website statistics
feed
Home arrow News arrow Legal/General News arrow Hanya bertuala putih
Advertisement
Hanya bertuala putih PDF Print E-mail
Wednesday, 23 July 2008 10:45am

©Harian Metro (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Mohd Sabran Md Sani

Hanya bertuala putihKUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, semalam, tertuduh dalam kes khalwat membabitkan bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Zulkifli Othman, dilihat hanya bertuala putih sebaik bilik hotelnya diserbu sambil termenung.

Saksi pendakwaan keempat (SP4), Pegawai Penguat kuasa Agama Jawi, Norhafiza Tohalus, 24, berkata selain tertuduh, seorang wanita yang dipercayai pasangannya hanya dibaluti sehelai selimut sambil berbaring diatas sebuah katil bujang ketika serbuan dilakukan.

Bagaimanapun usaha untuk mengejutkan wanita itu terpaksa dilakukan sebanyak tiga kali berikutan kegagalannya untuk bangun dan dia ‘menggenyeh-genyehkan’ mata sebaik dikejutkan Penolong Pengarah Risikan Jawi, Nik Azlan Nik Man.

Dalam operasi kira-kira jam 3 pagi 4 Ogos tahun lalu, Norhafiza yang ditugaskan untuk menyita barang kes dan melakar pelan tempat kejadian mengakui menyita sehelai baju dalam berwarna hitam milik wanita itu yang dijumpai di atas meja solek.

 Norhafiza yang kini bertugas sebagai guru agama di Kompleks Darul Saadah berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pendakwa Syarie Jawi, Shamsudin Husin di hadapan Hakim Syarie Mukhyuddin Ibrahim.

SHAMSUDIN: Pada 4 Ogos 2007, berapa aduan yang kamu ambil tindakan pada hari itu?

NORHAFIZA: Ada dua aduan. Aduan pertama di Jalan Klang Lama dan kedua di Jalan Sultan Ismail.

SHAMSUDIN: Secara tepatnya di mana?

NORHAFIZA: Hotel Concorde sebelah Hard Rock Cafe.

SHAMSUDIN: Berapa orang pegawai BPR yang hadir dan apa yang berlaku selepas itu?

NORHAFIZA: Saya tidak ingat, tetapi tidak lebih daripada 10 orang dan taklimat itu berlaku di bilik bernombor 527 kira-kira lima minit sebelum bergegas ke bilik disyaki di tingkat empat bernombor 401.

SHAMSUDIN: Kamu ada pengetahuan, mengapa pegawai BPR terbabit sama dalam operasi itu?

NORHAFIZA: Tidak pasti. Setahu saya dia (pegawai BPR) untuk membantu.

SHAMSUDIN: Mahkamah ingin tahu mengapa tiba-tiba babitkan BPR?

NORHAFIZA: Pengetahuan saya yang memberi maklumat itu adalah orang BPR.

SHAMSUDIN: Apa tindakan pertama setibanya kamu di bilik itu dan oleh siapa?

NORHAFIZA: Ustaz Nik Azlan mengetuk pintu.

SHAMSUDIN: Kamu nampak orang yang membuka?

NORHAFIZA: Nampak.

SHAMSUDIN: Siapa yang membuka?

NORHAFIZA: Seorang lelaki.

SHAMSUDIN: Berapa lama masa diambil Ustaz Nik Azlan sebelum buka pintu.

NORHAFIZA: Lebih kurang lima minit.

SHAMSUDIN: Apa yang kamu nampak apabila mula-mula masuk ke dalam bilik itu?

NORHAFIZA: Saya nampak seorang lelaki memakai tuala putih duduk di atas mangkuk tandas.

SHAMSUDIN: Atas mangkuk tandas? Adakah orang yang kamu lihat di mangkuk tandas sama dengan orang yang di pintu?

NORHAFIZA: Sama.

SHAMSUDIN: Dia buat apa atas mangkuk tandas?

NORHAFIZA: Entahlah. Dia termenung.

SHAMSUDIN: Selain seorang lelaki, siapa lagi yang kamu nampak?

NORHAFIZA: Saya nampak seoarang wanita sedang berbaring dan berselimut.

SHAMSUDIN: Tidur ke?

NORHAFIZA: Saya tidak pasti.

Perbicaraan bersambung 28 Oktober depan.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

PKR wants to restore immunity of monarchy



show last 4hrs - 24hrs