feed
Home arrow Committees arrow Family Law arrow Majlis Peguam cari padah teruskan forum
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Majlis Peguam cari padah teruskan forum PDF Print E-mail
Saturday, 09 August 2008 05:27am

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam tetap meneruskan forum awam ‘Memeluk Islam’ yang dijadualkan pagi ini tetapi memberi jaminan tidak akan mempersoalkan Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan keagamaan, kaum, hak Melayu dan orang Islam atau bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Naib Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, berkata majlis itu tidak berniat mempertikaikan status agama Islam seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan atau mempersoalkan hak seseorang memeluk Islam.

“Forum ini hanya membicarakan kemelut berikutan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah, termasuk masalah dihadapi keluarga seseorang yang memeluk Islam, terutama apabila wujud konflik berhubung bidang kuasa perundangan.

“Kami akur Perkara 121 (1A). Memang diakui kewujudan sistem Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sudah menjadi kebiasaan di sini tetapi ada pendapat mengatakan tidak adil memaksa seseorang patuh kepada undang-undang atau mahkamah berlandaskan agama yang tidak dianutinya.

“Inilah isu yang kami cuba cari jalan penyelesaian terbaik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Majlis Peguam, di sini semalam.

Kelmarin, pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum itu.

Ragunath berkata, beliau ambil maklum semua bantahan terbabit tetapi berkeras mahu meneruskannya selaras dengan kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini yang menggesa lebih banyak dialog antara agama diadakan bagi mencari rumusan terbaik permasalahan.

Rabu lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada jamuan sambutan Jubli Perak Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), dipetik berkata kerajaan prihatin isu dibangkitkan bukan Islam.

Katanya, kerajaan tidak mengenakan sekatan terhadap orang berlainan fahaman berbincang isu terbabit walaupun sebenarnya ia sensitif kerana hanya menerusi perbincangan seseorang dapat memahami dan cuba menyelesaikan isu berkenaan.

Sehubungan itu, kata Ragunath, dakwaan sesetengah pihak bahawa forum itu akan menimbulkan salah faham, kemarahan dan ketegangan jelas bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri. Beliau juga menggesa semua pihak yang mahu menyuarakan pendapat supaya menyertai forum itu.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Talk on Intellectual Property Law (10 Feb 2012)
Organised by the Selangor Bar Committee, the talk on “Intellectual Property Law” will take place at 5:00 pm, at the Selangor Bar Committee Auditorium, on 10 Feb 2012 (Friday). The talk will feature Bahari Yeow Tien Hong. Click on the link above for more details.
Your Login


We have 216 guests online

Teoh Beng Hock's family gets leave to appeal

Kamal Hisham Ja'afar



show last 4hrs - 24hrs
There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar
January 2012 February 2012 March 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4
Week 6 5 6 7 8 9 10 11
Week 7 12 13 14 15 16 17 18
Week 8 19 20 21 22 23 24 25
Week 9 26 27 28 29
Google