feed
Home arrow Committees arrow Family Law arrow Forum henti awal
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
  • Malaysian Bar Web Ads
Forum henti awal PDF Print E-mail
Sunday, 10 August 2008 08:48am

©Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Ziaudin Shaharuddin, Abdul Halim Yusoff

Majlis Peguam tamatkan program selepas dinasihatkan polis

Forum henti awalKUALA LUMPUR: Walaupun menerima banyak bantahan, forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam terus diadakan semalam tetapi terpaksa dihentikan jam 10 pagi, kira-kira tiga jam lebih awal daripada jadual selepas dinasihatkan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman yang berada di tempat itu, berkata beliau berbuat demikian bagi mengelakkan kejadian buruk berikutan kira-kira 1,000 orang memprotes program itu di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar, di sini, semalam.

"Orang ramai yang berkumpul semakin bertambah dan kita dapati ada ancaman keselamatan jika forum itu diteruskan.

 "Jadi kita berbincang dan nasihatkan penganjur supaya menghentikan forum itu," katanya sambil menegaskan polis mempunyai kuasa berbuat demikian atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Bagaimanapun kekecohan berlaku sebelum forum yang diadakan di auditorium Majlis Peguam itu ditutup apabila beberapa pemimpin NGO turut masuk mengikut sepasukan pegawai dan anggota polis ke dalam dewan.

Ketika itu, berlaku pertengkaran dan pekikan antara beberapa pemimpin NGO terbabit menuntut forum itu segera ditamatkan apabila melihat ada ahli panel yang masih berucap.

Keadaan hanya kembali reda selepas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, beberapa kali mengumumkan bahawa forum itu ditutup. Kira-kira 100 peserta forum hanya dibenarkan keluar melalui pintu belakang bangunan.

Berikutan itu, lebih 1,000 orang daripada 29 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di hadapan bangunan majlis itu di sini, sejak jam 8 pagi termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), bersurai kira-kira jam 11 pagi selepas berpuas hati forum berkenaan dihentikan dan semua pesertanya meninggalkan bangunan berkenaan.

Ambiga yang ditemui selepas itu, berkata pihaknya tidak bercadang mengadakan forum yang sama dalam tempoh terdekat, tetapi sama ada akan diteruskan bergantung kepada perbincangan lebih lanjut oleh Jawatankuasa Undang-Undang Keluarga majlis itu.

Mengulas bantahan dan perhimpunan di luar bangunan Majlis Peguam, Ambiga berkata, beliau tidak menentang pihak yang menganjurkan perhimpunan itu, tetapi kesal sikap agresif dalam tempoh 10 minit terakhir ketika forum itu diadakan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada polis yang berjaya mengendalikan bantahan itu dengan baik.

Forum yang dimulakan jam 8.30 pagi itu dihadiri tiga ahli panel yang juga peguam, Ravi Nekoo, K Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Dua lagi ahli panel yang dijemput, Pengarah Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Dr Wan Azhar Wan Ahmad, dan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Dr Mohd Naim Mokhtar tidak dapat hadir.

Sementara itu di KOTA TINGGI, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang ditemui berkata forum itu ditamatkan lebih awal bagi mengelak timbulnya keadaan tegang dan suasana tidak terkawal.

"Kita tidak mahu perasaan marah itu membawa kesan yang di luar dugaan. Setakat ini saya tidak menerima laporan mengenai ancaman keselamatan atau gangguan terhadap ketenteraman awam secara keseluruhan.

"Polis bertindak dengan baik untuk mengawal keadaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kota Tinggi, di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, polis menemui dua botol mencurigakan dipercayai molotov koktail di pintu masuk pejabat berkenan kira-kira jam 7.30 pagi dan Unit Pemusnah Bom dipanggil untuk membawanya keluar dari kawasan itu.

Zulkarnain berkata, polis menghantar botol terbabit ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut dan belum dapat mengesahkan sama ada ia bahan letupan atau tidak.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
  • 2012 Bar Council Subscription
    Click the link above to download Circular 072/2012 pertaining to the 2012 Bar Council subscription, including the payment guide and a set of Frequently-Asked-Questions.
  • 2012 Sijil Annual Application Form
    Click the link above to download the 2012 Sijil Annual and Practising Certificate Application Forms.
  • Having difficulty in finding a lawyer?
    Need to find a lawyer to represent you? Just click on the link for the law firms' advertisements.
  • 2012 Hotel Corporate Rates
    Attending seminars? Going for a holiday? Click on the link above to check out the list of hotel corporate rates for Members of the Bar, which is updated regularly.
  • Bar Council Bookshop
    Read MORE … but pay LE$$! Members enjoy a 20% discount on LexisNexis publications at the Bar Council Bookshop. Click on the link above for the list of available titles.
International Malaysia Law Conference (26 to 28 Sept 2012)
Hurry up! The countdown continues and the current promotion rate ends 30 June 2012. Don't miss what is going to be the best conference in the region! On top of that, if you sign up with 5 or more people from the same organisation, we will give you a 10% group discount. Click on the link above to register.
Your Login


We have 135 guests online

Malaysian Bar blasts police violence

Bar council: Police brutality worst in Bersih 3.0



show last 4hrs - 24hrs
April 2012 May 2012 June 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 18 1 2 3 4 5
Week 19 6 7 8 9 10 11 12
Week 20 13 14 15 16 17 18 19
Week 21 20 21 22 23 24 25 26
Week 22 27 28 29 30 31
Google