feed
Home arrow News arrow Legal/General News arrow 3 akhbar Sweden hina Nabi dikutuk
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
3 akhbar Sweden hina Nabi dikutuk PDF Print E-mail
Thursday, 11 March 2010 11:37am

Berita HarianOleh Khairul Azran Hussin dan Zanariah Abd Mutalib

NGO sepakat mahu adakan demonstrasi besar-besaran esok kes siar karikatur

KUALA LUMPUR: Umat Islam Malaysia marah dan mengutuk tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad SAW, serta bercadang mengadakan demonstrasi besar-besaran, esok.

Tindakan tiga akhbar di negara itu menyiarkan lakaran berkenaan juga didakwa menunjukkan masyarakat Barat tidak mengambil iktibar daripada insiden hampir sama membabitkan sebuah akhbar Denmark, dua tahun lalu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat terhadap agama Islam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan Sweden, esok, jika kerajaan negara itu tidak memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman juga menggesa umat Islam negara ini memboikot semua produk dari Sweden bagi menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.

“Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden.

“Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd Karim, berkata kebebasan akhbar dan bersuara perlu dikawal supaya ia tidak meminggirkan isu keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam.
“Sebagai sebuah negara bertamadun, Sweden seharusnya mengetahui hadnya, yang mana boleh dan tidak boleh. Penyiaran lakaran menghina Nabi Muhammad SAW jelas bertujuan untuk membakar kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, agensi bertia asing melaporkan sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad atas alasan ia adalah sebahagian daripada nilai berita dan tanda kebebasan bersuara.

Pada tahun 2008, sebuah akhbar Denmark, Politiken turut menyiarkan perkara yang sama sebelum memohon maaf selepas mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pihaknya akan meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan Sweden berhubung perkara berkenaan.

“Kita berharap umat Islam di Malaysia bertenang dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama di Malaysia. Kementerian Luar akan mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
7th LAWASIA Labour Law Conference, Hong Kong (17-18 Sept)
Registration is now open. Visit the Conference official website at http://lawasia.asn.au/labour_law_conference_2010 for more details.
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

We have 74 guests online

Rakyat Service Advertisement 5 @ MyConstitution PerlembagaanKu


Rakyat Service Advertisement 4 @ MyConstitution PerlembagaanKu




show last 4hrs - 24hrs
Google