Setiap manusia berhak memiliki naluri hati mereka sendiri sebaik sahaja
dilahirkan. Mereka berhak percaya bahawa mereka perlu mengatur dan menikmati
kehidupan dengan cara mereka sendiri. Mereka mempunyai hak bergaul antara satu
sama lain, berhak mendapat pendidikan yang baik, berhak memiliki harta atas
usaha mereka sendiri, berhak meluahkan ekspresi diri dan berhak dilayan sama
rata dengan penuh rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.
Ramai yang dapat mengapplikasi hak-hak asasi ini dalam kehidupan mereka namun
ramai juga yang dihalang daripada menikmatinya.
Sebagai memperingati dan menunjukkan sokongan terhadap mereka yang kurang
bernasib baik ini, dunia telah mengisytiharkan 10 Disember sebagai Hari Hak
Asasi Manusia.
Pada tahun ini, Majlis Peguam Malaysia melalui Jawatankuasa Hak Asasi Manusia
telah menyambung tradisi perayaan hak asasi dengan sekali lagi menganjurkan
Festival Hak Asasi kali ini diraikan satu hari lebih awal iaitu pada 9 Disember
2007. Tarikh berkenaan yang juga hari minggu (Ahad) telah dipilih bagi memberi
peluang kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Kuala Lumpur untuk
bersama-sama menyambut hari tersebut.
Festival yang bertemakan ”Seperti yang saya percaya : Kebebasan Ekspresi melalui
Seni, Muzik, Budaya dan Rasa Hati” ini akan dimulakan seawal 7.30 pagi dengan
acara perarakan secara aman dari perkarangan Pusat Membeli-Belah Sogo ke Pasar
Budaya, Kuala Lumpur. Tradisi perarakan ini adalah sebagai satu simbol penyatuan
rakyat dan simbol kebebasan bersuara serta berhimpun seperti yang termaktub
dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Perarakan tersebut dijangka berakhir pada pukul 9.00 pagi di perkarangan Pasar
Budaya, Kuala Lumpur, lokasi bagi bahagian kedua festival tersebut.
Kemuncak bahagian kedua festival ini adalah sesi yang dinamakan “When Faith
Meets Law Session”. Ia merupakan sesi interaktif yang memberi peluang kepada
setiap kumpulan/badan agama melalui seorang wakil menyuarakan isu dalam
mengimbangi kepercayaan dan undang-undang manusia.
Selain itu, ia juga akan diselang-seli dengan persembahan menarik yang terdiri
daripada persembahan puisi, tarian masyarakat Orang Asli, nyanyian oleh Dr Wan
Zawawi dan beberapa orang peguam yang berbakat terpendam termasuklah Fahri Azzat,
Syamsuriatina Ishak, Dipendra Harshad Rai dan Lai Chee Hoe serta banyak lagi
kejutan yang telah dirancang.
Ekspresi-kan hasrat anda bersama-sama kami. Jumpa anda di
sana.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Bankruptcy Proceedings (21 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, the seminar on “The Fundamentals of Bankruptcy Proceedings”, featuring Sanjeev Kumar Rasiah, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 21 Feb 2012 (Tuesday). Click on the link above for more details.
Seminar on the Fundamentals of Conveyancing (24 Feb 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar featuring Jeremiah R Gurusamy will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 24 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Mediation Skills Training Course (29 Feb to 4 Mar 2012) Organised by Bar Council, the Mediation Skills Training Course will take place at 8:30 am to 5:30 pm, at Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 29 Feb to 4 Mar 2012 (Wednesday to Sunday). Deadline for registration and payment is 17 Feb 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Talk on “Land Fraud: An Australian Perspective” (13 Mar 2012) Organised by IGIL, GSGSG and UUM COLGIS, this free talk featuring Quintin George Rozario of Delta Law, Brisbane, Australia, will take place at 9:00 am, at Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia, Kedah, on 13 Mar 2012 (Tuesday). To RSVP, contact Mr Abutt (04-928 4397; abutt@uum.edu.my).