website statistics
feed
Home arrow About Us arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Mohd Busyairy Bin Che Muda
Advertisement
YL Personality: Mohd Busyairy Bin Che Muda PDF Print E-mail
Thursday, 03 May 2007 07:44am

Contributed by the National Young Lawyers Committee

 YL Personality: Mohd Busyairy Bin Che Muda“Perlu meningkatkan aktiviti-aktiviti berkualiti dan menjanakan idea-idea segar dalam program-program bagi ahli”

Mohd Busyairy Bin Che Muda adalah lepasan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002, dan telah didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2003. Beliau mengamal undang-undang di Kuala Lumpur selama setahun sehingga pada awal tahun 2004 kembali ke Pahang dengan membuka firma sendiri.

Baru-baru ini, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri Pahang. Aminuddin Bin Abdullah telah sempat bertemu dengan ‘Bush’ untuk temuramah ini.

Kenapa profesyen peguam menjadi pilihan?

Pada asalnya saya ingin menjadi dokor tetapi ianya berubah apabila saya bersekolah di sekolah aliran Arab di mana ketika saya berada di Tingkatan 4, sekolah saya tidak mempunyai aliran sains dan saya tidak mahu berpindah sekolah lain. Saya memilih untuk menjadi peguam kerana saya lebih tertarik dengan bidang ini yang berkait rapat dengan hubungan di antara manusia. Undang-undang tidak dapat lari dari aspek kehidupan kita sebagai manusia.

Apakah pandangan anda tehadap peguam sekarang?

Apa yang saya katakan ini tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan rakan-rakan peguam yang lain. Hakikatnya peguam sekarang termasuk diri saya sendiri tidak menguasai sesuatu bidang atau cabang undang-undang secara keseluruhannya. Secara jelasnya, kita sebagai peguam terhad untuk satu-satu bidang yang tertentu sahaja. Saya berpendapat peguam perlu meningkatkan pengetahuan dalam semua bidang undang-undang sama ada kita mengamalkannya atau tidak di dalam profesyen kita.

Adakah masalah mempunyai firma guaman sendiri ketika baru bertapak dalam profesyen ini?

Masalah yang sama dihadapi oleh rakan-rakan saya yang menjalankan firma sendiri iaitu untuk meyakinkan orang atau sesesebuah institusi memberikan tugasan-tugasan terutamanya bagi sektor perbankan, swasta dan juga kerajaan kerana mereka lebih cenderung untuk bergantung atau melantik firma-firma yang besar dan sudah ‘established’. Saya berpendapat bahawa senario sebegini perlu diubah dan kami perlu diberi peluang untuk membuktikan yang kami mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan juga mampu bersaing dengan firma-firma besar yang lain. Tanpa peluang bagaimana kami ingin buktikan bahawa kami boleh?

Apa kata-kata yang ingin anda sampaikan kepada mereka yang ingin membuka firma sendiri?

Kita perlu melengkapkan diri kita dari segi mental dan juga material, lengkap dengan ilmu pengetahuan, mesti berani mencuba, mesti banyak bersabar dan tidak mudah putus asa. Setiap usaha memerlukan pengorbanan. Kita mesti sanggup berkorban masa kita untuk diri sendiri dan juga keluarga. Kita mesti bersedia untuk memberi khidmat yang terbaik tanpa membeza-bezakan klien dan yang paling penting ialah kita mesti mempunyai hati yang besar untuk menghadapi segala rintangan dan dugaan yang bakal dihadapi. Di samping itu juga, kita perlu menguasai pelbagai cabang undang-undang dan peka dengan perkembangan undang-undang di negara kita.
Anda adalah Setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Pahang kini. Bagaimana rasanya dilantik untuk jawatan yang penting ini?
Pada mulanya, saya berasa sangat sukar untuk menerima tugasan ini, tetapi setelah diyakinkan oleh rakan-rakan peguam yang lain, saya menerima tugasan ini dengan rasa penuh tanggungjawab. Bagi saya setiap tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah yang besar dan akan dipersoalkan jadi saya perlu pikul amanah ini dan menjalankan tugas dengan sehabis baik.

Adakah kerja sebagai Setiausaha berat?

Saya boleh katakan ya, kerana sebelum saya memerima perlantikan ini saya cuma diberitahu tugasnya adalah biasa-biasa saja. Tetapi selepas menerima dan memegang jawatan ini, saya rasa ia adalah tugasan yang sangat berat dan mencabar. Tugas yang perlu dilaksanakan oleh Setiausaha bukan sahaja mencatitkan minit mesyuarat tetapi juga terpaksa menjadi Bendahari Jawatankuasa, wakil bagi Jawatankuasa untuk menghadiri perbicaraan permohonan pendengaran bagi ‘short call’ dan ‘long call’ pelatih-pelatih dalam kamar dan sebagainya. Secara kesimpulannya, kerja sebagai Setiausaha ibarat seumpama tulang belakang bagi Jawatankuasa, tanpanya maka pincang sedikit perjalanan pengurusan sesebuah jawatankuasa.

Berapa masa setiap minggu anda meluangkan untuk kerja Jawatankuasa?

Tidak menentu bergantung kepada keadaan tugasan yang perlu dilaksanakan. Jika pada minggu tersebut mempunyai aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan segera, maka tumpuan kepada kerja-kerja Setiausaha ini lebih sedikit daripada kerja-kerja rutin harian di pejabat. Saya merasa sedikit bertuah kerana kerja-kerja Setiausaha ini saya boleh jalankan dari pejabat saya sendiri tanpa perlu pergi ke pejabat Jawatankuasa Peguam Pahang. Ringkasnya, saya boleh katakan setiap hari saya meluangkan masa selama 2 atau 3 jam untuk melaksanakan tugasan saya sebagai Setiausaha.

Bolehkah anda menceritakan serba-sedikit kerja anda sebagai Setiausaha?

Antara lain tugasan adalah melaporkan kepada Jawatankuasa segala hal yang berkaitan dengan perkembangan peguam-peguam di negeri Pahang seperti pertukaran nama firma, pertambahan rakan kongsi sesebuah firma, penubuhan firma-firma baru dan sebagainya. Selain itu, Setiausaha juga bertanggungjawab untuk menjaga akaun Jawatankuasa Peguam Pahang seperti mengeluarkan perbelanjaan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa bagi setiap program yang dijalankan oleh ahli-ahli Jawatankuasa. Menandatangan cek-cek Jawatankuasa dan menjadi salah seorang penandatangan bagi cek-cek Pusat Bantuan Guaman Kuantan adalah juga termasuk dalam bidang tugas saya. Di samping itu juga, Setiausaha ditugaskan untuk menerima setiap borang yang difailkan oleh pelatih dalam kamar dan memastikan tiada kesilapan dilakukan oleh mereka bagi melicinkan proses menjalani latihan dalam kamar.

Apakah pendapat anda berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Peguam Pahang baru-baru ini?

Saya berpendapat Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Peguam Pahang baru-baru ini amat menarik. Apa yang paling menonjol adalah kehadiran ahli-ahli peguam yang lain yang saya kira amat memberangsangkan. Selain itu, ia adalah medan untuk melihat perubahan yang ketara terutama selepas pemansuhan seksyen 46A Akta Profesyen Undang-Undang. Cuma apa yang dikesalkan sedikit adalah mengenai proses penamaan calon dan pengundian yang agak kucar-kacir yang sedikit sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah ahli.

Terdapat ramai peguam-peguam muda telah menawarkan diri untuk dilantik kepada Jawatankuasa. Mengapa bilangan ini meningkat sebegitu?

Di Pahang, seramai 7 orang peguam muda telah dicalonkan untuk merebut jawatan ahli Jawatankuasa Peguam Pahang. Bilangan ini meningkat kerana sebenarnya tiada seorang peguam muda yang boleh bertanding dalam merebut jawatan dalam Jawatankuasa kerana terhalang oleh seksyen 46A, tetapi selepas dimansuhkan ia membuka peluang kepada peguam muda untuk menawarkan diri dan ini yang berlaku. Bagi saya ia adalah satu perkembangan yang amat baik kerana peguam muda adalah pewaris kepada profesion ini. Pendedahan awal kepada pewaris ini sedikit sebanyak memberi pendedahan sebenar dan menjadi tempat untuk menjadi peneraju yang berpengalaman dan baerkaliber.

Anda juga telah menawarkan diri tetapi telah kalah. Pada pendapat anda, mengapa ini berlaku?

Pada pendapat saya kenapa saya kalah untuk menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa kerana pada masa sekarang ia bukan rezeki saya lagi, dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dan antara hikmahnya ialah saya telah dilantik menjadi Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Pahang. Walaupun saya tidak mempunyai kuasa untuk mengundi tetapi saya tetap boleh memberi idea-idea saya untuk diketengahkan dan setakat itu saya sudah berpuas hati.

Bagainmanakah peguam-peguam muda dapat menyumbang kepada peguam-peguam di Pahang?

Sumbangan yang dapat dibuat oleh peguam-peguam muda kepada peguam-peguam di Pahang adalah dengan berbagai-bagai cara, antaranya adalah dengan bersatu padu dan bersatu hati menghadapi dan menangani sesuatu isu atau masalah yang melibatkan kebajikan dan hal-hal yang melibatkan profesyen kepeguaman ini. Selain daripada itu, peguam-peguam muda adalah amat digalakkan untuk menyertai sebarang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Majlis Peguam amnya Jawatankuasa Peguam Pahang khususnya. Dengan penyertaan oleh peguam-peguam muda ini, maka tidak akan timbul jurang antara sesama mereka dan peguam peguam lain.

Apakah cadangan atau pelan yang anda ingin melakasanakan bagi peguam-peguam di Pahang?

Saya sangat mengharapkan satu kerjasama yang erat dapat diwujudkan sesama peguam di negeri Pahang dengan mengenengahkan satu idea baru bagi aktiviti-aktivi di Pahang. Aktiviti-aktiviti ini biarlah sesuatu yang segar dan berbeza daripada apa yang telah disuakan kepada peguam-peguam pada hari ini. Apa yang lebih utama adalah aktiviti-aktivi tersebut dapat mewujudkan peguam-peguam yang berkeyakinan dan berkebolehan untuk memartabatkan lagi profesyen peguam ini di mata masyarakat hari ini. Adalah tidak dinafikan hanya terdapat sebilangan kecil sahaja peguam di negara kita yang memikirkan keuntungan jangka masa pendek semasa menjalankan amalannya sebagai seorang peguam dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika seorang peguam; tetapi pepatah ada mengatakan ‘sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga’, dan ini yang perlu dielakkan.

Apakah harapan bagi kerja Jawatankuasa Peguam Pahang tahun ini?

Harapan bagi Jawatankuasa Peguam Pahang tahun ini ialah semoga Jawatankuasa tahun ini dapat mengadakan aktiviti-aktivi berkualiti yang boleh menambah lagi pengetahuan peguam-peguam di negeri Pahang. Selain itu adalah diharapkan Jawatankuasa Peguam Pahang tahun ini dapat memperkenalkan idea-idea baru dalam setiap aktiviti dan program-program yang akan dianjurkan kelak. Di samping itu Jawatankuasa tahun ini dapat menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang lebih banyak supaya martabat peguam tetap tinggi dan sangat bernilai di mata masyarakat.

Kata-kata terakhir?

Kita semua perlu berusaha menolong setiap Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri dan secara amnya, Majlis Peguam mempertingkatkan bidang guaman ini supaya profesyen ini dihormati dan diteladani oleh masyarakat kita. Selanjutnya, kita bersama-sama perlu menjadikan peguam-peguam sebagai individu yang boleh bergantung harap sekiranya wujud masalah yang melibatkan ketidakadilan atau kekhilafan kepada masyarakat.

Other YL Personalities:

YL Personality: Wong Fook Meng
YL Personality: Fadiah Nadwa Fikri
YL Personality: Lee Chooi Peng
YL Personality: Angeline Cheah Yin Leng
YL Personality: Mishant a/l Thiruchelvam
YL Personality: Shahrizal Bin Mohd Zin
YL Personality: Rezalman B. Bahran
YL Personality: Gavin Tang Cheng Loong

YL Personality: Noreen Ahmad Ariff
YL Personality: Nadia Ashikin binti Maduarin
YL Personality: David Dinesh Mathew
YL Personality: Nizam Bashir Bin Abdul Kariem Bashir
YL Personality: Amer Hamzah Bin Arshad
YL Personality: Ernie Suffiani Binti Salim
YL Personality: Ahmad Syukri Bin Yusoff
YL Personality: Dipendra Harshad Rai
YL Personality: Soo Wee Loon
YL Personality: Tracy Hah
YL Personality: Aminuddin bin Abdullah

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Q & A with Razak



View Full Calendar