HomeCommitteesIslamic Finance Majlis Iftar Anjuran Bar Kelantan dan Penyerahan Cek Sempena “Ramadhan Charity Drive 2012” Anjuran Jawatankuasa Perbankan Islam Majlis Peguam (29 Julai 2012)
Majlis Iftar Anjuran Bar Kelantan dan Penyerahan Cek Sempena “Ramadhan Charity Drive 2012” Anjuran Jawatankuasa Perbankan Islam Majlis Peguam (29 Julai 2012)
Tuesday, 07 August 2012 03:45pm
Artikel dan gambar disumbangkan oleh Mazni Ibrahim, Pegawai, Majlis Peguam
Keceriaan terpancar di wajah 70 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Kelantan (“Pekayatim”) dan Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan apabila Pengerusi Bar Kelantan, Abdullah b Hamzah menyerahkan sampul yang berisi duit raya kepada mereka. Duit raya ini disumbangkan oleh ahli-ahli Bar Kelantan dan diserahkan sendiri kepada anak-anak yatim tersebut sempena majlis iftar yang dianjurkan oleh Bar Kelantan pada 29 Julai 2012 (Ahad) di Restoran Khen Som, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 200 orang, yang terdiri daripada ahli-ahli Bar Kelantan bersama keluarga mereka selain anak-anak yatim, dimulakan dengan bacaan zikir dan doa, dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bar Kelantan. Dalam ucapan tersebut, beliau memberitahu hadirin bahawa sempena majlis iftar ini, 50 dari anak-anak yatim ditaja oleh ahli-ahli Jawatankuasa Perbankan Islam Majlis Peguam (”IFC”) dan selebihnya ditaja oleh ahli-ahli Bar Kelantan.
Seterusnya, sebelum waktu berbuka puasa tiba, dua replika cek telah diserahkan kepada wakil dari kedua-dua pertubuhan anak-anak yatim tersebut. Wang yang diserahkan kepada pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah hasil kutipan dari ahli-ahli Bar seluruh Malaysia untuk program “Ramadhan Charity Drive 2012” yang dianjurkan oleh IFC. Ianya merupakan tahun kedua IFC menganjurkan program seperti ini dimana pada kali pertama, iaitu pada tahun lepas, kutipan telah diserahkan kepada anak-anak yatim di Kedah.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli Bar Malaysia yang telah menyumbang kepada “Ramadhan Charity Drive 2012”, terutama kepada Bar Kelantan kerana telah bersama-sama menjayakan acara ini. Diharap sokongan seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
2013 Bar Council subscription Click the link above to download Circular 090/2013 pertaining to the 2013 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2013 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Starting a new Practice If you are thinking of setting up your own law practice, click on the link above to view Bar Council's information and checklists to help you prepare for your new endeavour.
International Arbitration Conference by CIArb Malaysia (22 to 24 Aug 2013) Organised by the Chartered Institute of Arbitrators, this conference will be held at Eastern & Oriental Hotel, 10 Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang, from 22 to 24 Aug 2013 (Thursday to Saturday). The conference carries 10 CPD points. Early-bird rate ends on 30 Apr 2013. Click on the link above for more details.
Seminar on Islamic Finance Regulatory Framework (23 May 2013) Organised by the Bar Council Professional Standards and Development Committee, this seminar conducted by Megat Hizaini Hassan will be held at 2:00 pm to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 23 May 2013 (Thursday). The seminar carries three CPD points. Click on the link above for more details.
8th LAWASIA Employment Law Conference, Cambodia (24 and 25 May 2013) Organised by The Law Association for Asia and the Pacific (“LAWASIA”), this conference featuring Lia Alizia and Brian Williamson, will be held at Tara Angkor Hotel, Vithei Charles de Gaulle, Siem Reap, Cambodia, at 8:45 am to 7:00 pm and 9:00 am to 5:30 pm, on 24 and 25 May 2013 (Friday and Saturday), respectively. The conference carries 10 CPD points. Click on the link above for more details.
MSLSSL and MCLJ Conference on Employment and Labour Laws 2013 (30 May 2013) Organised by the Malaysian Society for Labour and Social Security Law and Malaysian Current Law Journal, this conference entitled “Current Issues on Employment and Labour Laws” will be held at 8:30 am to 6:00 pm, at Grand Hyatt Kuala Lumpur, on 30 May 2013 (Thursday). The conference carries six CPD points. Click on the link above for more details.
“Transforming Criminal Justice” One-week Study Programme (25 to 29 Nov 2013) Organised by Public Administration International (“PAI”), this UK-based one-week study programme entitled “Transforming Criminal Justice: from Joined-up Justice to Multi-agency Approaches” will be held in London from 25 to 29 Nov 2013 (Monday to Friday). For further enquiries, please contact PAI by telephone at +44 (0)20 7580 3590, by fax at +44 (0)20 7580 4746, or by email at pai@public-admin.co.uk.