhkan perbicaraan itu yang sepatutnya dijalankan hari ini setelah membenarkan permohonan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar, untuk membolehkannya mengemukakan afidavit tambahan.
Uthayakumar diwakili peguam M.Manogar dan N Surendran manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili ketiga-tiga defendan.

Musa, Abdul Gani dan kerajaan Malaysia memohon supaya saman itu ditolak kerana kenyataan yang didakwa oleh Uthayakumar kononnya telah memfitnah beliau, dibuat bagi mengelak rasa benci terhadap kerajaan dan mengelak konflik perkauman.

Uthayakumar, yang ditangkap pada 13 Dis tahun lepas dan ditahan bersama empat yang lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat menganjur tunjuk perasaan oleh Hindraf, menyaman ketiga-tiga pihak itu kerana mendakwanya mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 645 guests and 7 members online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google