feed
Home arrow News arrow Legal/General News arrow Mahkamah kaji tarikh semakan tolak rayuan
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Mahkamah kaji tarikh semakan tolak rayuan PDF Print E-mail
Thursday, 04 February 2010 10:30am

Berita HarianPUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan menetapkan satu tarikh selewat-lewatnya esok untuk semakan terhadap keputusannya yang menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan beberapa dokumen penting daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaan dalam kes liwatnya.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata perkara itu dimaklumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff pada pertemuan dengan peguam pembelaan dan pendakwaan kira-kira sejam di kamarnya di Istana Kehakiman di sini, semalam.

Sehubungan itu, Karpal berkata perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadualkan pada jam 2.30 petang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, tetap diteruskan.

"Kami sudah berjumpa dengannya (Alauddin) dan beliau menyatakan 'tarikh' akan diberikan selewat-lewatnya Jumaat ini (esok)," katanya.

Karpal berkata, pihaknya juga akan memfailkan usul menangguhkan perbicaraan liwat itu di Mahkamah Rayuan hari ini sementara menunggu mahkamah sama mendengar permohonan rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat itu.

"Pada masa ini, perbicaraan (kes liwat) akan diteruskan tetapi ia mungkin ditangguhkan terutamanya jika mahkamah memberikan kami satu tarikh selewat-lewatnya Jumaat ini (esok)," katanya.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 93 guests online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google