feed
Home arrow Committees arrow Human Rights arrow Pengumpulan organ (organ-harvesting) di China: satu kebenaran atau kepalsuan?
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Pengumpulan organ (organ-harvesting) di China: satu kebenaran atau kepalsuan? PDF Print E-mail
Contributed by Dara Waheda Mohd Rufin   
Wednesday, 11 October 2006 11:18pm

David MatasKUALA LUMPUR, Rabu: Falun Gong merupakan sebuah pertubuhan yang telah diasaskan oleh Li Hongzhi pada 1992 di China yang pada dasarnya mengamalkan qigong iaitu amalan yang memperbaiki kesihatan dan sensiviti kerohanian.

Walau bagaimanapun sekitar Julai 1999, kerajaan Republik Rakyat China (RRC) yang dipimpin Presiden Jiang telah mengharamkan pertubuhan ini yang dianggap satu ancaman kepada kerajaan RRC.

Serentak dengan pengharaman tersebut, gangguan dan penyeksaan besar-besaran telah dilakukan ke atas pengamal-pengamal Falun Gong. Ramai pengamal Falun Gong telah ditahan dan ramai antara tahanan ini hilang dalam tahanan.

Semenjak itu, timbul dakwaan bahawa pihak berkuasa RRC telah bertindak menangkap, menahan, membedah dan mengeluarkan organ-organ dalaman pengamal-pengamal Falun Gong dan dalam proses tersebut telah menyebabkan kematian mangsa-mangsa tersebut yang mayatnya kemudian dibakar.

Walau bagaimanapun dakwaan ini sukar dibuktikan kerana tiada bukti dan keterangan dapat dikemukakan - tiada mangsa yang dapat menceritakan apa yang terjadi dan tiada saksi yang dapat memberikan keterangan.

Jika dakwaan tersebut adalah berasas, maka ia adalah satu perlanggaran serius dan tidak bertamadun terhadap hak asasi manusia.

David Matas dan David Kilgour telah mengambil inisiatif menyiasat dan hasilnya satu laporan yang dikenali sebagai “Report into Allegations of Organ Harvesting of Falun Gong Practitioners in China” telah dikeluarkan pada 6 Julai 2006.

Walau bagaimanapun kredibiliti laporan tersebut telah dicabar oleh pemimpin-pemimpin kerajaan RRC yang menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan oleh kerajaan RRC mendapati kebanyakan keterangan dan bukti yang diperolehi dalam menyediakan laporan tersebut bukan dari sumber pertama dan mungkin telah direka-reka.

Sehubungan itu, satu forum membincangkan kredibiliti laporan tersebut yang bertajuk “Human Rights in China - Organ Harvesting: Truth or Hoax” telah diadakan pada 10 Oktober 2006 pada pukul 8.30 malam anjuran Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam bertempat di Auditorium Majlis Peguam dengan kehadiran David Matas, salah seorang penulis laporan tersebut.

Dalam forum berkenaan, David Matas telah berkongsi pengalaman beliau dalam menyediakan laporan tersebut dan percaya dengan kebenaran dakwaan kerajaan RRC telah melakukan perlanggaran serius terhadap hak asasi pengamal Falun Gong. Malah beliau juga menyatakan bahawa isu ini telah mendapat perhatian umum dan media-media perdana.

Forum tersebut juga telah menjadi saksi kepada keterangan seorang pengamal Falun Gong wanita yang juga merupakan salah seorang mangsa penderaan fizikal dan mental semasa ditahan oleh pihak berkuasa RRC. Beliau juga telah menceritakan bahawa terdapat sebilangan besar tahanan yang ditahan bersama-samanya tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Forum yang dihadiri oleh lebih daripada 90 orang peserta yang terdiri daripada peguam, wartawan, pelajar dan orang awam ini telah memberi gambaran yang lebih jelas tentang isu tersebut. Ramai yang berpendapat jika dakwaan ini benar-benar wujud maka dunia perlu mula memberi perhatian dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada isu ini.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 223 guests and 3 members online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google