PUTRAJAYA 5 Ogos – Majlis Peguam diberi amaran supaya tidak ‘bermain api’ dengan
menganjurkan forum bertajuk Memeluk Islam pada hujung minggu ini yang disifatkan
amat sensitif kepada umat Islam negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, forum yang
dilaporkan akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan itu
boleh menyebabkan wujud salah faham di kalangan umat Islam sendiri.
Beliau berkata, apa jua isu yang menyentuh Islam adalah perkara yang cukup
sensitif kepada umat Islam.
“Memang kerajaan menggalakkan kita membincangkan perkara yang mempunyai kesan
kepada rakyat tetapi kalau ia boleh menimbulkan salah faham dan menyentuh
perasaan kaum atau penganut agama lain, saya fikir ia perlu dielakkan.
“Soal berkenaan agama adalah perkara yang cukup sensitif di negara ini. Jangan
fikir dalam melaksanakan hak kita, orang lain tidak mempunyai hak,” kata Syed
Hamid pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam
Negeri di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung dan
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Jumaat lalu, Majlis Peguam mengumumkan ia akan mengadakan satu forum pada 9 Ogos
ini mengenai Islam yang akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan.
Forum bertajuk Memeluk Islam itu dijangka menyentuh peruntukan perlembagaan
mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang
keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara
ini.
Forum itu juga akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes
berkaitan pertukaran agama di negara ini.
Menurut Syed Hamid, sesuatu perbincangan, perbahasan atau perdebatan seharusnya
bermatlamat untuk menyelesaikan masalah yang timbul tanpa mewujudkan salah faham.
Malah, beliau sendiri tidak fikir sesuatu masalah akan selesai semata-mata
dengan mengadakan perdebatan terbuka kerana masih ada kaedah lain untuk
menyelesaikannya secara senyap.
“Justeru, Majlis Peguam perlu menggunakan pendekatan bijaksana dan kewarasan
kerana ia menjadi penentu kepada ketenteraman di negara ini,” ujarnya.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap
penganjur forum itu, Menteri Dalam Negeri itu enggan membuat sebarang spekulasi
mengenainya.
“Buat masa ini, saya tidak tahu apa yang mereka hendak bincang, bagaimana bentuk
forum itu dan siapakah yang terlibat,” katanya.
2012 Bar Council Subscription Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
2012 Hotel Corporate Rates Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
Bar Council Bookshop Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012) Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Talk on Summary Judgement (25 May 2012) Organised by the Selangor Bar Committee, this talk will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). The talk will be conducted by Ramesh Supramanian. Click on the link above for more details.
Seminar on Tax Issues in Financial Transactions (25 May 2012) Organised by the Kuala Lumpur Bar Professional Development Committee, this seminar, featuring S Saravana Kumar, will take place at 3:00 pm, at the Kuala Lumpur Bar Auditorium, on 25 May 2012 (Friday). Click on the link above for more details.
Dialogue with Criminal Law Practitioners (26 May 2012) Organised by Bar Council, this dialogue will take place at 10:00 am to 12:00 pm, at the Raja Aziz Addruse Auditorium, Bar Council, on 26 May 2012 (Saturday). Click on the link above for more details.
Conference on Competition Law (31 May 2012) Organised by Bar Council with the support of LexisNexis, this conference will take place at 8:30 am to 4:00 pm, at Renaissance Kuala Lumpur Hotel, on 31 May 2012 (Thursday). For more details or to register, please contact Vilashini Vijayan (03-2050 2095; vila@malaysianbar.org.my). Click on the link above for more details.
Talk on What Clients Want (7 June 2012) Organised by the KL Bar Practitioners' Affairs Committee, the talk, presented by Ong Eu Jin, will take place at 5:00 pm, at the KL Bar Auditorium, on 7 June 2012 (Thursday). Click on the link above for more details.
4th LAWASIA Family Law Conference, Penang (13 and 14 July 2012) Supported by Penang Bar Committee and the Malaysian Bar, this conference, themed “The New Global Family: Emerging Trends and Challenges to Family Practice”, will take place at Traders Hotel, Penang, on 13 and 14 July 2012 (Friday and Saturday). Click on the link above for more details.