feed
Home arrow News arrow Legal/General News arrow Anak dinikah bapa dalam kereta
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Anak dinikah bapa dalam kereta PDF Print E-mail
Thursday, 11 March 2010 11:40am

Berita HarianOleh Siti Nor Hidayah Razali

Suri rumah bongkar kejadian selepas budak 10 tahun menangis pulang rumah

PASIR MAS: "Baba kahwinkan saya. Baba kahwinkan dengan kawannya!” hanya kata-kata itu yang mampu diluahkan budak perempuan berusia 10 tahun sambil menangis ketika mendapatkan ibunya, sejurus pulang ke rumah selepas dibawa keluar untuk bermalam dengan suaminya.

Tangisan anak kedua daripada empat beradik itu mengejutkan ibunya, wanita keturunan Myanmar yang mahu dikenali sebagai Na, 33, yang kemudian menyoal lanjut mendapatkan penjelasan.

Na berkata, pernikahan anaknya yang masih belajar di sebuah madrasah dekat Wakaf Baru, Tumpat, terbongkar apabila perkahwinan itu diakui lelaki berusia 40-an yang menikahinya.

"Saya dapat tahu pernikahan anak kami dilakukan sendiri suami saya yang melakukan akad nikah itu ketika memandu kereta.

"Sebelah tangan pegang stereng, sambil sebelah tangan lagi akad nikah anak kami kepada rakan jemaahnya sambil disaksikan rakan jemaah lain dalam kereta sama," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Pohon Buloh di sini, semalam.

Suri rumah itu berkata, selepas pernikahan itu dilangsungkan, anaknya yang berada di asrama madrasah, dijemput suaminya dengan alasan untuk membeli-belah di sebuah pasar raya dekat Lembah Sireh, Kota Bharu.

"Anak saya sekadar mengikut kerana ketika itu diberitahu bapanya sudah berada di pasar raya itu. Bagaimanapun, selepas tidak menemui suami saya di situ, anak saya dibawa pula menginap di sebuah hotel.
"Di hotel itu, anak saya disuruh tidur bersama lelaki yang sudah mengahwininya. Bagaimanapun, malam itu, anak saya keluar dari bilik terbabit sebelum mendapatkan bantuan dan bermalam dengan seorang tukang sapu hotel berkenaan.

"Keesokannya, anak saya dibawa pulang ke rumah oleh suami dan rakannya itu. Walaupun membawa anak kami pulang, tetapi suami saya tidak balik ke rumah," katanya.

Berang dengan kejadian itu, wanita terbabit mendapatkan bantuan ahli keluarga terdekat sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu serta melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 73 guests online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google