feed
Home arrow Committees arrow Human Rights arrow Forum “Tahap Hak Asasi di Malaysia dan apa yang dapat kita lakukan?”
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Forum “Tahap Hak Asasi di Malaysia dan apa yang dapat kita lakukan?” PDF Print E-mail
Contributed by Dara Waheda Mohd Rufin   
Tuesday, 17 October 2006 10:19am

“Sekiranya kita tidak mahu mendorong manusia dalam keadaan terdesak, sebagai pilihan terakhir, memberontak mementang kezaliman serta penindasan, maka adalah penting bagi hak asasi manusia dipertahankan oleh kedaulatan undang-undang”
(Mukadimah Ke-3, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Peristiwa)

IPOH: Bertitik tolak kepada deretan peristiwa yang dilihat sebagai perlanggaran terhadap hak asasi manusia yang semakin menjadi-jadi, Jawatankuasa Peguam Negeri Perak telah mengambil inisiatif menganjurkan satu ceramah bertajuk, “The State of Human Rights in Malaysia and What Can We Do?” sebagai satu usaha pembangunan professional berterusan di samping memberi pendedahan kepada para hadirin tentang tahap sebenar hak asasi manusia di Malaysia.

Ceramah yang dipengerusikan oleh Saudara Dexter Mah ini lebih berbentuk perbincangan interaktif dan telah di adakan di Sekretariat Jawatankuasa Peguam Negeri Perak, Ipoh Perak pada 13 Oktober.2006 dengan mengundang Saudara Edmund Bon, seorang peguam muda yang berpengalaman dalam bidang Hak Asasi Manusia.

Edmund Bon telah memulakan sesi ceramah dengan memperkenalkan secara ringkas latar belakang hak asasi manusia, perkembangan dan tahap sebenar hak asasi manusia di Malaysia serta mengemukakan cadangan-cadangan atau usul yang dapat dilakukan untuk memperbaiki tahap hak asasi manusia di negara ini. Melalui ceramah ini, Edmund Bon telah berkongsi pengalaman beliau dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitrapat dengan hak asasi.

Antara isi ceramah tersebut termasuklah meneliti salah faham tentang konsep hak asasi manusia yang kononnya satu pemikiran Barat dan tidak sesuai pemakaiannya di Asia.

Di akhir ceramah beliau, Edmund Bon menyatakan bahawa profesion undang-undang mampu membawa perubahan terhadap tahap hak asasi manusia di negara ini. Beliau juga menyeru supaya peguam-peguam mengambil bahagian seberapa banyak yang mampu dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan hak asasi dan tidak cepat berputus asa.

Sebelum majlis berakhir, para hadirin diberi peluang mengemukakan persoalan dan bersama-sama membincangkan persoalan tersebut.

Human Rights Talk to Perak Bar

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012)
Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Your Login


We have 202 guests and 2 members online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
Google