Home
News
Bar News/Berita Badan Peguam
Janji suntik semangat baru
News
Bar News/Berita Badan Peguam
Janji suntik semangat baru | Janji suntik semangat baru |
|
|
|
| Thursday, 26 March 2009 07:37am | |
|
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran) KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Wanita UMNO yang baru, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjanji memberi kekuatan kepada parti melalui suntikan semangat Wanita UMNO di peringkat cawangan dan bahagian. “Saya akan bekerja keras bersama-sama 1.3 juta ahli Wanita, menyegarkan semula semangat Wanita yang akan memberi kekuatan kepada UMNO,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru apabila mengalahkan penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz dengan majoriti 227 undi pada pemilihan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Shahrizat yang mengakui terkejut dengan majoriti besar yang diperolehinya berkata, ia adalah hasil keputusan bijak para perwakilan yang mendengar kehendak rakyat di peringkat akar umbi yang mahu perubahan dalam sayap parti itu. Ditanya sama ada Rafidah akan ditawarkan sebarang jawatan, beliau berkata, ia akan diputuskan kemudian. Namun, katanya, beliau akan berjumpa Rafidah untuk berbincang bagaimana bekas Ketua Wanita itu boleh bersama-sama dengan beliau untuk menyumbang kepada pergerakan itu. Ditanya sama ada keputusan perwakilan Wanita memilih beliau sebagai menidakkan restu Najib terhadap Rafidah, Shahrizat berkata, ucapan tersebut membawa maksud yang umum dan terpulang kepada pihak yang mentafsirkannya. Katanya, beliau telah berada dalam Wanita UMNO sejak 30 tahun lalu dan telah mengenali kebanyakan ahli dan pemimpin dalam sayap parti itu. Ditanya apakah perubahan yang bakal dibawa beliau, Shahrizat berkata, tunggu dan lihat kerana beliau tidak akan menyatakannya sekarang dan media perlu mengikuti perkembangannya selangkah demi selangkah. Beliau berkata, antara tiga perkara utama yang akan dilaksanakan ialah menangani isu wanita dan keluarga Islam, ekonomi selain tumpuan kepada isu nasional. Katanya, Wanita UMNO juga sedia bekerjasama dengan sayap dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sudi bergandingan dengan mereka. Ditanya mengenai jawatan Kabinet, Shahrizat berkata, ia tidak terlintas di fikirannya dan beliau belum terfikirkannya. Terdahulu, dalam ucapan kepada perwakilan selepas kemenangannya, Shahrizat berkata, beliau dan pasukan barunya tidak akan sesekali meminggirkan sesiapa pun di dalam Wanita UMNO. Set as favourite Share Email This Comments (0)
![]() Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
| < Prev | Next > |
|---|


























