feed
Home arrow Committees arrow Human Rights arrow Malam perhargaan bagi wira-wira yang tidak didendang
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Malam perhargaan bagi wira-wira yang tidak didendang PDF Print E-mail
Contributed by Dara Waheda Mohd Rufin   
Sunday, 10 December 2006 09:34pm

WinnersKUALA LUMPUR, Dis 8: Bertepatan dengan Hari Hak Asasi Manusia 2006 yang disambut di seluruh dunia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah menganjurkan majlis makan malam amal tahunanya pada 8 Disember 2006 bertempat di Bangunan Peladang, Petaling Jaya.

Majlis tahun ini yang bertemakan “A Tribute to Human Rights Defenders” telah diadakan dengan objektif memberi penghargaan kepada wira-wira hak asasi manusia atas jasa-jasa mereka mengorbankan masa dan tenaga bagi memperkembangkan penerimaan dan penghormatan masyarakat terhadap hak asasi manusia. Pada masa yang sama, majlis tersebut juga meraih sokongan dana bagi membantu SUARAM meneruskan kerja-kerja berkaitan hak asasi.

Pada malam tersebut, para hadirin telah dihidangkan dengan tayangan video dokumentari tentang perjuangan hak asasi oleh pejuang-pejuang hak asasi dan mengenang pemergian mereka yang telah banyak berjasa dalam perjuangan tersebut.

Melalui satu sesi video temuramah, Said Zahari, bekas ketua editor Utusan Melayu juga telah berkongsi suka duka beliau dalam memperjuangkan semangat hak asasi manusia. Beliau yang telah menjadi mangsa politik Malaysia dan Singapura, pernah ditahan di bawah undang-undang tahanan pencegahan Singapura dalam satu operasi yang dikenali sebagai “Cold Storage Operation”.

Said Zahari berpendapat bahawa isu-isu berkaitan hak asasi manusia yang sering ditimbulkan adalah pada dasarnya sama setiap masa. Malah kesinambungan perjuangan bagi mendapatkan pengiktirafan hak asasi berterusan dari satu pejuang ke satu pejuang yang lain. Walaupun dari semasa ke semasa banyak hak-hak asasi manusia telah diiktiraf namun perjuangan masih tetap diteruskan kerana menurut beliau, apa yang kita ada pada hari ini adalah hak asasi yang tidak tulus dan bersekatan.

Kemuncak aturcara pada malam tersebut diteruskan dengan Anugerah Hak Asasi Manusia (“Human Rights Award”), yang diperkenalkan buat pertama kalinya semasa ulangtahun SUARAM yang ke-10 pada tahun 1999. Anugerah tahunan tersebut diberikan kepada kumpulan masyarakat yang mempunyai suara lantang dalam mempertahan dan memperjuangkan aktiviti-aktiviti hak asasi di Malaysia.

Pencalonan bagi Anugerah tersebut terbuka kepada orang awam, dan pada tahun ini SUARAM telah menerima 4 pencalonan yang terdiri daripada:

• “Broga Community” yang telah berjuang memberhentikan rancangan Kerajaan untuk membina tempat pembakaran sampah (“incinerator”) berdekatan kawasan perumahan mereka.

• “Chin Refugee Centre” yang telah membantu pelarian-pelarian Chin dari Myanmar untuk membina hidup dan melindungi mereka di Malaysia.

• “Article 11” yang terdiri daripada organisasi-organisasi bukan kerajaan mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan terutamanya hak-hak beragama di bawah Artikel 11.

• “Bukit Jelutong Community” yang telah berjuang membela hak-hak masyarakat tersebut kepada perumahan mereka setelah diusir keluar dari kawasan berkenaan oleh pihak Kerajaan.

Pemenang bagi Anugerah ini diputuskan berdasarkan empat kriteria iaitu kekuatan kuasa masyarakat (empowerment), penindasan yang dihadapi, ketabahan/kesinambungan (perseverance/continuity) dan inspirasi kepada pejuang-pejuang lain.

Pada tahun ini Anugerah Hak Asasi Manusia kali ke-8 tersebut telah diberikan kepada dwi-pemenang iaitu “Chin Refugee Centre” dan “Bukit Jelutong Community” atas sumbangan dan usaha mereka tanpa mengenal penat lelah memperjuangkan hak-hak asasi manusia.

Majlis tersebut juga telah diselitkan dengan beberapa persembahan menarik dari artis-artis tempatan, cabutan bertuah dan lelongan gambar-gambar.

Chin Dance

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 59 guests online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google