Perselisihan faham kerap kali berlaku disebabkan kegagalan sesuatu pihak untuk mendengar dan seterusnya memahami pendirian pihak yang satu lagi. Sekiranya pihak yang berkenaan mengambil sedikit masa untuk mendengar dan memahami, konsep bersetuju untuk berbeza pendapat pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Inilah kemahiran yang cuba ditekankan sepanjang bengkel tiga hari latihan dalaman Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam (“BCHRC”) yang diadakan dari 18 hingga 20 Julai 2008. Bengkel tersebut dirancang oleh “Education and Training Working Group” BCHRC dan ditaja sepenuhnya oleh ERA Consumer Malaysia. 36 peguam yang merupakan ahli BCHRC termasuk peguam muda dan peguam berpengalaman telah berkumpul di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson bagi menyertai bengkel yang julung-julung kali diadakan ini.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan perhubungan kerja di samping mempertingkatkan lagi daya kepimpinan, personaliti dan visi antara ahli-ahli jawatankuasa, pada masa yang sama memberi latihan asas tentang hak asasi manusia termasuk perkembangannya di Malaysia.

Sebelum boleh melibatkan diri dan membantu dalam memperjuangkan pengamalan hak asasi manusia, seseorang itu perlulah mempunyai pengetahuan asas tentang hak asasi manusia. Sehubungan itu, hari pertama bengkel ini lebih banyak berkisar kepada pengenalan dan perkara-perkara asas tentang hak asasi manusia serta instrumen-instrumen hak asasi antarabangsa dan tempatan. Inilah tugas yang telah disempurnakan oleh Andrew Khoo, Edmund Bon dan Richard Wee.
Manakala Rajen Devaraj dan Chin Oy Sim bergabung tenaga melatih peserta-peserta dengan asas kepimpinan dan bekerjasama melalui sesi-sesi yang santai tetapi berkesan. Aktiviti-aktiviti santai ini telah menampakkan pelbagai gelagat dan karenah para peserta. Rajen dan Oy Sim telah merancang pelbagai aktiviti santai yang dapat mengasah kemahiran para peserta dan pada hari pertama, aktiviti yang dikenali sebagai “Traffic Jam” telah mencabar para peserta menyelesaikan masalah dalam semangat berpasukan. Aktiviti ini secara tersiratnya mengajar para peserta bahawa sifat individualistik dan dominasi dalam satu-satu pasukan boleh menyebabkan kegagalan pasukan berfungsi.
Di hari pertama juga, peserta-peserta telah berpeluang berkenalan dengan ERA Consumer yang banyak membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan penghargaan terhadap hak asasi manusia di kalangan masyarakat Malaysia.
Topik-topik di hari kedua pula lebih berat dan spesifik antaranya berkaitrapat dengan bidangkuasa dan akses kepada keadilan sivil dan syariah, hak-hak orang asli kepada tanah adat, pelarian dan pekerja asing, dan hak-hak wanita yang masing-masing dibentangkan oleh Shanmuga Kanesalingam, Zarizana Abdul Aziz, Dara Waheda Rufin, Amer Hamzah Arshad, Renuka Balasubramaniam dan Simran Gill.

Topik-topik seperti ini sering kali menjadi topik perdebatan yang kadangkala berakhir dengan pertengkaran akibat salah faham. Di sinilah pentingnya kemahiran mendengar. Rajen telah membawa peserta-peserta menyelami kepentingan mendengar, kaedah dan kesannya melalui satu lagi aktiviti santai di mana peserta-peserta dibahagikan secara berpasangan dan secara bergilir-gilir, masing-masing dikehendaki mendengar pasangannya bercakap selama tiga minit tetapi tidak dibenarkan mencelah. Ada peserta yang merasakan perbualan satu hala adalah satu perkara yang sukar tetapi kebanyakannya bersetuju bahawa jika seseorang itu mengambil masa untuk mendengar sudah pasti sedikit sebanyak ia memupuk perasaan cuba memahami sekaligus menghormati pendirian sesuatu pihak.
Selain itu, suatu debat berkenaan hak asasi dan “cultural relativism” telah berlangsung pada malam hari kedua dikendalikan oleh Khaizan Sharizad Razak. Peserta-peserta termasuk Brendan Siva, Syamsuriatina Ishak, Usha Kulasegaran, Amer Hamzah Arshad, Soo Siew Mei dan Edmund Bon. Debat tersebut telah sedikit sebanyak memberikan pandangan menyeluruh berkenaan soalan samada terdapat perbezaan tahap hak-hak asasi manusia berdasarkan budaya dan agama. Ini juga merupakan “test-run” bagi pertandingan debat yang akan dijalankan pada 9-12 Disember 2008 anjuran Majlis Peguam bertajuk “
UDHR @ 60 and still not all is right”.
Seterusnya, hari ketiga telah dirangka dengan topik yang dekat dengan masyarakat iaitu penyalahgunaan kuasa polis dan IPCMC. Saha Deva Arunasalam dan Roger Chan Weng Keng telah diberikan tugas mengendalikan sesi ini.
Secara keseluruhannya, bengkel tiga hari ini :