Pertandingan Debat Hak Asasi Manusia: “UDHR @ 60 and still not all is right”
Contributed by Seira Sacha Binti Abu Bakar
Sunday, 12 October 2008 09:39pm
KUALA LUMPUR:
Pada 11 Oktober 2008, Majlis Peguam telah mengadakan satu sidang akbar
melancarkan pertandingan Debat Hak Asasi Manusia 2008 yang akan berlangsung pada
9-12 Disember 2008 bertema “UDHR @ 60 and still not all is right”.
Pertandingan ini dijalankan sempena sambutan sedunia Hari Hak Asasi Manusia, dan
adalah projek Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam. Kolej KDU telah
bersetuju menjadi tempat pertandingan ini.
Sidang akhbar yang berlangsung pada pukul 2.30 petang telah diketuai oleh
Presiden Majlis Peguam, Dato’ Ambiga Sreevenasan, Pengerusi Jawatankuasa Hak
Asasi Manusia, Edmund Bon, Pengarah Pertandingan, Khaizan Sharizad bte Abd.
Razak, dan ahli-ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Joanna Loy @ Loi Wen Shin,
Rachel Vanuja Suppiah dan Siti Zabedah bte Kasim, serta juara Asia dan ‘Worlds
Council Registrar’ dari Malaysia, Adiba Shareen.
Sidang tersebut dimulakan oleh Dato’ Sreevenasan dengan beliau membaca kenyataan akhbar. Majlis berkenaan pertandingan Debat Hak Asasi Manusia
tersebut. Antara lainnya, Dato’ Sreenevasan menyatakan bahawa beliau amat teruja
berkenaan pertandingan ini yang akan melihat lebih kurang 300 peserta-peserta
dari institusi-institusi tempatan dan antarabangsa berdebat isu-isu berhubung
hak asasi.
Edmund Bon kemudianya menyatakan bahawa tujuan pertandingan ini diadakan adalah
untuk meningkatkan tahap persefahaman di kalangan masyarakat berkenaan hak asasi,
dan memberi peluang bagi perbincangan isu-isu semasa secara terbuka. Menurut
beliau,pertandingan seperti ini adalah satu ‘platform’ untuk masyarakat,
khususnya kaum muda, untuk menyuarakan pendapat mereka di dalam suatu forum dan
tempat yang selamat. Beliau seterusnya menambah bahawa bagi mereka yang tidak
ingin berdebat, mereka boleh menyertai pertandingan ‘Public Speaking’ yang akan
dijadualkan bersama-sama pertandingan debat.
Dato’ Sreenevasan menyatakan bahawa Majlis Peguam telah mengajak beberapa ahli
debat dunia terkenal seperti Mohd Faisal Moideen (peguam dari Malaysia), Neill
Harvey Smith (dari Oxford), Sharmilla Pharmanand (dari Ateneo de Manila) dan
Adiba Shareen untuk mengetuai barisan hakim pertandingan ini.
Adiba Shareen dan Khaizan Sharizad menerangkan format pertandingan tersebut
kepada anggota media. Pertandingan tersebut akan mengikut format ‘British
Parliamentary Debating Format’ di mana debat tersebut dibahagikan kepada 4
bahagian – pembukaan oleh kerajaan, penutupan oleh kerajaan, pembukaan oleh
pembangkang dan penutupan oleh pembangkang. Hadiah-hadiah wang tunai dan piala
akan diberikan kepada pemenang-pemenang.
Kepada soalan daripada anggota media sama ada Majlis Peguam ada mengambil
sebarang langkah bagi mempastikan pertandingan ini tidak akan mengundang
kontroversi seperti forum lain anjuran Majlis Peguam yang lepas, Dato’ Ambiga
menjawab bahawa tiada sebarang langkah istimewa yang akan diambil memandangkan
tiada elemen kontroversi dalam pertandingan ini. Majlis telah dan selalu
menganjurkan program-program seperti biasa dan pada 13 Oktober 2008, suatu forum
berkenaan “DNA Bill” akan diadakan. Ini kerana Majlis percaya peguam-peguam
ingin berbincang masalah-masalah masyarakat dari aspek-aspek undang-undang dan
ini perlu digalakkan.
Kepada soalan berkenaan topik yang akan dipilih untuk pertandingan tersebut,
Adiba menjawab bahawa topik untuk didebat oleh peserta-peserta akan hanya
diumumkan sebelum pertandingan tersebut. Dato’ Ambiga menyatakan bahawa tidak
terdapat sebarang perkara yang perlu dianggap sebagai sensitif dan dihalang dari
dibincang dalam masyarakat majmuk kita pada hari ini.
Edmund selanjutnya menyatakan bahawa salah satu tujuan utama pertandingan ini
diadakan adalah untuk mempromosikan kebebasan untuk bersuara. Sekiranya terdapat
pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan konsep hak asasi manusia di negara ini,
mereka dijemput dan diundang untuk menyertai pertandingan ini dan menyuarakan
pendapat mereka. Pertandingan ini akan menggalakkan diskusi yang matang dan
rasional kerana terdapatnya badan hakim-hakim terkemuka yang akan membuat
keputusan pertandingan berdasarkan merit-merit hujahan.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
The Case of the Missing Penang Lawyer: Charity Treasure Hunt 2012 (12 Feb 2012) Organised by the Penang Bar Committee Social Subcommittee in aid of the National Autism Society of Malaysia (NASOM), this event will take place at Straits Quay, Penang, on 12 Feb 2012 (Sunday). Deadline for registration is 6 Feb 2012 (Monday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).