website statistics
feed
Home arrow About Us arrow Committees arrow National Young Lawyers arrow YL Personality: Rezalman B. Bahran
Advertisement
YL Personality: Rezalman B. Bahran PDF Print E-mail
Thursday, 25 January 2007 08:00am

Contributed by the National Young Lawyers Committee

Rezalman bin Bahran “Dasar Ekonomi Baru seharusnya bertujuan menghapuskan perbezaan dan pembezaan antara kaum-kaum”

Rezalman bin Bahran adalah seorang rakan kongsi di sebuah firma di Kota Bahru, Kelantan.

Lebih dikenali sebagai Rezal antara rakan-rakannya, beliau dilahirkan di Perak dan setelah berkahwin, beliau berjihrah ke Kelantan mencari rezeki. Rezal mewakili negeri Kelantan dalam Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan.

Selepas mesyuarat Jawatankuasa baru-baru ini, beliau telah berbual dengan Richard Wee berkenaan beberapa isu tempatan.

Sebagai seorang peguam di Kelantan dan Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Kebangsaan (JPMK), apakah pandangan anda berkenaan penglibatan seseorang peguam dalam aktiviti-aktiviti Badan Peguam?

Sebenarnya penglibatan dalam aktiviti-aktiviti Badan Peguam melibatkan banyak pengorbanan. Tiada pendapatan dan banyak masa dipergunakan untuk melaksanakan aktiviti (sambil tersenyum).

Tetapi saya amat puas hati walaupun terpaksa korban masa dan pendapatan. Di JPMK, saya amat bangga dapat mewakili Kelantan dan bersuara bagi pihak peguam-peguam muda Kelantan. Saya juga puas hati apabila idea-idea saya dapat mempertingkatkan lagi JPMK dan secara keseluruhannya, Badan Peguam.

Siri Pemikiran Kritis baru-baru dilancarkan di mana topik yang sedang dibahaskan dan dibincangkan adalah berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Anda akan memberi ucapan pembukaan pada sessi ketiga pada 25 Januari 2007. Apakah pendapat anda tentang isu DEB ini yang bermula pada tahun 1970. Adakah ia masih efektif dan relevan di Malaysia?

DEB dilaksanakan untuk menghapuskan jurang-jurang ekonomi antara kaum-kaum di Malaysia, terutamanya untuk memberhentikan PERBEZAAN dan PEMBEZAAN antara kaum-kaum. Tetapi DEB seakan membantu satu kaum sahaja. Ini tidak patut berlaku. Sepatutnya, tidak ada perbezaan antara kaum, samada seseorang itu orang Melayu, Cina, India atau “lain-lain”.

Saya juga berpendapat ada kesalahan di tahap kepimpinan kerana saya asyik melihat pemimpin-pemimpin Malaysia lebih minat hendak “promote themselves”, dan perbezaan kaum dijadikan isu oleh pemimpin. Pemimpin juga sentiasa mempergunakan isu perkauman sebagai teras untuk memajukan ekonomi. Saya bimbang jikalau perbezaan antara kaum ini berterusan, isu ini boleh meletup apabila ada kegisiran.

Isu globalisasi makin mantap. Ekonomi dunia lebih cenderung terhadap konsep globalisasi. Bolehkah Malaysia menerima konsep globalisasi ini dengan adanya DEB?

Saya berasa DEB boleh menyekat kemajuan Malaysia. DEB pada mulanya amat baik dan patut dilaksanakan pada masa tersebut. Tetapi DEB mesti “evolve” dengan situasi ekonomi terkini.

Anda tidak menjawab soalan. Adakah Malaysia dengan adanya DEB pada masa ini, bersedia untuk menerima globalisasi?

Tidak.

Berkenaan isu polis Malaysia. Sudah lebih setahun sejak dua laporan “Royal Commission” diterbitkan, dan setelah kes “ketuk-ketampi” dihebohkan. Bagaimana prestasi polis Malaysia sekarang?

Pada peringkat tertinggi polis, memang prestasi polis telah meningkat. Tetapi masalahnya bukan di peringkat tertinggi PDRM, tetapi di peringkat akar umbi. Saya masih menerima aduan daripada anakguam saya tentang pukulan yang diterima di balai polis, dan aktiviti rasuah masih berleluasa.

Jadi, pendek kata, saya menjawab soalan anda bahawa prestasi polis masih tidak berubah!

Isu rasuah ini sentiasa tertumpu terhadap polis. Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sepatutnya disalahkan juga jikalau rasuah ini berleluasa.

Rasuah adalah suatu isu “human factor”. Tiada sesiapa, termasuk BPR, dapat lari daripada “human factor” ini. Saya tidaklah terkejut dengan alegasi-alegasi bahawa BPR tidak mengambil tindakan yang sepatutnya berkenaan kes-kes rasuah. Walaupun BPR nampak seakan-akan melakukan kerja dengan laporan beberapa kes tangkapan, tapi saya berhemat BPR tidak cukup “transparent” dan tidak efektif untuk mencegah rasuah di Malaysia.

Badan Peguam melalui sekumpulan peguam muda di bawah akronim “TANGKAP” telah menerbitkan buku berkenaan hak-hak seseorang yang ditangkap atau disoal oleh pihak polis, yang lebih dikenali sebagai “Buku Merah”.

Buku Merah ini amat bagus ideanya, dan ia adalah satu tindakan yang ikhlas. Projek Buku Merah ini patut dilakukan bersama dengan NGO-NGO yang berkenaan untuk meluaskan lagi distribusi buku tersebut.

Walaubagaimanapun, apa yang Badan Peguam boleh lakukan, ada batasnya. Peguam-peguam boleh terus mencetuskan idea-idea yang bagus seperti Buku Merah ini dan ia boleh disambut oleh pihak-pihak lain.

Saya cadangkan supaya salinan-salinan Buku Merah ini dihantar kepada setiap balai polis dan diletakkan di kaunter-kaunter pertanyaan balai-balai tersebut.

Soalan berkenaan negeri Kelantan. Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kota Bahru telah mengenakan suatu “dress code” yang telah dihangatkan sebagai isu kontroversi. Apa komen anda tentang isu ini. Sebenarnya apa yang berlaku di Kelantan berkenaan ini?

Ia adalah anugerah Tuhan kepada setiap satu insan untuk mempunyai hak untuk memilih. Jadi, hak untuk seseorang memilih pakaian mereka tidak patut dihentikan.

Nilai moral seseorang adalah isu individu tersebut. Apa yang patut diperbetulkan adalah nilai moral seseorang itu, bukannya pakaian beliau.

Langkah untuk menghentikan hak untuk memilih ini tidak wajar dilakukan.

Other YL Personalities:

YL Personality: Gavin Tang Cheng Loong
YL Personality: Noreen Ahmad Ariff
YL Personality: Nadia Ashikin binti Maduarin
YL Personality: David Dinesh Mathew
YL Personality: Nizam Bashir Bin Abdul Kariem Bashir
YL Personality: Amer Hamzah Bin Arshad
YL Personality: Ernie Suffiani Binti Salim
YL Personality: Ahmad Syukri Bin Yusoff
YL Personality: Dipendra Harshad Rai
YL Personality: Soo Wee Loon
YL Personality: Tracy Hah
YL Personality: Aminuddin bin Abdullah

Comments (4)Add Comment
KERANA DEB ANDA KINI SEORANG PEGUAM
written by Mohd Khairul Azam Bin Abdul A, Thursday, January 25 2007 02:51 pm

SEDARLAH.....

SIAPA SEPATUTNYA SEDAR?
written by Nik Elin bte Nik Rashid, Friday, January 26 2007 11:32 am

Wahai Mohd Khairul Azam,

Nampaknya walaupun anda adalah graduan dari UKM, anda masih tidak sedar dimana seseorang itu berhak untuk memberikan pandangannya. Dengan ayat, "sedarlah..." awak terus membidas Rezal dengan dakwaan bahawa Rezal adalah peguam kerana DEB.

Beginilah mula terjadinya segala kegeseran diantara manusia khasnya, dan kaum khususnya.
Sebagai seorang peguam sepatutnya saudara mengemukakan bukti bahawa Rezal ini adalah peguam Produk DEB. Bukan membuat "invitation terbuka" untuk bertelagah tanpa mengemukakan nas nas.

Cuba En Mohd Khairul Azam tuliskan hujjahan hujjahan untuk menyokong bedalan saudara. Jangan jadi pengecut yang melemparkan batu kemudian menyorok tangan dibelakang. Mana tau, mungkin saudara boleh menyakinkan kami semua. Maaflah ye, En Mohd.?

BUKAN SEMUA ORANG MELAYU BERJAYA KERANA DEB
written by Dara Waheda Mohd Rufin, Friday, January 26 2007 03:15 pm

Seseorang yang berpandangan cetek sahaja yang akan membuat penilaian sedemikian. Sepertimana saudara saya juga seorang graduan tempatan yang berjaya menempatkan diri saya di Universiti Malaya yang mana menurut ramai hanya elit sahaja yang berjaya menempatkan diri di universiti berprestij itu. Adakah saya golongan elit itu yang menikmati kejayaan dan kesenangan hasil dari polisi DEB? Oh tidak sama sekali!

Saya bukan dari golongan yang menikmati subsidi, biasiswa, keistimewaan, kemanjaan, keselesaan dan disuapkan oleh kerajaan Malaysia sebaliknya saya sepertimana rakan-rakan saya yang lain terpaksa meminjam dari kerajaan dengan interest yang tinggi bagi membolehkan saya meneruskan pengajian saya di universiti. Itupun setelah memohon banyak kali akhirnya RAYUAN saya didengar oleh kerajaan hanya selepas saya tamat tahun ketiga pengajian ketika seorang teman yang datang dari keluarga berada yang memerintah negara menikmati kemudahan tersebut sebaik sahaja beliau t tamat semester pertama tahun pertama....Apa yang saya pelajari dari teladan itu?

Adakah DEB bantu pelajar Melayu? Cuba tanyakan pengalaman ibu bapa anda semasa persekolahan di zaman penjajah, semuanya percuma. Itu di zaman penjajah. Sekarang? Selepas Merdeka?

Adalah salah beranggapan semua Melayu manja dan berharap tongkat kerana bukan semua Melayu yang bertuah seperti saudara Khairul.. Ada orang Melayu yang bersusah payah untuk naik dan berjaya tanpa mengharapkan ihsan kerajaan (kalau melutut pun belum tentu dapat) dan kejayaan yang anda perolehi dari titik peluh dan penat lelah atas usaha itu lebih manis daripada mengharapkan bantuan DEB. Jadi saya pulangkan kata-kata saudara "Sedarlah" BUKAN SEMUA ORANG MELAYU BERJAYA KERANA DEB :-

SETUJU
written by Mohd Khairul Azam B Abd Aziz, Monday, January 29 2007 04:43 pm

Bukan semua orang Melayu berjaya kerana DEB. Tetapi ramai berjaya kerana DEB. Kalaupun tidak mahu berterima kasih....Janganlah... smilies/grin.gif


Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
Username Password
Remember Me | Register | Lost Password?

Q & A with Razak



View Full Calendar