feed
Home arrow News arrow Berita/Komen Undang-Undang arrow DAP bidas akhbar bahasa Melayu
Advertisement
DAP bidas akhbar bahasa Melayu PDF Print E-mail
Sunday, 04 January 2009 08:20am

Image©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)

IPOH: DAP menuduh akhbar berbahasa Melayu bersikap tidak adil kerana tidak memberi gambaran sebenar mengenai kelulusan tanah yang dilakukan Kerajaan Perak.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata akhbar berbahasa Melayu hanya menyiarkan berita Kerajaan Perak yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) meluluskan pegangan tanah hak milik kekal untuk Kampung Baru yang didiami orang Cina, sebaliknya tidak melaporkan kelulusan sama untuk orang Melayu.

"Media Melayu sangat tidak adil kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Beberapa hari lalu saya mengumumkan pemberian tanah pertanian dan hak milik kekal Kampung Tersusun di Grik secara serentak untuk 320 petani Melayu membabitkan tanah lebih 400 hektar.

"Tetapi akhbar Melayu tidak menyiarkannya dan hanya menyiarkan kelulusan untuk 11 penduduk Kampung Tersusun membabitkan beberapa hektar tanah untuk orang Cina.

"Ini sangat tidak adil dan laporan begini boleh menimbulkan perpecahan serta menjejaskan keharmonian kaum di negara ini. Media mesti memberi gambaran yang benar," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hadir sama Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Ngeh yang juga Exco Kanan Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, berkata, akhbar berbahasa Melayu hanya melaporkan kelulusan pegangan tanah hak milik kekal untuk 11 penduduk Kampung Baru Kuala Sungai Rui yang didiami orang Cina.

Sementara itu, Kulasegaran berkata, beliau bersedia dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Ipoh jika kerajaan negeri mewujudkan jawatan berkenaan dan DAP Perak mencalonkannya.

Beliau berkata, tidak timbul soal untuk meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) kerana tempoh perkhidmatannya tamat Rabu lalu, serentak dengan ahli majlis lain.

Katanya, beliau juga tidak terkilan jika tidak dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar atau tidak dilantik semula sebagai Ahli Majlis DBI kerana jawatannya dalam parti masih membolehkannya berkhidmat untuk orang ramai.

"Saya lebih suka dipilih sebagai Datuk Bandar atau Ahli Majlis DBI menerusi pilihan raya kerajaan tempatan kerana inilah kaedah terbaik, bukannya dilantik.

"Saya bersama beberapa peguam dan cendekiawan sedang menyediakan kertas kerja mengenai ruang undang-undang yang membenarkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 22 guests online

Umno Youth members fined over Karpal fracas


Google